Nuffnang

Wednesday, April 23, 2014

jodoh itu tetapan Allah. ini salah satu bukti ihsan dari Dia ;')


waktu aku baru2 jatuh, seorang sahabat kirimkan aku ini.
 
untuk ease-kan duka kau sikit, katanya.
 
mungkin ada yang sudah dengar kisah mereka (baru tahun ni, atau tahun lepas berlaku). tapi biar aku kongsikan ya.
 
wanita itu, seperti kita nampak, lahir tanpa kedua-dua belah tangan. ditinggalkan oleh ibunya di panti asuhan (rumah anak yatim) sejak lahir kerana ibunya tidak mahukan dia. lalu, wanita ini membesar di panti asuhan sejak kecil, sehinggalah besar dan seterusnya bekerja di panti asuhan tersebut. dia tidak kemana-mana, dunianya hanya di panti asuhan itu.
 
DIA TIDAK PERNAH KELUAR DARI PANTI ASUHAN DAN MELIHAT DUNIA LUAR PUN.
 
dia tidak betah untuk keluar lantaran terasa malu dengan kekurangan diri. dia tidak kisah. dia terima dengan redha jika itu ialah takdir untuknya.
 
sehingga satu hari....
 
ada satu team sukarelawan pertama kali melawat panti asuhan tersebut. tiada apa berlaku kecuali team itu berborak2 biasa dengan wanita tanpa tangan ini. titik. tiada apa berlaku. kecuali di hujung team, seorang jejaka ralit memerhatikan wanita tanpa tangan tersebut.

sebulan kemudian...

team yg sama datang lagi untuk hulur sumbangan, seperti biasa. mungkin mahu dijadikan rutin. ahli team berborak lagi dengan wanita tanpa tangan itu. kali ini jejaka itu join sekali :)

wanita tanpa tangan itu kelihatan seorang yg baik hati, lurus, berjiwa besar serta penyayang, senyum juga manis. jejaka itu tersenyum, ada makna.

di hujung perbualan, jejaka itu membiar teamnya beransur, meninggalkan wanita tanpa tangan itu sendirian, seperti biasa wanita itu tersenyum, merasa itu saat yang terbaik dan tidak mahu melepas peluang, jejaka itu bertanya satu soalan kepada wanita tanpa tangan tersebut "sudikah kamu mengahwini aku?"

wanita tanpa tangan tergamam. apa tindakan dia seterusnya? dia berlari keliling bangunan panti asuhan sambil menangis!

mimpikah aku?

barangkali dia itu cuma bercanda?

setelah rasa terkejutnya hilang, wanita tanpa tangan itu kembali ke sisi jejaka tersebut, air matanya masih berlinang, dan dia tidak punya tangan untuk menyapu air matanya...

jejaka terus tersenyum, dan dengan segera jarinya menyapu air mata wanita tanpa tangan itu.

tidak lama kemudian, mereka selamat bernikah :)

yang wanita tanpa tangan itu tidak tahu, jejaka ini ialah anak salah seorang gabenor bank Indonesia, sekaligus ialah salah seorang yg terkaya di Indonesia. lulusan USA dan sempurna-kacak-bergaya.

semoga jodoh mereka hingga hujung nyawa. amin.

perjalanan jodoh itu memang rahsia Allah. terkadang walau tanpa usaha, cuma bekalkan saja redha dengan ujian hidup dan berdoa, cepat atau lambat, jika kita berjodoh di dunia, kita pasti akan tetap berjodoh :)

p/s: memang pada mulanya keluarga jejaka membantah pilihan si anak, tapi akhirnya mereka jatuh hati dengan ketulusan hati wanita tanpa tangan ini. ibu mertua sampai merajuk bila anak menantu menolak usahanya untuk memberi seorang pembantu rumah untuk menyenangkan menantu istimewanya, kata anak menantu, tak apa, selagi masih boleh menguruskan hal rumah tangga, mereka senang untuk menguruskannya berdua saja.

so sweet sampai aku nangis masa baca kisah diorang ni.

;')

 
 

8 comments:

Umm AA said...

mulia sungguh lelaki tuh kan..untung badan yg kurang bernasib baik tapi lebih bernasib baik..
zaman skrang pun akak rs tak blh hanya tunggu sahaja jodoh dtg..kena jgk put some effort .& yg paling pentingnya jgn bercinta sblm kawen..sbb buang karan jer...:)

t.a.t.a said...

Memang sweet Alis. Allah itu Maha Adil kan? Cuma kita aje yang terlalu fikir kata orang lain. Kata-kata dan pandangan orang lain bagi kita terlalu penting, sehingga kan kita sanggup membelakang kan takdir.

Itu lah yang aku belajar sekarang ini. Untuk tidak hiraukan kata-kata orang lain. Hiraukan kata-kata orang lain sedikit sebanyak feeding syaitan punya kehendak untuk biarkan kita kekal bujang.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

InsyAllah jodoh itu pasti ada.. sedang ada org yg paling gemuk pun jumpa jodoh juga.. (ini pun bagus untuk yg rasa rendah diri sebab saiz badan)..

Akak pernah gak dengar ada org tua2 cakap.. yang dicakap tuh pada yg berisi badan.. 'cubalah kurus sikit.. barulah ada org nak'

which is so not true.. tapi apakan daya ramai orang yang lebih suka melihat fizikal daripada hati budi.. asalkan sedap mata memandang dan sempurna sifat sudahlah kan..

kisah ini memang inspired.. jodoh itu insyAllah ada

||alis|| said...

kak ummu aidan dan arissa

...buang karan tu betul. penat, plus kita pun bukan makin muda remaja nak bercinta2. owh, mmg penat n buang masa :/

||alis|| said...

cikta

haah x silap aku penah baca, bila start sorang anak adam plan nk dirikan masjid, akan dating setan2 yg ingin membisik hal2 tak baik dan rancang untuk memusnahkan plan tu. uish.

||alis|| said...

kak iina

haah. org takde kaki tangan pon alangkan kawen, org bisu pekak buta pon kawen. ni kan plak kita Alhamdulillah sempurna semuanya.

semuanya masih dalam rahsia Allah kan :)

Engku Artini said...

Alis..pohon sharebd blog sy ye.. thnks

||alis|| said...

engku artini

salam sis, sila2 :)