Nuffnang

Monday, April 28, 2014

OCD

OCD ialah sejenis penyakit yang tak berbahaya. worry not. tak berjangkit, heh.

antara orang2 yang glemer ada OCD ialah tuhhh.. the hottest daddy on earth- David Beckham. si cantik Cameron Diaz, si botak yg kelakar anak beranak Howie Mandel, si kacak Leonardo DiCaprio, si kaya Donald Trump, dan sweetheart si Justin Timberland.

aku amek bahagian dalam soal-selidik ini, dan ini hasilnya :)

Your results
You scored xx / 20 on part A and xx / 20 on part B.
Based on the results, it appears you might have OCD or a related disorder. However, only a qualified mental health provider can make a more accurate diagnosis. If you are experiencing psychological distress it might be advisable to see a clinician for further evaluation.

dan aku tak terkejut pon sebab aku mmg jangka aku ada sedikit OCD dan ianya bukan extreme eg: basuh tangan berkali2. aku cuma akan basuh tangan sekali untuk make sure tangan bersih sebelum sentuh makanan (nak2 kalau aku pilih untuk makan guna tangan)

pasal lipat2 baju, ikut mood. kadang2 aku boleh lipat asal boleh, dan kadang aku akan lipat ikut jenis dan susun elok2 (mood mcm ni cuma datang sekali sekala), aku penah tengok org lipat baju dan susun lebih baik dari aku buat.

ujian di atas mengambil kira kelakuan pada 30hari terakhir. so yeah, salah pilih haribulan sebab jiwa tengah remuk redam-lah-kononnya. lol!

ada satu kisah sebenarnya pasal OCD ni aku nak share dengan korang.

aku tengok ada satu video kat upworthy ni. si lelaki mat salleh ni merupakan sorang pemuisi yg ada OCD melampau. dia ada gf yg tak tahu dia ada OCD. then bila gf dah tau, gf dia happy sebab katanya "saya tak perlu risaukan apa2 sebab semuanya akan di-triple-checked oleh awak, so saya rasa selamat sangat walau ada dalam rumah.." baru2, semua sweet, ye tak? :)

oleh kerana diorg pilih untuk tinggal sebumbung, lelaki ni lebih extra checking things up. like selalu ke pintu tengok dh kunci ke belum, katil dah kemas elok2 ke blom, api kat dapur gas dah padam ke belum.. dan lain2, yg paling ketara, dia akan pastikan berkali-kali yg PINTU RUMAH DIA AKAN BERKUNCI sebelum dia masuk tido.

kita semua tahu, orang yg ada OCD ni, kalau dia lari sikit dari kebiasaan dia, hidup dia jadik tak tenang, jiwa akan kacau bilau, dia tak boleh moving forward pon sebab ada benda yg buat dia rasa "tertahan" atau rasa "tak lengkap lagi" serta rasa "tersiksa yg bukan dibuat2 pon"

lama-kelamaan, benda yg dirasakan sweet, dah tak sweet lagi oleh di gf. yela, tak boleh itu, tak boleh ini, mestilah gf yg free OCD ni rsa tertekan sangat2 kan, nak2 duduk satu rumah, tak boleh lari kemana2..

lalu terjadiklah perpisahan... sobs sobs. sedih tapi nak buat macam mana kan.. dari hati terseksa, baik lepaskan saja dengan rela.

mula2 lelaki tuh sedih. tapi rutin tetap sama. membawa OCD nya sekali...

tapi tak lama kemudian, dia rasa nak sangat gf dia kembali, sebab dia masih sayanggg sanga kat gf tuh. lalu apa tindakan dia? ya, dia yg ada ODC melampau itu, telah buat satu tindakan luar dari kebiasan iaitu MEMBIARKAN PINTUNYA TIDAK BERKUNCI tiap2 malam so that bila2 gf rasa nak balik rumah, pintu rumah sentiasa unlock, and bila2 si lelaki ini terima je gf dia kembali.

can u imagine how hard it is? rasa macam menekan sangat2. tersiksa batin weh!

.....see, bila dah sayangggg sangat, OCD pon boleh ditempuh :)

p/s: gf masih belum nak kembali pada si OCD, dan si OCD masih berharap sampai sekarang, dengan membiar pintu rumahnya tidak berkunci.. TT___TT



 

5 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Akak ada sorg kwn dulu.. dia pun ala-ala ada ocd.. paling akak stress kalau dia parking keta.. bukan takat sekali pusing kereta dia tuh lepas parking.. kadang 2 3 4kali..

ada sekali.. dah masuk shopping complex.. boleh pulak dia rasa macam tak tutup tingkap dan lock kereta.. walhal akak dah tgk dah tadi semua ok.. dia tak percaya.. p juga..

sebab tuh.. tiap kali kalau dia park keta.. akak tak tunggu dah.. kalau dia nak tawaf kereta lantak lah.. biasa akak naik dulu ke shopping complex.. malas nak tunggu.. mula2 dulu tunggu gak.. lepas dah tau perangai.. selalu akak blah hahaha.. pastu pesan.. 'Ok I tunggu kat atas'... (sebenornya malas nunggu dan malas nengok dia pusing kereta tuh berkali2)

||alis|| said...

kak iina

haaa kan.. jenis gitu. sy takdelah smpai 3-4kali, cuma kalau x yakin pintu dh lock ke blom dalam jarak few meters away tu sy main2 ngan kunci keta, perati lampu keta blink berapa kali, lepas tuh dah. hihi.

Nastyna said...

saya pun ada sedikit benda ni, rasanya semua orang ada cuma kronik tak kronik jer kan. Tapi saya jenis akan basuh tangan setiap kali pegang something, imagine kalau masak kat dapur, pegang bawang then basuh tangan, potong bawang pastu basuh lagi tangan. Sampai kering2 terkopak kluit tangan tau... tapi alhamdulillah skang ni (few weeks now) saya cuba sedaya upaya biarkan tangan tak berbasuh buat seketika hohooh.

||alis|| said...

sis nas

haahahaaa.. kat dapur tuh sebab access ke air tu mudah kan. apa2 kejap je dh tuju ke sinki. aaaa makji saya mmg kenot tahan bila sy kat dapo, katanya "habis lecak2 sinki kaklong kejekan"

tapi lepas tu kita lap what.. --"

CAHAYA MATA said...

hehehehee...
pokcik saya ada sedikit OCD ni..

terutama bila nak tinggalkan rumah.. walaupun untuk sehari dua.. dia akan sekurang-kurangnya 5 kali putar satu rumah check lampu, pintu peti ais, almari baju, plug2 tv, aircond, cerek air, iron baju, tingkap (termasuk tingkap2 bilik air segala) and of course last sekali masa kunci pintu rumah dan pintu pagar.. dia akan check banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak kali...

hehehehe.. :)

mula2 rasa pelik dan rimas.. tp sekarang dh boleh terima dan rasa semua tu cute...!! hehehe..

sekali2 saya "bahan" kan juga perangai OCD dia tu.. kelakar what..! :-p

.