Nuffnang

Saturday, May 30, 2009

lagi cerita menantu buat hal....

kali ini; bondaku ada urusan di pesaka kecil seri negeri, urusan jual beli tanah sama gomen, leceh prosesnya, nak2 sekaki bleh dapat paling2 rm5/kaki. ramai bantah, sebab kawasan itu paling mahal pernah jual ialah rm6.50/kaki.

ah, urusan duit, urusan dunia nih mmg takkan pernah habis..

bonda jumpa la adik2 seramai 10 orang itu. sekali sekala bertemu, mmg banyak ceritanya.

salah satu; menantu baru pak ahim aku buat hal pulak.. kelmarin menantu mak piah, sepupu aku jugak, aduuhhh..!

baru jer nikah; 2 bulan lepas; suka sama suka.

pak ahim aku cerita;
"aku sempat tengok kemesraan pengantin baru nih SEMINGGU jer... hari lain, dah cam tak best.. tak aman" menantu baru tinggal serumah dengan pak ahim n isteri.

bonda cerita lagi.. hingga habis. reaksi aku ialah:

HAAAA..??????!!!!

itu sahaja.

puncanya, masih sama, henfon dan gf lama. masing2 punya ego, kemudian 2-2 keras hati.

si isteri selepas 3 minggu bernikah, udah sms2 sama lelaki lain.
si suami pulak, dua kali lima.
lagaknya macam: elleh.. ko ingat aku dah kawen, takde orang nak minat aku lagi ke????

adeh, aku menepuk kepala.

mereka bercinta sudah lama; dua tahun cam tuh. suami muda 5 tahun dari isteri...
masing2 masih dlm 20-an.

sebab dah lama bercinta, maka, apa yg sepatutnya manis, dlm seminggu jer dah mula rasa tawar.

sehingga n3 ini terbit, cewah! dengar2 pasangan ini masih enggan berckp sesama sendiri, dan tidur plak, sorang luar, sorang dalam!

aduh aduh aduh...

kepada kamu kamu kamu di luar sana, jangan jadik begini ya..

jiwa luluh

pagi ini, tepat 10.30apgi


reza nikah!





.......

.
.
.
.
.
.........................

Monday, May 25, 2009

nikah 4bulan sudah mula sebut cerai, apakah?

petang semalam, borak2 ngan bonda.

"kakak tahu tak, menantu mak piah kamu sudah mula buat hal.."
mak piah punya anak lelaki tunggal, so dia punya menantu pompuan tunggal.

aku berkerut dahi. apakah?

bonda menyambung cerita... kemudian aku buat satu kesimpulan ringkas..

"itu laa.. bila kawen muda sangat ni, banyak yg ani (bukan nama sebenar) tak puas.."

maksud tak puas aku di sini ialah, banyak perkara dia terlepas pandang.
kerja, kawan, pengalaman.. nak nak pula mak piah tak bagi menantu kesayangan kerja.
biar ada depan mata; tak pe, mak piah sanggup.
diberi pulak elaun rm200/bulan. duit joli2..
duit baju make up sume lain...
indah kan, dunia ani?

sekali; setelah hampir 4 bulan bernikah.. aduh, perkataan cerai sudah jadik mainan.

"ceraikan ani, ani tak suka lagi dah sama abg.. abg masih berhubungan dgn perempuan tuh lagi, kan? ani tahu!" bondaku menggayakan gaya mak piah bercerita detik itu, seminggu lepas.

"kenapa ngan anak2 kita nih cik piah.. sampai bermain kata cerai nih..." besan mak piah bertanya.

puncanya dua: henfon, dan orang lama muncul semula.

mmg, kalau kalian mahu percaya sama aku, aku bleh ceritakan, bukan membuka aib, cuma jangan berlaku pada kita pada masa depan kelak. berjaga2 itu lebih baik dari terkena!

----------------------------------------------------
majlis persandingan ani-ali; lebih kurang 4 bulan lepas....

mata aku jadik saksi; gf lama ali datang, mengambil gambar berpuluh kali di hadapan ali dan ani. waktu itu ani tidak kenal sama gf ali lagi. dlm pada ambil gambar itu, mengalir air mata jatuh berderai2, dah cam drama aku sekali pandang!
----------------------------------------------------

dengar cerita; (ali cerita pada aku sendiri malam sebelum dia nikah, aku sepupu ali.)
cerita dia;
kak; saya dan ibu ayah mmg nak dia jadik menantu family kami; tapi bila ali tanya dia ada sesiapa tak? dia kata ada, n dia masih sayang pada kekasih, so, dia sendiri yg kata taknak, takkan ali nak paksa, kan?

kamu benar, sepupu ku. tapi satu yg kak nak bagitau awak, tapi sudah terlewat, perempuan nih, mulutnya lain, hatinya lain...

haih.

