Nuffnang

Tuesday, May 6, 2014

mengucap panjang dalam baitulmuslim bila...

*calon A

usia: 32 tahun
kerjaya: kerajaan
status perkahwinan: sudah berkahwin
remarks: mencari yg patuh pada perintahNya

verdicts: bang, mudanya kau nak berpoligami?


*calon B

usia: 35 tahun
kerjaya: pelaut
status perkahwinan: sudah berkahwin
remarks: anak dara yang tidak ditebuk tupai

verdicts: bang, kau sendiri dah penah jadi tupai (walau halal, keke!)


*calon C

usia: 35 tahun
kerjaya: guru
status perkahwinan: sudah berkahwin
remarks: mencari isteri kedua yang mahu menjadi surirumah, menjaga/mendidik anak2, memasak, serta boleh duduk serumah dengan madu (isteri pertama saya)

verdicts: bangun-pitam-bangun-pitam! (cakap je la nak cari maid! marah ni.. marah sangat~)

*calon D

usia: 30 tahun
kerjaya: pelajar
status perkahwinan: bujang
remarks: saya biasa-biasa saja

verdicts: ringkas nau remarks awak --"


*calon E/F/G

usia: 31-35
kerjaya: polis/pegawai anti dadah/badan uniform
status perkahwinan: kebanyakkannya duda
remarks: calon perlu fahami kerjaya yang tidak selalu ada di rumah sepanjang masa.

verdicts: mungkinkah sebab abang2 ni jarang spent masa di rumah, sebab tu abang2.. ermm.. no komen.



ye, saya ni memang memilih. hurm..

10 comments:

Ms.Lilies said...

Xbleh blah yg carik bini housewife tu...keji sgt tu. Nampak nau suh jd bibik! Ehhhhh aku pun marahhhhh

Umm AA said...

sllnya yg dah kawen tuh melebih2...tp oklah drp mrk yg menipu ckp bujang kan...

||alis|| said...

kaklilies

tula! kami pon macam, what the.... nak p bibik p agensi carik bibik la kan @.@

||alis|| said...

ummu aidan-arissa

itulah, tapi sy sekadar lihat jela. mana laa mampu nak jadik no 2, kudrat nk terima hakikat tuh belum cukup kuat, kihkihkih.

Nastyna said...

biar memilih sekarang dari terseksa kemudian. hishhh lelakis ni tak pikir lain kan, nak pasang nombor 2 jer kerjanya.

||alis|| said...

kak nas

kan?? boleh dia cakap: u pilih la, nak jadi surirumah (no 2) atau bujang sampai tua?

harsh sangat2.. sentap ahkak. ahkak muder lagi aper.. sobs~

t.a.t.a said...

Aku tak leh nak cakap apa, sebab calon aku ada di antara yang kau sebut di atas. Kah kah kah kah.


Eh BTW kau ada LINE kan? Aku dah add no kau dalam contact, so LINE automatically add kau dalam list aku. So cuba kau check LINE kau, ada tak yang terkini punya additional?

||alis|| said...

cikta

hahaha, aku mcm tauuuu je mana satu, dang!

aku mana ada line dah, remove sudah. tapi punyalah banyak yg lain, wassap/viber/Skype/wechat. add ler. hehehe

AinNur Haris said...

hahahahaa...!!

memang bangun-pitam-bangun-pitam membacanya...!! :-p

kalau ada depan mata, cepuk je setepek kat dahi dia.. issyyhhh...

K.A. said...

huk aloh?!