Nuffnang

Sunday, June 18, 2017

pengalaman bersalin dengan Doktor Hayati Awan (Oriental Medical)



salam penghujung ramadhan..
mehlah share sikit cerita tentang kelahiran Ameera.
lahir 3minggu awal atas faktor ketuban sudah bocor. tapi at 34 weeks aku dah ready dengan injection menguatkan paru2 baby just in case baby keluar awal. which is true. thanks to doctor Yati from Oriental Medical. adik yg kenalkan doc yati ni sebab dia doc pakar dri GH yg pindah utk buat practice sendiri.

birthplan? patutnya ada tapi sebab aku ni sambil lewa.. tak sangka BP aku tak menjadi sebab terbersalin awal. haha.

ok. dari kl asben drive all the way to melaka sebab aku nak berpantang kat melaka. maka dari kl terus ke spital kat Klebang tu jam 1.30 pagi. pasang segala alat. dan tunggulah gesa. jangkaan kelahiran ialah normal. maka menunggulah aku akan gesa tersebut.

lepas hampir 30jam. rupanya aku kena czer. haha. serius tak sangka sebab adik beradik aku bersalin semua normal. 6 org total ha. ma aku pon terkejut hehe. tapi nak buat acaner kan. ketuban makin kering n doc yati yg selalu menyokong kelahiran normal pon kata risau sebab takut baby kena jangkitan kuman. so kena laa relakan perut dibelah.

serius operation tu sebenarnya satu proses yg tidak menakutkan. epi ke belah ke jahit balik ke.. tak. serius tak. kudos to team doctor yati yg semuanya doc pengalaman.

tapi, czer ni kesannya selepas operation. aku x boleh nak rooming in with baby srbab aku czer n rasa ngilu2 masih ada lepas bius habis. so baby terpasang bottle feeding  yg akhirnya membuatkan baby aku nk bf hanya selepas sebulan usianya. now alhamdulillah 70% bf the rest susu botol.

kenapa aku czer?
1. takde gesa. serius. takde. bacaan ctg aku pon showing no pain.
2. ketuban aktif bocor.
3. lepas 1pil induce, 3 beg pitocin, aku still takde gesa. doc yati kata aku kebal.utk pengetahuan kata adik n mertua aku yg alami kelahiran paksa (pil induce) kata diorg bersalin paksa lagi sakit dri bersalin normal. but still, pain no show. so aku takde laa merasa sakit bersalin bila pinggang "menggigit" bagai.

itu jela kot ceritanya. berat aku skrg lagi 4kg nk capai berat asal. tapi aku nak turun dari berat asal.takpelah. enjoy bf dlu (maksudnya i have to eat like a mad cow lulz!). kenaikan berat sepanjang peknen ialah 13kg. toing toing toing :p

3 comments:

Tengku Sofia said...

Tahniah!

Fathin Yusoff said...

Sis. Boleh tau brape kos bersalin caesar kt oriental mase tuu. Tq

Unknown said...

Total kos bersalin akak berapa ya masa tu?