Nuffnang

Wednesday, April 30, 2014

discreet

discreet-lah-sangat.

no la. nak cerita pasal baitul muslim.

aku daftar dalam baitulmuslim dah lama, sejak 2012. tapi last login aku pada may 2013. sebab aku ada masalah ngan registration dia dan.. aku tak upgrade ke ahli premium pon. ahli premium=ahli berbayar. so aku jadi malas. walau ada PM masuk tapi aku tak boleh baca pon pm2 tu semua.. so rasa mcam, wat for nak beria dalam BM tuh kan..

bila cinta 2 musim aku gagal, bukan seorang dua yan galakkan aku join BM dan diorang taktau aku dah join sejak 2012 pon cuma aku bukan active user! heh.

untuk mereka yang mudah jumpa calon pasangan, baguslah, rezeki untuk anda2. bertuah anda. aku ni, walaupun dari mak ayahnya sampai ke adik2 aku semuanya kawen sebab aturan kawan dan keluarga, aku sorang je Allah beri jalan yg lain dan sedikit berliku, buat masa ni.

lalu ok, aku pon naiktaraf, bayar la rm70, untuk jawab PM yg dah usia setahun lebih tuh ntah2 ada yg dah kawen pon kan..

aku jawab secara copy-paste "maaf lambat jawab sebab saya baru upgrade bla2.."

dari 5 PM, yg jawab balik sorang. dia pon kata dah lama duduk dalam BM tapi tak jumpa2 calon ntah2 awak ni cerewet tak bang? eheh.

aku baru browse kejap antara calon2 yang ada.. dan kesimpulan yang aku dapat buat ialah:

-aku tak cerah
-aku tak kurus
-aku tak sedap mata memandang- jika rate diorang "sedap mata memandang tuh ialah macam lisa surihani"
-aku bukan 20an lagi.
-aku keje gaji tak besar macam bos.
-aku errr.. blom rasa nak bermadu.

pendek kata: aku tak ada macam2 yg korang nak.


part yg aku kalah tu haruslah putih-kurus-sedap mata memandang-usia 20an-dan lain2. masak makan urus rumahtangga tu bolehlah. dengan lelaki part kecantikan ni paling diorang rasa main/core. sebab tak guna ko nak pung pang bagai sebab deepppp down inside, ko sendiri pon nak calon yg sedap mata memandang walau dia tak mcm yusry KRU kan? eheh.

bila berani masuk site perjodohan macam ni, ko have to berani dan bersedia untuk direjek bukan sekali atau dua.

ada sekali aku saja layn borak ngan mamat dari uk, Pakistan tapi born n breed kat UK (site lain), lepas tengok pic aku, dia terus cakap.. "u kinda look a bit old to me" mmg la dik, mu baru 27. haha! aku tak sentap, aku cuma gelak. serius, apakah site2 perjodohan sudah bukan untuk diriku?

walaaaaa... sebenarnya keep on happy, praying and trying uols! :)

aku yg masih positive. doakan. manalah fahri aku ni.. ish2.

Monday, April 28, 2014

OCD

OCD ialah sejenis penyakit yang tak berbahaya. worry not. tak berjangkit, heh.

antara orang2 yang glemer ada OCD ialah tuhhh.. the hottest daddy on earth- David Beckham. si cantik Cameron Diaz, si botak yg kelakar anak beranak Howie Mandel, si kacak Leonardo DiCaprio, si kaya Donald Trump, dan sweetheart si Justin Timberland.

aku amek bahagian dalam soal-selidik ini, dan ini hasilnya :)

Your results
You scored xx / 20 on part A and xx / 20 on part B.
Based on the results, it appears you might have OCD or a related disorder. However, only a qualified mental health provider can make a more accurate diagnosis. If you are experiencing psychological distress it might be advisable to see a clinician for further evaluation.

dan aku tak terkejut pon sebab aku mmg jangka aku ada sedikit OCD dan ianya bukan extreme eg: basuh tangan berkali2. aku cuma akan basuh tangan sekali untuk make sure tangan bersih sebelum sentuh makanan (nak2 kalau aku pilih untuk makan guna tangan)

pasal lipat2 baju, ikut mood. kadang2 aku boleh lipat asal boleh, dan kadang aku akan lipat ikut jenis dan susun elok2 (mood mcm ni cuma datang sekali sekala), aku penah tengok org lipat baju dan susun lebih baik dari aku buat.

