Nuffnang

Friday, May 30, 2014

soalan-soalan lazim dari lelaki untuk calon isteri mereka

soalan-soalan ni semua aku penah dapat.

- awak nak jumpa boleh? (selalunya tolak, nak2 baru 15saat ko taaruf, dah bukak soalan nak jumpa)

-awak dah kawen? (excuse me, kalau dah kawen, sy takde acc dlm baitulmal muslim tu yer)

-awak sebelum ni dah penah ada siapa2? (what, bajet gua suci benau gamaknya.. lol!)

- awak ada sakit apa2 yang kritikal tak? (omaigad, omaigad, I panas, I nak pitam, nak bukak baju, nak bukak baju! #cikguizzudin)

- awak boleh ngaji? (sejuk tak dapat soalan mcm ni?)

- ok, dah, soalan2 lain tu soalan biasa jela, macam family, kerja, dan lain2.

cuma, aku paling tak boleh blah dulu, soalan repeat, habis je azan isyak, lepas 15min, dia call, soalan wajib dia is "awak dah solat?", setiap hari ok. setiap hari. aku mcm, eh boleh tak, gimme a break? aku tak bleh dapat soalan berulang mcm tu, soalan boleh jangka, soalan muak, untuk dijawab #bekastunang

lagi satu, soalan harian wajib "awak dah makan?" asal text je, soalan tuh.

oh, serius, I kenot tahan dengan soalan awak dah makan tuh secara kerap.. don't know why. agaknya jumpa je aku, dia teringat makanan kot, har har   -_-"

Wednesday, May 28, 2014

2 minggu. tak lebih, tak kurang.

... dan ianya berkesan. Alhamdulillah.

aku bicara tentang taaruf.

benda ni dah lama aku baca, tapi selalunya sepintas lalu, dan baru aku tahu kebaikan taaruf ni. dan sadly, utk taaruf style aku, kena la one to one. takde melibatkan pihak ke 3, which is better. wayyy better sebenarnya.

pokok pangkalnya, aku tak rasa masa terbazir, dan aku jugak tak bazirkan masa dia.

lepas 2 musim berlalu. aku diam kejap. amek udara segar. kemudian bangkit. ewah! daftar sana sini. register dan bayar fee, dan bagai2.

dan aku mula kenalkan system taaruf 2 minggu ni untuk diri sendiri dan bakal lelaki2 terlibat. ada yg tak sampai 2 minggu pon t.t

yang betul2 2 minggu takat ni, cuma 2 orang. Alhamdulillah. sorang ni 8may start, 22 may aku sendiri tamatkan. sorang lagi 15may, duenya pada 20may. see tak sampai seminggu pon. laki orang tuh je 2minggu 3hari. Nampak tak permainan dia. haha.

2 minggu memang utk create the urge tapi bukan memaksa. sebab b4 kenal lebih lanjut, aku akan bagitau siap2, ok kita ni dalam taaruf dah yer, saya amek masa 2 minggu, atau kurang dari itu.. sebab lelaki sekarang, banyak suka delay2 (pengalaman sendiri). nak2 dapat pulak lelaki yg jenis slow, lampi, dan prolong. untuk usia aku, aku sendiri pilih, aku harus speed things up, aku bukan 22, 25, boleh nak kawan lama2, bertahun, lama2 hasilnya nanti aku merana.

makji selalu gtau, lelaki, 45 dan bujang ke, atau hatta dah kawen pon, masih gagah susuknya, tak nampak macam 45. pompuan dah 45, nak melahirkan zuriat pon ada risiko, bukan saja pada bayi, tapi pada ibu juga. namun apa pon, berbalik pada Allah. aku berkata sebagai manusia biasa yg banyak cela sambil buat planning.

kebaikan lain taaruf 2minggu pada aku sendiri ialah, aku boleh tahu/agak apa pihak tuh mahukan. aku tahu dia serius ke tidak. aku boleh rasa dia nak prolong ke atau sekadar main2 saja. atau belum serius nak dirikan rumahtangga. secara tak langsung, aku boleh move on. dia pon. 2 minggu is more than enuf to me..

....cuma 21may lepas, lepas tak sampai 2 hari taaruf, seseorang ni amek jalan untuk stopkan taaruf pulak. eh. what happen?? kecik pulak hati kita ni. sobs TT__TT

..dan katanya, dia pergi untuk kembali. bukannya datangg untuk pergi.

paham x? tak paham takpe..

