Nuffnang

Thursday, April 1, 2010

Doa Pembuka 12 Pintu dan lain lain :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Ya ALLAH...!bukakanlah untukku, pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasih sayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu, pintu2 keampunan dan pintu2 syurga,
Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


thanks to Kak Hana :)
crdt to : ANA

--------------------------------------------------

hari ini 1 april 2010. yer.. tahu.. tapi sorry, gua tak layan april fool.

sebab hari ini merupakan ulang tahun ke-13 pemergian seorang yang pernah aku simpan hati padanya. arwah Zainal Bin Alias.

arwah seorang yang pendiam. tak banyak bercakap, tapi apa yang buat aku, si mulut becok ini tertarik padanya ialah, senyumnya, raut cerah 'inocent'nya, dan mata hijaunya.

serius.
mata arwah hijau.
hijau hijau air.

dia bukan mat salleh. lihat namanya sekali lagi..

Zainal Bin Alias.

takde nama mat salleh pon di antaranya... kan? tak tau laa aku kalau 'Zainal' atau 'Alias' tuh nama orang putih. takkan 'bin' pulak... bin laden pon orang arab, bai..

takde apa yang aku ingat tentang arwah. yer la dah 13 tahun. tapi yang aku ingat, sejak 13 tahun hingga sekarang, al-fatihah usai solat tak pernah aku lupakan buat dia selain arwah ke4-4 arwah atok nenek n pakcik aku.

apa yang aku ingat tentang arwah ialah selain pendiam, suka tersenyum, arwah jugak seorang yang kurang mesra dengan orang lain. suka tersenyum, pendiam namun tidak mesra?

itulah arwah.

oh aku ada cakap ke yang dia duduk di kelas kedua terakhir dari 6 kelas? yup, itu jugak dia. lantas? apa yg buat aku minat pada dia? itulah yg diatas tadi tuh sebabnya. semuanya :)

dan petang kemalangan itu sebenarnya dia mahu berjumpa denganku, katanya ada perkara yang mahu dibincang. jadi petang tersebut aku tunggu, hingga jam menunjukakn 6 petang. hampa. dia tak datang. nazruddin teman baik pon tidak nampak bayang jugak. takpe la.

esok paginya..

zizie: alis, ko tau tak zainal eksiden? dengar citer teruk gak.. uddin patah kaki..

aku yang belum letak beg atas kerusi, segera tergelak!

aku: takyah buat jenaka pagi2 boleh? ko nak april fool kan aku, kan? kan? cakap jer la camtuh! uwekk!
zizie: ko tak caya sudah.. aku dah bagitau ko dah baik..


10 pagi..

ustaz yahya: salam.. semuanya harap bertenang yer.. sahabat kita Zainal bin Alias telah meninggal dunia jam 9.45 pagi tadi.. sesiapa yang mahu ziarah sila ke tanah perkuburan padang temu lepas zuhur ini.

........


aku terus blur.

sebab aku rasa aku belum sedia nak terima berita macam nih...
atau pun hingga sekarang kot, aku tak pernah rasa bersedia mahu ziarah kubur arwah. sebab aku rasa aku tahu perkara yang zainal nak bagitau aku petang tuh. sebab tuh aku tunggu sampai 6petang, itu pun terpaksa, sebab bas terakhir ialah jam 6.15petang.


aku rasa.. kalau kami sempat bicara petang tuh,
watak asri pun tak pernah wujud.
penantian 12 tahun aku pun takkan pernah berlaku.
tak akan ada hati2 yang berjaya menawar kepadaku.
takkan ada cerita2 pemanis pepahit petawar pemasin dalam hidup aku..

paling penting...
aku pun takkan membujang hingga ke usia yang sepatutnya aku sudah punya 3 anak.

echewah!



berangan. memanglah indah sepanjang masa.

(even masa aku mahu beri hati pada asri, aku masih berusaha agar hati aku tetap pada arwah. aku ambil masa setahun lebih untuk mulakan dengan asri... itu yang terjadi 12 tahun.. kemudian bila mahu berhubung balik dengan asri ramadhan lalu, beria aku mohon doa paling lama agar jika aku jadi sama asri, arwah tetap menjadi sebahagian dari sesuatu dalam hidup aku, aku tak mahu lupakan arwah terus. tapi apakan daya... asri tak hargai. jadi, aku pon berlalu pergi.. tak mahu ternanti nanti lagi, rugi. eh, pantun?)

---------------------------------------------------

housemate aku kini merupakan teman baik aku sejak sekolah menengah dulu.
dulu masa form 2, aku pernah menulis sebuah novel. 100 muka surat, guna type writter lama ayah yang 'catuk ayam' dan 'guna line carbon' tuh. sebulan lepas (begitu juga 10 tahun lalu, setahun lalu, 8 bulan lalu, hingga membawa ke sebulan yg lalu). di kerap bertanya soalan yang sama..

"kau tak mahu menulis novel ke, lis?"



persoalannya: layak ke aku nih nak menulis novel? tak semenggah macam nih nak menulis novel? sapo nak beli tuh yang oii.. hahahaha~ (dalam hati: aku nak join buku prima jika benar aku mahu jadik penulis)

sekarang aku gila sama penulis bernama nurul shahida. "Plain Jane" & "Aku Kan Novelis" merupakan novel yang bila aku beli kelak, aku tak mahu bagi org pinjam. hahaha! kedekut tak aku? :D (baca: melainkan kamu hadiahkan aku dengan novel terbaru beliau, itu ok, aku boleh kasi pinjam, adil tak? :P)

(thanks to Cett, housemate aku (hantu novel, sebuah bilik penuh dengan novel2 jer, tabik aku!) beli 2 bijik novel tuh kemudian aku curi novel tuh bawak naik atas bilik, kemudian bila dah baca separuh jalan, baru sms dia "cett aku bawak naik Plain Jane, pagi esok aku bawak turun eh".. lantas dijawab 2 huruf "ok"

(sungguh tak kedekut kan housemate aku?)



.


.

5 comments:

Ms.Lilies said...

aku pun xmain aprilfool....
kalo ko sbb hilang org ko sayang... aku lak sbb arini besday mak aku...
ada bran ka mau april fool kan dia??

||alis|| said...

kakmimi: ahahaha! taboley... nnt dia tak bagi ampun.. sapa susah.. kekeke!

||alis|| said...

eh, selamat hari jadi buat mak kak mimi :)

ber_u_wang said...

nak buat apa ikut perangai orang barat

||alis|| said...

bang: marah ooo.. marah.. :D