(ini cerita benar; aku cerita sebab satu pengajaran disini: kalau kamu ada masa silam, tak kira laa apa pon, sila bagitau sebelum mahu lebih serius lagi, oke?)
.

.

Saturday, May 23, 2009

sesuatu itu

sesuatu itu amat indah..
memang indah...
kalau ia masih ghaib..
masih lagi unknown..

masih lagi bisa buat kita teraba raba dalam gelap
masih mampu buat kita tersenyum dlm diam..

bila saat kita tak tahu.
apa..
siapa..
mana..
bagaimana..

cam best jer perasaan berteka teki tuh kan..
hihi!

-aku yg masih senang dan tenang memikirkan siapa fahri aku-
-dimana fahri aku-
-apa fahri aku buat kini-
-bagaimana dia hadapi hari hari dia, happykah dia hari ini?-

-abang, hari ini ulang tahun kelahiran saya, kalau abang ada, mesti kita dah celebrate sama sama, kan abang?-
-dimana? ah, dimana dan apa dia, pada saya tidak penting, yg penting, siapa yg berada disisi saya tika saya menyambutnya, hihi...-

haippp, jgn nak lebel saya gatai eh.. pada siapa yg masih bujang, masih sendiri, dia tahu apa yg saya rasa, dia tahu apa mahu saya, tika dan saat ini.

so, bagi sesiapa yg sudah jumpa fahri atau aisyah nya, bergembira dan bersyukurlah kalian!
sebab kami, masih sendiri. belum jumpa fahri atau aisyah kami, lagi.

-peminjam rusuk kiri seorang fahri-

Thursday, May 21, 2009

1st award for my 2nd blog :)

nama dia ayu. comey orangnyer, kan?
makaseh ayu atas awardnya.
nnt senang2 bleh jumpa oke :)

Wednesday, May 20, 2009

aduhh.. parah..parah...parah...

semalam ku terima sebuah kad walimah seorang teman sekolah.

di dalam kad; tertera tulisan beliau;

kepada Alis & PASANGAN.

huawaa!!!!!
tertekan daku bila membacanya :/

pasangan?
dimanalah fahri aku ini...
haih.
*mengeluh itu tidak baik*

oke, semangat kembali naik!
hmm.....
.
.
.
.
.
.
.
.

ada tak web yg sediakan perkhidmatan sewa seorang lelaki buat peneman kenduri kawen.
aku nak sewa, tak lama.. dalam 2jam, jadik la..

kawanku, juga masih bujang, seusia dengan ku; berSMS; katanya;
weh, aku dah cariklah.. masalahnyer lelaki melayu tak ada, yang ada non malay! haha!

poyo si pensyarah IPTA subjek fizik; kenapa laa kau tak jadi pensyarah subjek sastera atau ilmu hisab? buat malu kaum la ko nih, cett, hahaha!

oke, aku bergurau saja.

baiklah cett; 6june ini kita berpasangan sesama kita jer la yer ;P
kiter pakai kaler pepel sesama eh?
.
.
.

Sunday, May 17, 2009

buku ini sejam saja aku usai habis baca

adik ku pulang dari asrama; for good, as dia pon dah tamat belajar di kolej islam. semalam langkahnya terhenti di kedai buku, mph mungkin; membeli buku yang dia suka.

TERbeli buku ini:
"Pemilik Cintaku..selepas Allah dan Rasul" karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin. terbitan telaga biru.

aku baca. ada rasa kagum. ada rasa cam watak nih TERLALU SEMPURNA. aku baca lagi, sah, watak wanita dlm buku ni, begitu menghampir aku.

aku tak pernah merasa aku mencari 'dia'.
aku tak pernah bermain rasa sama 'dia'.
juga tak pernah nak membayangkan;
bagaimana aku akan hidup ngan si 'dia'.

la'. la'.

tapi mmg aku suka cerita selepas mereka berkahwin. aku boleh bayangkan, sedikit sebanyak itu la impian aku.. cinta selepas kahwin. bertuah nya penulis bersuamikan seorang doktor yang baik budi pekerti. aku doakan mereka bahagia hingga hujung nyawa, amin :)
_________________________________________________

aku akui, aku mmg agak rowks, jemenai la katakan... :)

tapi se-rowks2 aku pon;
auratku tak pernah lagi ditayang untuk sesiapa yg bukan muhrimku, termasuk laa kepada adik ipar lelaki yg sekali sekala berada dlm rumah. atau sepupu lelaki yg sudah punya buku dosa pahala masing2..