ujian di atas mengambil kira kelakuan pada 30hari terakhir. so yeah, salah pilih haribulan sebab jiwa tengah remuk redam-lah-kononnya. lol!

ada satu kisah sebenarnya pasal OCD ni aku nak share dengan korang.

aku tengok ada satu video kat upworthy ni. si lelaki mat salleh ni merupakan sorang pemuisi yg ada OCD melampau. dia ada gf yg tak tahu dia ada OCD. then bila gf dah tau, gf dia happy sebab katanya "saya tak perlu risaukan apa2 sebab semuanya akan di-triple-checked oleh awak, so saya rasa selamat sangat walau ada dalam rumah.." baru2, semua sweet, ye tak? :)

oleh kerana diorg pilih untuk tinggal sebumbung, lelaki ni lebih extra checking things up. like selalu ke pintu tengok dh kunci ke belum, katil dah kemas elok2 ke blom, api kat dapur gas dah padam ke belum.. dan lain2, yg paling ketara, dia akan pastikan berkali-kali yg PINTU RUMAH DIA AKAN BERKUNCI sebelum dia masuk tido.

kita semua tahu, orang yg ada OCD ni, kalau dia lari sikit dari kebiasaan dia, hidup dia jadik tak tenang, jiwa akan kacau bilau, dia tak boleh moving forward pon sebab ada benda yg buat dia rasa "tertahan" atau rasa "tak lengkap lagi" serta rasa "tersiksa yg bukan dibuat2 pon"

lama-kelamaan, benda yg dirasakan sweet, dah tak sweet lagi oleh di gf. yela, tak boleh itu, tak boleh ini, mestilah gf yg free OCD ni rsa tertekan sangat2 kan, nak2 duduk satu rumah, tak boleh lari kemana2..

lalu terjadiklah perpisahan... sobs sobs. sedih tapi nak buat macam mana kan.. dari hati terseksa, baik lepaskan saja dengan rela.

mula2 lelaki tuh sedih. tapi rutin tetap sama. membawa OCD nya sekali...

tapi tak lama kemudian, dia rasa nak sangat gf dia kembali, sebab dia masih sayanggg sanga kat gf tuh. lalu apa tindakan dia? ya, dia yg ada ODC melampau itu, telah buat satu tindakan luar dari kebiasan iaitu MEMBIARKAN PINTUNYA TIDAK BERKUNCI tiap2 malam so that bila2 gf rasa nak balik rumah, pintu rumah sentiasa unlock, and bila2 si lelaki ini terima je gf dia kembali.

can u imagine how hard it is? rasa macam menekan sangat2. tersiksa batin weh!

.....see, bila dah sayangggg sangat, OCD pon boleh ditempuh :)

p/s: gf masih belum nak kembali pada si OCD, dan si OCD masih berharap sampai sekarang, dengan membiar pintu rumahnya tidak berkunci.. TT___TT



 

Friday, April 25, 2014

hugs..

aku ada kenal sorang adik ni, pompuan. usianya baru 25. bujang, belum berkahwin.

bulan 11 ni adik pompuan ni nak kawen.. dan dia datang kepada ku, mengadu dan resah. but at the same time dia sibuk reka baju dia as bridesmaid yg err.. grand!, hoho!

I feel her, coz I used to be in her shoes too, not long time ago. and its not once.

she keeps on rambling about her "loser" feeling-sebab-adik-kawen-dulu-sebelum-saya thingy.

I choose to keep listening on her. diam. tak rasa nak menyampuk pon. kasi dia lega dulu.

"...kak, masa adik kau kawen, ko tak rasa loser mcm aku gak ke kak? I shit u do"

aku senyum. dan sambung..

"...aku ni dik, dah 3 orang adik langkah aku, perasaan dia still the same, each time pon, tapi apa kita boleh buat, selain feel happy untuk adik2 yang kawen...blaa..bla..bla.."



