Nuffnang

Sunday, April 6, 2014

perahu kertas

dilayarkan perahu kertas
tanpa penat tanpa culas
tiup hembus hempas pulas

dijaga bunga dibaja batas
disayang sayang harapkan balas
akhirnya gugur tanpa belas

puas ditatang jangan terhempas
kun fayakun, berani nak tetas?
biarpun sayang terpaksa dilepas

jauh
bukan alasan
dekat
bukan paksaan

sedang berlumba
untuk beli tiket masa

(82hari menjelang ramadhan)

alis

4 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

yup.. tak lama lagi nak masuk ramadhan.. akak ada 2 3 hari lagi nak kena ganti puasa..

||alis|| said...

kak iina

sama, 4 hari. senin-khamis sampai ramadhan esok, inshaAllah.

t.a.t.a said...

ada jual kat mana tiket masa tu alis? nak beli jugak la.

||alis|| said...

cikta
jangan, nanti nyesal. takdak diskaun plak tu. heh.