tingkahku belom pernah bebas jika berada di keliling lelaki bukan muhrim ku. jika aku bersama mereka, mereka akan melihat aku yg satu lagi :) yg malu2, bukan seperti dlm belog aku yg satu lagi, hehe!

bersentuhan? pernah sekali, aku tersentuh kulit tangan rakan sekerja, lelaki, cepat2 aku menarik tanganku, sambil meminta maaf! masya-allah, memang terasa bagai arus elektrik, aku tak tipu! sungguh nih~

untuk rekod, aku tidak pernah bercinta. sungguh. aku hanya berminat. tak lebih dari itu.

pada aku bercinta maksudnya serius mahu memiliki pasangan... serius untuk menjadikan pasangan kita pasangan yg terbaik. serius mahu jadikan kita yg terbaik untuk pasangan kita..
serius merencana masa depan bersama sama...

kalau setakat bercinta;
di panggung wayang,
di kedai makan,
di tepi pantai,
di taman bunga.

....tanpa ikatan yg sah, itu bukan cinta. aku sendiri tidak pernah jejak ke tempat2 itu bersama lelaki. hatta bersama ayah, adik lelaki atau siapa siapa...

aku nak merasa manisnya hubungan halal, bagai dialami penulis buku ini... betapa manisnya apabila hubungan itu akhirnya halal... betapa.. betapa.. betapa..

betapa indahnya rasa;
bila suami yang akhirnya milik kita;
duduk saling bersebelahan..
makan saling bersuapan...
bicara saling berhadapan..
tanpa ada tembok yg menghalang.
apalagi hukum yg melarang...

tiada rasa curiga atau ragu menimpa...
bila kami berada di mana mana..
di panggung wayang,
di kedai makan,
di tepi pantai,
di taman bunga.

indahnya, masya'Allah!
ya Allah ya Rahman ya Rahim,
izinkan aku melalui suasana seperti itu, amin.

jika tidak, biarlah aku mati sebagai syahid sahaja ya Tuhan sekalian alam.
(hadis: barang siapa yang menyimpan rasa cintanya terhadap seorang lelaki/wanita, tanpa memberitahu pada sesiapa, andai dia mati, dia akan mati sebagai seorang syahid...)

saya bukan seperti penulis, saya bukan berjubah berhijap labuh..

saya hanya gadis biasa seperti anda, saudara perempuan anda :)
yg giler. haha!

saya tak sempurna mana. sungguh. tapi gila gila saya pon, saya masih ada sifat sembunyi, sifat malu kepada lelaki yg tidak-dikenali-saya.. (alhamdulillah Allah menjaga sifat saya yg satu ini..) yg hanya saya tunjuk bila saya bersuami kelak, i'allah amin.
_______________________________________________

p/s: jual diri saya disini? tidak.. tidak.. itu bukan saya. saya tidak bisa bicara tentang bakal suami saya disini...saya masih lagi berpegang, siapa berhajat, siapa berkenan, dia haruslah merisik dari ayah bonda saya, menghantar pinangan, saya percaya, jika benar jodoh saya di dunia ini, itu laa dia "fahri" yang Allah titipkan buat saya.
.
.
.

Friday, May 15, 2009

jangan kawen lambat sangat dik...

dush! mmg aku sering kena ngan penyataan ini.

kata mereka; jgn kawen lewat;
awak perempuan, kalau lewat2 melahirkan agak payah.

kata mereka lagi; jgn kawen lewat;
kalau lewat; awak sukar punya cahayamata.

kata mereka lagi; jangan kawen lewat;
kalau lewat; banyak perkara awak terlepas pandang..


mereka berkata atas niat yg baik. terima kasih kakak kakak.
sungguh. mereka nasihat atas pengalaman sendiri.
mereka sekadar ingin berkongsi. aku faham. sungguh aku faham.

tapi bukan aku tidak mahu kawen... percaya laa.

aku juga ingin punya cahayamata dengan kadar segera.
aku juga tak mahu terlepas pandang banyak perkara.
aku juga mahu nikmat berumahtangga.
mahu pahala berganda.

tapi.

ah, biarlah semua ini berlalu. aku tahu. bukan aku yg berhak untuk menjawab.

jawapan nya tiada pada aku :)