"kak, nasib ko jauh, rasa macam nak hug ko sekarang ni je... huawaaaaa!!!!"


cuma yg lalui je, akan mengerti. #senyum

Wednesday, April 23, 2014

jodoh itu tetapan Allah. ini salah satu bukti ihsan dari Dia ;')


waktu aku baru2 jatuh, seorang sahabat kirimkan aku ini.
 
untuk ease-kan duka kau sikit, katanya.
 
mungkin ada yang sudah dengar kisah mereka (baru tahun ni, atau tahun lepas berlaku). tapi biar aku kongsikan ya.
 
wanita itu, seperti kita nampak, lahir tanpa kedua-dua belah tangan. ditinggalkan oleh ibunya di panti asuhan (rumah anak yatim) sejak lahir kerana ibunya tidak mahukan dia. lalu, wanita ini membesar di panti asuhan sejak kecil, sehinggalah besar dan seterusnya bekerja di panti asuhan tersebut. dia tidak kemana-mana, dunianya hanya di panti asuhan itu.
 
DIA TIDAK PERNAH KELUAR DARI PANTI ASUHAN DAN MELIHAT DUNIA LUAR PUN.
 
dia tidak betah untuk keluar lantaran terasa malu dengan kekurangan diri. dia tidak kisah. dia terima dengan redha jika itu ialah takdir untuknya.
 
sehingga satu hari....
 
ada satu team sukarelawan pertama kali melawat panti asuhan tersebut. tiada apa berlaku kecuali team itu berborak2 biasa dengan wanita tanpa tangan ini. titik. tiada apa berlaku. kecuali di hujung team, seorang jejaka ralit memerhatikan wanita tanpa tangan tersebut.

sebulan kemudian...

team yg sama datang lagi untuk hulur sumbangan, seperti biasa. mungkin mahu dijadikan rutin. ahli team berborak lagi dengan wanita tanpa tangan itu. kali ini jejaka itu join sekali :)

wanita tanpa tangan itu kelihatan seorang yg baik hati, lurus, berjiwa besar serta penyayang, senyum juga manis. jejaka itu tersenyum, ada makna.

di hujung perbualan, jejaka itu membiar teamnya beransur, meninggalkan wanita tanpa tangan itu sendirian, seperti biasa wanita itu tersenyum, merasa itu saat yang terbaik dan tidak mahu melepas peluang, jejaka itu bertanya satu soalan kepada wanita tanpa tangan tersebut "sudikah kamu mengahwini aku?"

wanita tanpa tangan tergamam. apa tindakan dia seterusnya? dia berlari keliling bangunan panti asuhan sambil menangis!

mimpikah aku?

barangkali dia itu cuma bercanda?

setelah rasa terkejutnya hilang, wanita tanpa tangan itu kembali ke sisi jejaka tersebut, air matanya masih berlinang, dan dia tidak punya tangan untuk menyapu air matanya...

jejaka terus tersenyum, dan dengan segera jarinya menyapu air mata wanita tanpa tangan itu.

tidak lama kemudian, mereka selamat bernikah :)

yang wanita tanpa tangan itu tidak tahu, jejaka ini ialah anak salah seorang gabenor bank Indonesia, sekaligus ialah salah seorang yg terkaya di Indonesia. lulusan USA dan sempurna-kacak-bergaya.

semoga jodoh mereka hingga hujung nyawa. amin.

perjalanan jodoh itu memang rahsia Allah. terkadang walau tanpa usaha, cuma bekalkan saja redha dengan ujian hidup dan berdoa, cepat atau lambat, jika kita berjodoh di dunia, kita pasti akan tetap berjodoh :)

p/s: memang pada mulanya keluarga jejaka membantah pilihan si anak, tapi akhirnya mereka jatuh hati dengan ketulusan hati wanita tanpa tangan ini. ibu mertua sampai merajuk bila anak menantu menolak usahanya untuk memberi seorang pembantu rumah untuk menyenangkan menantu istimewanya, kata anak menantu, tak apa, selagi masih boleh menguruskan hal rumah tangga, mereka senang untuk menguruskannya berdua saja.

so sweet sampai aku nangis masa baca kisah diorang ni.

;')

 
 

Monday, April 21, 2014

if its not..

if its not hurt, then its not love.

kenapa dan mengapa.. biar Allah saja yang Maha Tahu itu simpankan untuk aku.

memang tengah sakit sekarang ni. dada rasa sebu. sakit mendalam yang bukan dibuat2. tenat itu beyond the word I could describe. haha melampau!