Monday, May 26, 2014

thanks, but no thanks.

korang, nak share 1 rahasia ni..


yang sebenarnya, birthday aku 23 may lepas. takde hadiah aku nak bagi selain n3 bertarikh 22may yg lalu. kikikikii! sorry korang! gotcha~ :P ampun. maap~!!

but semuanya benar. walaupun, dalam salasilah aku.. memang ada pakcik2 aku sndiri nikah 2-3 kali. indah ke? hanya yg alami je tahu. aku membesar dengan melihat bagaimana poligami itu dibentuk dan terbentuk.

tidak mudah. dan tidak pula sukar sangat2. semuanya atas kebijaksanaan suami itu sendiri. dan keredhaan isteri2 tersebut. sebab itu aku tidak menolak atau membantah :)

memang tujuan aku up kan n3 lepas adalah kerana ada suami org yg nak ajak aku poligami. jujurnya aku memang tolak, tapi at the same time aku debate dengan dia smpai jejak jugaklah 120 pages dalam baitul M tuh. ha kau. banyak kan. aku soal dia dengan soalan2 yg sering bermain di fikiran aku, as pompuan yg tak kawen lagi ni.. pada dia, as suami org yg nak kawen lagi sekali ni.

....dan kesimpulan yg aku simpul-belitkan ialah, aiseh. mamat ni jenis pandai makan pandai simpan. dan licik, dan ermmm.. penakut dengan no 1? ntah. dari segi debate, mmg dia lelaki yg bijak berkata2 (no wonder)

my glass is always full bila aku soal dan bercerita dengan dia. dan dia, tidak berselindung. bagi nama penuh. keje dimana. travel ke mana. semua dia update. aku risik tentang dia menggunakan kabel2 yg aku ada. ewah. dan ternyata, orgnya memang wujud dan seperti yg dia bgitau pada aku. informer aku mmg boleh digunapakai nampaknya. hehe.

dari situ aku jejak dia sikit demi sikit. boleh kata lebih dari half, pasal dia, dalam tangan aku. ewah. terima kasih pada pakcik gugel jugak. sebab dia orang kuat C1DB. ha kau. takde selindung2. lols.

dan dia penah berpoligami selama 2 tahun before this. no wonder laa kan.. hurm...

eh kemahiran ni untuk aku jugak, mana tau berguna. apa pon, I still feel pity for his 1st wife. how come yer, seorang suami yang nak nikah lagi satu, main sorok2 plak. aku refer solely utk kes dia.

worry not, aku dah tak debate/contact dia dah, since aku cakap, "thanks, but no thanks" akhirnya. ada ke ajak orang nikah kat Siam. ceh!

**awak, terima kasih kerana berkongsi cerita minggu lepas, sy doakan awak bahagia dengan jejaka pilihan awak, tak kisahlah, apa org nak cakap, janji awak tahu, apa yg awak nak, apa awak harapkan. yg lain, tak penting. sebab akhirnya, kita bukan nak kejar dunia semata2, kan? :) 

Thursday, May 22, 2014

reaksi berbeza..

ustad azhar cakap:

"tak seronok ke jadi no 2? seminggu 3-4hari ada masa duk atas buai, sambil asah kuku..penat pon tak penat, sebab semuanya dibahagi-bahagi.."

makji cakap:

"takyah la, baik yg bujang. duda pon tak apa"

kawan2 yg dah bergelar isteri cakap:

"aish lelaki, itu jela yg diorag fikir kan!"

kawan2 yg belum bergelar isteri cakap:

"kita nak ke sakitkan hati pompuan lain? mampu ke kita nak melawan takdir? kita tak berhak ke jadi isteri dan ada family? even if ada number dekat status isteri  utk kita.."

kawan2 yang dah kawen, yg ada kawan yg bergelar isteri no 2/3/4

"aku no komen, aku tengok takat ni ok je diorang.."

***

orang yang nak poligami tu cakap:

"Awk....just nk share sepengalaman hidup......dunia ini bukannya seperti yg kita idam2kan.....bukannya semua boleh ngam2 atau cun2 atau seperti on paper, ikut hati kita"

"I HOPE I'LL BE THE ONE WHO CAN CHANGE YOUR THOUGHT AND BELIEVE THAT ISLAM IS VERY PLEASED AND WONDERFULL IF WE APPLIED ACCORDINGLY WITHOUT MIS INTERPRETATION"

***

dunia ni sementara, dan sekejap sangat, macam antara waktu maghrib nak ke waktu isyak.. isteri bukan memiliki suami dan suami bukan tempat pengantungan isteri, tapi Allah swt. dan suami itu bukan hak mutlak isteri, tapi hak mutlak Allah swt..

***

what shud I do? ok mulakan dengan baiki diri. doa. istiharah. mintak pada Dia. tunjuk mana yang benar. amin ya rabb!

.

