Nuffnang

Thursday, May 22, 2014

reaksi berbeza..

ustad azhar cakap:

"tak seronok ke jadi no 2? seminggu 3-4hari ada masa duk atas buai, sambil asah kuku..penat pon tak penat, sebab semuanya dibahagi-bahagi.."

makji cakap:

"takyah la, baik yg bujang. duda pon tak apa"

kawan2 yg dah bergelar isteri cakap:

"aish lelaki, itu jela yg diorag fikir kan!"

kawan2 yg belum bergelar isteri cakap:

"kita nak ke sakitkan hati pompuan lain? mampu ke kita nak melawan takdir? kita tak berhak ke jadi isteri dan ada family? even if ada number dekat status isteri  utk kita.."

kawan2 yang dah kawen, yg ada kawan yg bergelar isteri no 2/3/4

"aku no komen, aku tengok takat ni ok je diorang.."

***

orang yang nak poligami tu cakap:

"Awk....just nk share sepengalaman hidup......dunia ini bukannya seperti yg kita idam2kan.....bukannya semua boleh ngam2 atau cun2 atau seperti on paper, ikut hati kita"

"I HOPE I'LL BE THE ONE WHO CAN CHANGE YOUR THOUGHT AND BELIEVE THAT ISLAM IS VERY PLEASED AND WONDERFULL IF WE APPLIED ACCORDINGLY WITHOUT MIS INTERPRETATION"

***

dunia ni sementara, dan sekejap sangat, macam antara waktu maghrib nak ke waktu isyak.. isteri bukan memiliki suami dan suami bukan tempat pengantungan isteri, tapi Allah swt. dan suami itu bukan hak mutlak isteri, tapi hak mutlak Allah swt..

***

what shud I do? ok mulakan dengan baiki diri. doa. istiharah. mintak pada Dia. tunjuk mana yang benar. amin ya rabb!

.

7 comments:

UmmuAidan-Arissa said...

Kalau akak ...ntahlah selesa dgn kehidupan yg mana suami balik kepada kita tiap2 hari..siang malam ade bersama...kalau berkongsi kalu mesti mentality & expectations kena ubah plak kan...:)

Nastyna said...

ok...i pun kenot komen too much. but i want to wish u aa happy happy birthday.. sorry yang baby tak sempat nunggu celebrate sesama hehehe.

pssttt baru balik spital ni tau, tak update pun blog tapi terus terjah sini dulu nak wish awak :)

||alis|| said...

alololo kak nas.. so sweet la of u. nak nangis ni. heh. xpe. jiran sama2 selang 2hari pon kira bleh la join parteyyy boo-weh aper.. hihi!

thanks kak for the wish. aaaa selamat berpantang. jangan pantang jumpa na ;)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

poligami ini ada pro and kontra..

Ada yang memang hidup bahagia sampai 4 bini.. tapi hakikatnya dari pengalaman mak sedara akak sampailah kawan dan kawan kepada kawan.. hati perempuan tetap hati perempuan.. terasa.. cemburu.. rasa tak adil.. rasa ditinggalkan.. diketepikan tetap ada..

sedangkan yang ada seorg bini.. adakalanya tak semua perhatian suami kita dapat gak.. ada juga yang rasa diketepikan.. ditinggalkan.. dibahagikan kasih sayang dengan komitmen.. dengan kerjaya.. dengan mak ayah dia..

Jika nak berpoligami... takde masalah.. cuma bersedialah untuk berkongsi seada nya.. benda yang dikongsikan.. mana mungkin kita nak merungut2 kalau ada masa kita perlukan dia tapi dia takde dan waktu itu bukan giliran kita juga..

tapi kalau dah jodoh.. itu ketentuan tuhan.. terima dengan redha lah kan

Anonymous said...

Kalau jd nombor 2 ok sket kot. Sebab mentally ready itupun kalau lelaki tu bgtahu dlu dia dh beristeri. Isteri pertama plk dh terbiasa memiliki si suami setiap hari, setiap mlm mesti akan rasa lain bila terpaksa menggilir.

Sedangkan kdg2 adik beradik pun cemburu mencemburui..berdengki sesama sendiri. Apalagi dgn org yg tiada pertalian kan. Lebih teruk klau suami gagal mengawal sifat banding membandingkan isteri2nya.

At the end of the day, its the man yg mengawal bahteranya sendiri. Selidik sama ada mampu ke dia membawa dirinya, isteri2nya dan anak2 nya ke jalan syurga. Sebab itu je pun matlamatnya.

||alis|| said...

kak iina

setuju, kita membesar bukan dengan pengalaman sendiri, kadang2 membesar sama dengan pengalaman orang lain yg kita Nampak.. :)

||alis|| said...

anon

ya, apa pon berbalik pada iman si imam :)