Monday, May 11, 2009

mak mertua kakak

petang tadi; ada aktiviti rewang di rumah makcik. ibu tak dapat hadir, dikirimnya aku buat pengganti, WEH DAH MACAM SAJAK PANTUN PULAK BUNYIK NYER~

ibu kirim pucuk ubi, daun kesum, pucuk keledek; 2 plastik besar; bukan hasil dari rumah, tapi mertua adik ku, yg beri pada besan tersayang. daripada membazir dan dibiar kering; ibu kata, bagi laa kat orang2 rewang, tengah hari nnt boleh jugak dibuat lauk.

sesampai di rumah makcik ku;
aku: nah makcik ros, ibu beri. besan ibu bagi tapi banyak sangat tak boleh habis kalau makan kat rumah tuh.
makcik ros: oo... mertua angah laa yg bagi nih eh? baik. terima kasih (senyum)

selang beberapa jam.........

makcik 1: eh, kak ros, banyak sangat pucuk ubi saya nampak, petik kat mana? belakang rumah?
makcik ros: bukan, itu tadi si kakak yang bawak.... mertua si kakak yang beri........
makcik 1: ha? mertua kakak?

bunyik cengkerik 5saat..............

makcik 2: eh bila masa si kakak ada mak mertua? kawen pon belom...

ramai ramai gelak (ramai: lebih dari 6 orang)

aku? blushing giler.. terus berlari lari anak menuju ke perigi berhampiran, untuk mengandar air. OKE YANG TUH AKU TIPU. AKU LARI MASUK DAPUR, BUAT TEH O.

setelah selesai buat air......

makcik ros: kakak, dah nak dekat la tuh... makcik ros tersasul kata mertua kakak yang beri..
aku: hihi... amin! *PASTUH BLUR SAMBIL SAMBIL FIKIR:






SAPA LAA BAKAL MERTUA AKU, HIHI!

Friday, May 8, 2009

mak andam kecik

oke. aku sebenarnya ialah mak andam kecik. ko tau mak andam kecik tuh hape? aishh...penolong mak andam laa :)

mak long aku mengandam dah 25 tahun. pewittt... jubli gangsa eh? hihi..
oleh sebab amk long aku takde anak pompuan, maka sebagai anak sedara pompuan yg matang dan masih tak kawen2 (? kaitan pless...), aku pon ikut mak long aku ngandam sejak usia 18 thn cam tuh. then stop 3thn, aku masuk itm, kemudian stop setahun lagi sebab keje opis hour.
kemudian after aku join cimb wa yg tak terikat ngan waktu pejabat; baru aku kembali ikut dia. tuh pon on off. jarang. now sejak dia dah ada menantu tunggal, lagiiiiiiiiiii la jarang aku ikut dia :), ada menantu sila bawak menantu mu yer mak long...

apa keje aku as mak andam kecik?
tak banyak benda kena buat.. biasa nyer....

4-5hari sebelum rumah pengantin itu kenduri (8.30 pagi- 12.30 tgh hari):
-jadik driver van mak long aku :)
-angkat tangga 13kaki.
-angkat papan pelamin 4-6 tong. *berat~ tisk tisk!
-angkat kain2 jersey pelamin/bunag2 plastik, dlm 2-3biji plastik yg berat sekitar 3-4kilo/plastik.
-tugas extra mak long aku ialah potong andam untuk pantin. aku tak boleh lagi pasal ai anak dara yu.... nnt seri pantin datang berlari2 tak cukup tanah kepada ku, cewah!
-selama aku tolong mak long pasang pelamin kat rumah org, mak long/aku belom pernah terjatuh dari tangga atau apa2 kemalangan. alhamdulillah. gurl power pon yer gak, tisk (^^~)
-durasi memasang sesebuah pelamin, dari ketuk paku kat area dinding paling atas, hingga la staple gun kain pelamin dan letak kerusi pengantin, selalunya tepat 3jam~ ajaib bukan?
-paling best, oleh sebab kebanyakan pelanggan mak long ialah orang yg dia kenal, maka kami akan dijamu makan tgh hari bersama tuan rumah, i like it :)