Wednesday, May 21, 2014

ada kamu

buka saja mata
aku sudah tahu arah tujuan hidupku
dalamnya, ada kamu

bangkit dari baringan
aku sudah nampak bentangan jalan
depannya, ada kamu

berjalan kaki melangkah
aku sudah kira derap tapak
tiapnya, ada kamu

berlari deras, laju
aku sampai hilang degup
detaknya, ada kamu


 
 
 
bagaimana mahu hilangkan semuanya
bila segala di dalamnya, ada kamu

Sunday, May 18, 2014

glass full

saya masih ingin berusaha.
jadi tak jadi lain cerita.
tolonglah, jangan datang untuk pergi tiba-tiba.
i swear that itu bukan caranya.

saya masih ingin berdoa ikhlas
walau kadang terasa tidak dibalas
ingatlah sikit, andai diberikan belas
dalam hati menggunung berbekas.

saya masih ingin percaya pada takdir
walau mimpi tak indah jengah menghadir
saya masih rational, mampu berfikir
cuma dalam hati adakala derita berdikir.

Thursday, May 15, 2014

m.O.j.O

 
dia tanya: awak betul ke awak aim nak kawen before puasa ni?
 
aku jawab: haah, saya cabar diri saya ni, lol!
 
kemudian borak2, dari cerita pasal hantu kat tempat keje dia la, lalu ke citer pasal anak sedara masing2 la, pasal kawan dia putus jari la waktu bekerja la (nak gambo? aku bleh bagi tepek, haha), everything macam happy and roses along the path way..
 
kemudian, dia anta gambo dia (padahal kat wassap dia aku dah nampak awal2 DP dia, eheh), eh hensemnya pulak lahai mamat ni, terus hatiku kuncup balik, aku alergi lelaki ensem2 ni.
 
kemudian, mojo tuh hilang macam tu je.
 
 
hilang.
 
hilang.
 
hilang.
 
tamat
 
eh
 
 
hihi, basically aku dan dia remain friends je kot. tu pon kalau ada jodoh sebagai kawan. kalau tak, biarlah angin membawa dia berlalu. gitu.
 
 
 
usaha tangga kejayaan. go go alis!
 

Tuesday, May 13, 2014

jadik ribu-wan hasil jual bunga kantan.

jumaat lepas, ibuku sebagai ahli biasa dalam pertubuhan peladang (aku sndiri patutnya jadik ahli(mesyuarat tingkap) dalam peladangnita (utk bawah 40thn) tapi leceh sbb meeting selalunya malam atau petang hari bekerja. ibu cerita, ahli peladang ada pergi melawat ladang bunga kantan milik sorang hamba Allah ni. seluas 10 ekar. siap ada pekerja beberapa orang. dan masuk keluar kebun guna pajero. dia jual bunga kantan semata. rezeki dia kan.

lalu aku melihat bunga kantan nan sebatang hasil tanaman ayahku, rasanya jauh lagi nk jadik ribu-wan tokeh kantan. hihi.

*ada yg aku kenal bagitau, dia dh jumpa sorang jutawan jual sabut kelapa semata. pun rezeki jugak kan. bawak bmw tapi tanya niaga apa, relaks je brother sebut "jual sabut kelapa" heh.

Saturday, May 10, 2014

Friday, May 9, 2014

ironi

Engkau datang kepadaku
Dengan sejuta harapan
Kau janjikan cinta itu

Ternyata ku hanya persinggahan
Hatimu yang luka
Sungguh ku tak sangka


Dan saat kekasihmu
Inginkan kau kembali


Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu


*lirik lagu sakura band fed adi 6th sense. OST "aku isterinya"

ironi.

exes, who doesn't have them? I kid u, we all have it.
who she is/was, we still have to deal with it.

yes, be u like it, or not.

Tuesday, May 6, 2014

mengucap panjang dalam baitulmuslim bila...

*calon A

usia: 32 tahun
kerjaya: kerajaan
status perkahwinan: sudah berkahwin
remarks: mencari yg patuh pada perintahNya

verdicts: bang, mudanya kau nak berpoligami?


*calon B

usia: 35 tahun
kerjaya: pelaut
status perkahwinan: sudah berkahwin
remarks: anak dara yang tidak ditebuk tupai

verdicts: bang, kau sendiri dah penah jadi tupai (walau halal, keke!)


*calon C

usia: 35 tahun
kerjaya: guru
status perkahwinan: sudah berkahwin
remarks: mencari isteri kedua yang mahu menjadi surirumah, menjaga/mendidik anak2, memasak, serta boleh duduk serumah dengan madu (isteri pertama saya)

verdicts: bangun-pitam-bangun-pitam! (cakap je la nak cari maid! marah ni.. marah sangat~)

*calon D

usia: 30 tahun
kerjaya: pelajar
status perkahwinan: bujang
remarks: saya biasa-biasa saja

verdicts: ringkas nau remarks awak --"


*calon E/F/G

usia: 31-35
kerjaya: polis/pegawai anti dadah/badan uniform
status perkahwinan: kebanyakkannya duda
remarks: calon perlu fahami kerjaya yang tidak selalu ada di rumah sepanjang masa.

verdicts: mungkinkah sebab abang2 ni jarang spent masa di rumah, sebab tu abang2.. ermm.. no komen.



ye, saya ni memang memilih. hurm..