..rasa sakit.

which I am now.

"love" itu jugak ialah di saat orang luar yang tidak tahu apa2 menilai dia, dan kita masih tetap mahu dan pilih untuk mempertahankan dia, tanpa pengetahuan dia.

permulaan dulu pun aku dah siap2 tag "sedia untuk cinta maka harus sedia juga untuk rasa sakit", malah pesan diri siap2, kalau ini tidak menjadi, aku akan ketawa atas kebodohan diri sendiri dan tetap ingat dia sebagai lelaki yang baik. memang pon dia baik.

kadang2 bukan dari dia, kadang2 itu untuk kita. tanda kita kena muhasabah diri kan?

"stop seeing bad in yourself la sis..."

don't know la. I just can't help it.

self-healing bukan proses mudah. tapi selepas beberapa siri, its getting easier. Alhamdulillah. boleh senyum dan rasa berterima kasih untuk ujian rasa sekian kali ini. Allah masih mahu SAYANG dan DAKAP kita dengan ehsanNYa.

Allahu...

Friday, April 18, 2014

akhirnya aku ada bloglist kat sini, phew

bukan sombong. maap la kengkawan. seru tu asek tak jadik je. perasaan tuh ada. seru je blom smpai. hiks.

pasal selama ni aku aktif 2 blog (3 kot rasanya), blog rusuk, blog jodoh, blog dapogas.

haaa mampu? 3 in one.

padahal ceritanya lebih kurang sama. ntah apsal dulu nak pisahkan rusuk ngan jodoh ntah, lama2 dibiarkan, terus laa jadi berpisah juga akhirnya. haihh... dah sekarang kejung otak nk fikir pasal isi.

alangkan satu blog nak jaga pon penat, let alone dua kemudian 3, masak gua, masakkkk~

akhir kalam, majulah 12345 blog yg ada bawah aku sekarang ni demi tak tahu la untuk bagi siapa yg nak baca.

ya rabbi.

tamak halobanya kau ni alis... padan muka!

:/

Thursday, April 17, 2014

putus itu sakit. tapi putus asa lebih menyakitkan.

siapa suka putus? u tell me.

none.

melainkan ko tak suka, so ya, maka ko mintak putus.

ada sekali, belah sana dah siap buat hantaran, hantar ke makcik dia utk gubah, makji aku pon dah beli barang2, kaler pepel, haaa sekali bila aku dengar sesuatu dari mulut dia yang ______, lalu aku amek keputusan "I don't want to proceed this thing" "this thing" waktu tu ialah majlis pertunangan.

20% belah aku dah siap.

40% belah dia dah siap.

tapi batal. masa tuh tak silap aku, date dah ada. dah ready.

masa tula jugak, pama aku pujuk, makcik aku pujuk. but once I said NEHI, nothing can beat that.

keras hati? ntah. sampai sekarang cuma dia n aku je tau, punca sebenar. aku pilih taknak aibkan dia. dan dia pilih untuk diam. 2.2 selamat. sah2 laa in this situation, aku nampak jahat sebab aku yg mintak stop. heh. takpe, dia cud be tgh bz nak kawen now, guna hantaran yg dia buat untuk majlis tak jadi kami dulu. which was 2 thn lalu (makcik dia sendiri bagitau)

dia baik, guitar player, jenis tak keluar malam, tak berkira, soft spoken, fair, Chinese look. APA LAGI YANG AKU NAK? heh. adalah. something. yang dia sendiri taktau bila dia nak mula sebab dah lama gila dia tinggalkan. hurm. sadly, jodoh kami takat tu je.

dan bulan kejadian tuh jugaklah, aku nyer period double cycle. 15hari. 13hari. stress level brapa ntah. tak pernah kena sampai mcm tuh. masa kejadian, aku di Ipoh. ratus kilometer away dari Melaka. the best part is, aku jauh so apa2 melalui call saja. tak mcm dlu, aku ada dalam rumah, selang berapa hari, maklong aku datang pujuk paksa sampai aku say YES.

aku tak pernah mintak semua ni jadik. betul. siapa yang nak? orang yg mampu je diberi ujian macam ni. kazen aku penah 3x putus tunang (3x ok, bukan sekali) last2 lelaki yg jadi suami (kini arwah) yg datang depan pintu rumah, melamar and bagitau dia minat ke kazen aku sejak skolah lagi. hari2 kazen aku naik basikal p skola, hari2 arwah tunggu depan pintu umah dia b4 p keje, tak cukup sweet ke tu?

ok, banyak taip, banyak cerita.

esok aku sambung, cinta 2 musim. which, baru je berlalu :)

Wednesday, April 16, 2014

WW: ke arah mana lepas ni kita :)


4?