pada hari kenduri kawen tuh (8.30 pagi hingga 4.00 petang):
-masih lagi jadik driver van.
-pastu angkat beg baju2 pengantin 2-3 beg *sorg pengantin melaka selalunya akan pakai paling2, 5 persalinan. sepupu pompuan aku penah pakai TIGABLAS PERSALINAN, tak mati ko kena siap lepas subuh???
-pastu ape2 hal makan sarapan kat rumah pantin dulu... then masuk bilik pengantin, pastu borak2, mak long kata PR aku bagus, takde pengantin yg tak suka kat aku, hik hik hik!
-kalau pengantin tuh takde pengapit, mak long akan suruh aku jadi pengapit pantin tuh *malu ai.. (**~). setakat dalam ingatan aku, sejak 9 tahun lepas, on and off, aku dah apit lebih dari 30 orang pengantin pompuan, sila kagum. bleh masuk MBOR aku nih kan? hik hik.. apa? pantin lelaki? gile ko nak soh aku apit pengantin lelaki~! tak pasal2 aku kena kepit ngan bini dia plak!
-kemudian aku akan tolong salinkan pengantin ngan next baju persalinan. *takde apa yg syok disini yer, apa dia ada aku ada oke, tak jeles pongggg.........
-aku jadik tukang kipas pantin, yg lama2 akhirnya aku akan kipas diri sendiri sebab panas.
-kejadian yg aku paling tak boleh luper (oleh sebab kejadian nih kejadian tunggal) aku TERpeod masa time kipas pengantin, apa lagi, adegan bisik membisik ke telinga waktu dan2 pengantin pompuan masih ditepung tawar, pon berlaku... nasib bukan dia yg turun pelamin amek kan bekalan, tapi kembar dia, fuhhhh..... mmg tak boleh luput dlm ingatan sungguh!

sehari atau dohari selepas majlis:
-masihhhh lagi menjadi driver van.
-musnahkan pelamin (baru la real pelamin anganku musnah, yer tak? hihi..)
-tuan rumah sediakan makan ringan. pengantin lelaki dan pompuan salunya masih ada dan akan borak2 ngan kami :)
-runtuhkan pelamin salunya tak lama, around dojam dah siap, cepat dan mudah.

paling best:
-asal jadik pengapit, aku akan dok meja pantin, makan lauk pantin. 9 thn tuh aku terasa cam nak muntah tgk lauk pantin, siyes. kadang2 aku bagi kawan2 pantin pompuan duduk sebelah pantin, aku lari jauh2 amek nasi sendiri, makan lauk org ramai.. kekdg tuh mak long aku marah, tak jaga pantin, ihiks~
-tapi dalam banyak2 pantin; yg paling aku igt ialah pantin bernama DAHLIA. sebab selama aku jadik mak andam kecik, dia sorang jer yg doakan agar JODOH aku cepat sampai :)

ini dia. pic2 nih aku yg amek and edit. lawa tak? hihi.. aku suka pic2 nih.


dahlia b&w

.

.

tibe tibe kena pegang dinding

bersama mak long aku :)

anak sedara tunggal dahlia buat masa nih :)


Thursday, May 7, 2009

lucu betol laaa...

oke. bile aku belom punya sapa2 and sapa2 belom punyai aku.

ada yg marah:

-ko usaha tak kuat, mana nak jumpa 'fahri' ko tuh..
-ko memilih eh? klise.... standard bha hahaha...
-ko kan pandai berkawan, pilih jer la sapa? *masalahnya aku mmg pandai berkawan, menambah kawan mmg hobi aku. tapi tambah kenalan lelaki.. adeh... TIDAK! gua failed.


merujuk kepada usaha-tak-kuat aku tuh, akhirnya aku berdaftar laa kat myjodoh.com. setelah 2 tahun nama aku dok tertepek kat situ tak gerak2... akhirnya myjodoh.com hantar profile2 lelaki bujang/duda thru my yahoo mail.


bukan sekali dua hantar. berkali2. masalah nya, aku malas, hihi.. yg ini sila salahkan aku!

pastu dalam awal tahun nih jugak, aku terima satu list profile.. aku check.. aku check dan check..

aik?
tetiba disitu.


mamat nih macam aku kenal... tgk muka sekali pandang tak berapa cam, then tgk nama dia plak:

mohd syairazi.
ha sudah!

acai nih adik bekas bf lama aku!

adoooooyaiiiiii.....
hahahahaa!

dulu masa pengawas sama2, aku form 5, dia form 1, alaaa comel btol dia masa tuh! pastu sama2 terlibat ngan koperasi sekolah. mmg adik betol laa si acai nih pada aku. tuh yg terasa lawak.


acai nih boleh tahan gak orgnya. hansem.

tapi nape laa ko daftar kat myjodoh eh? hihi...

Tuesday, May 5, 2009

sepupu ku kawen 31may ini.. maka..

maka... akan ada yg bertanya:

bila akak nak kawen?



apa jawapan?



relaks. aku dah bersedia.














"jodoh kakak orang jauh.. tunggu dia balik malaysia dulu eh?"


aci?

aci kot rasanya.


pastu aku akan terus menyebokkan diri dari makcik2 yg peramah itu.