4 itu angka yg aku cukup tak suka, dulu.

baru ni je ok. tapi bila tengok number plat 4444, aku masih kalut.

maybe tak suka dulu sebab katanya lelaki boleh kawen 4.

ntah apa2.

tapi sejak tadika lagi aku x suka nombor 4 ni.

motip sejak tadika x suka angka 4 sebab boleh fikir lelaki boleh kawen sampai 4?

haha.

Monday, April 14, 2014

ada. tiada.

pantai cenang, dekat dengan kedai laksa tepi airport,
langkawi.
 
 
mana pon kamu ada
aku masih mahu tunggu
 
masih mahu berdoa
 
harap ada yang berdoa
macam aku doakan dia
 
harap ada
kalau tak ada?
 
doa jela dulu.
 
heh.
 
 
 


Wednesday, April 9, 2014

rabu yang masih berkata-kata

 
sekarang ni aku dalam state...org belanda kata-fragile. dek macam2 hal duniawi. hurm.

lalu seraya sambar tafsir, dalam hati terdetik, mari, beri aku penawar.
dari 799 mukasurat tafsir, dengan cara aku yg randomly buka, sambil pejam mata, jari menari atas kertas licin umpama membaca braille.

bukak mata- jiwa rabak hati koyak tadi terus melalak, melihat ayat kedua dan seterusnya T__T

Al-Quran memang penawar terbaik, selepas kita bersujud tekun, bersimpuh tertib mengadap Dia.


bila baca tafsir, memang betul bagaikan Allah tu berkata2 dengan kita, dengan jarak yg paling aman sekali. dengan nasihat paling halus sekali.

maha halus.


nak jadi budak baik;
alis.

p/s-dalam surah ni ada satu antara ayat utk mendekatkan jodoh. yg aku igt-surah toha, surah al rum, dengan lagi satu dh terlupa. nnti aku sharing is caring na :)

Sunday, April 6, 2014

perahu kertas

dilayarkan perahu kertas
tanpa penat tanpa culas
tiup hembus hempas pulas

dijaga bunga dibaja batas
disayang sayang harapkan balas
akhirnya gugur tanpa belas

puas ditatang jangan terhempas
kun fayakun, berani nak tetas?
biarpun sayang terpaksa dilepas

jauh
bukan alasan
dekat
bukan paksaan

sedang berlumba
untuk beli tiket masa

(82hari menjelang ramadhan)

alis

Friday, April 4, 2014

minggu lepas: tiba-tiba sebak sendiri :(

 minggu lepas, balik dari kerja.. waktu tuh aku baru turun kereta di parkir rumah..


"ciklong balik... ibu, tu..ciklong dah balik..."


husna, almost 3. leka melukis leka menconteng, di meja luar rumah, bersuara sambil menunjuk ke arah ku.


tiba-tiba aku sebak sendiri :(


***********************************************

melihat situasi, takde apa pon yang jadik kan?


aku cuma terbayangkan kalau yg bersuara tu ialah "anak aku"


"mak dah balik, ayah, tu, mak dah balik..."


aku tiba-tiba sebak sendiri :(


(maaf, lately ni mellow, masih lagi simpan impian nak iron kain pelikat suami ramadhan tahun ni, masih usaha, masih....)


.

Tuesday, April 1, 2014

my happiness is...

 
having my meals here. feel so cozy and warm.
 
 
or playing with 1.5year old kid
 
 
or try to make friends with other's little one, randomly.
 
 
or milking the little lamb... hiks.
 
 
I love to see anything on the sky.
be it the plane, the kite, the flaying bird, the fireworks,
or even just looking at a guy on the crane fixing the lamp post.
in short, I love to looking up and admire anything above my height :) :)
 
**still praying for MH370