petang semalam, borak2 ngan bonda.
"kakak tahu tak, menantu mak piah kamu sudah mula buat hal.."
mak piah punya anak lelaki tunggal, so dia punya menantu pompuan tunggal.
aku berkerut dahi. apakah?
bonda menyambung cerita... kemudian aku buat satu kesimpulan ringkas..
"itu laa.. bila kawen muda sangat ni, banyak yg ani (bukan nama sebenar) tak puas.."
maksud tak puas aku di sini ialah, banyak perkara dia terlepas pandang.
kerja, kawan, pengalaman.. nak nak pula mak piah tak bagi menantu kesayangan kerja.
biar ada depan mata; tak pe, mak piah sanggup.
diberi pulak elaun rm200/bulan. duit joli2..
duit baju make up sume lain...
indah kan, dunia ani?
sekali; setelah hampir 4 bulan bernikah.. aduh, perkataan cerai sudah jadik mainan.
"ceraikan ani, ani tak suka lagi dah sama abg.. abg masih berhubungan dgn perempuan tuh lagi, kan? ani tahu!" bondaku menggayakan gaya mak piah bercerita detik itu, seminggu lepas.
"kenapa ngan anak2 kita nih cik piah.. sampai bermain kata cerai nih..." besan mak piah bertanya.
puncanya dua: henfon, dan orang lama muncul semula.
mmg, kalau kalian mahu percaya sama aku, aku bleh ceritakan, bukan membuka aib, cuma jangan berlaku pada kita pada masa depan kelak. berjaga2 itu lebih baik dari terkena!
----------------------------------------------------
majlis persandingan ani-ali; lebih kurang 4 bulan lepas....
mata aku jadik saksi; gf lama ali datang, mengambil gambar berpuluh kali di hadapan ali dan ani. waktu itu ani tidak kenal sama gf ali lagi. dlm pada ambil gambar itu, mengalir air mata jatuh berderai2, dah cam drama aku sekali pandang!
----------------------------------------------------
dengar cerita; (ali cerita pada aku sendiri malam sebelum dia nikah, aku sepupu ali.)
cerita dia;
kak; saya dan ibu ayah mmg nak dia jadik menantu family kami; tapi bila ali tanya dia ada sesiapa tak? dia kata ada, n dia masih sayang pada kekasih, so, dia sendiri yg kata taknak, takkan ali nak paksa, kan?
kamu benar, sepupu ku. tapi satu yg kak nak bagitau awak, tapi sudah terlewat, perempuan nih, mulutnya lain, hatinya lain...
haih.
(ini cerita benar; aku cerita sebab satu pengajaran disini: kalau kamu ada masa silam, tak kira laa apa pon, sila bagitau sebelum mahu lebih serius lagi, oke?)
.
.
5 comments:
sangat benci dengan kebenaran tu...
.."perempuan nih, mulutnya lain, hatinya lain..."
bakar berlauk: brapa das dah kamu terkena? ;p. ini fitrah. wanita dari uganda mahu pun dari paris, atau pon dari atlanta, pasti tak banyak sikit, jadik camtuh :)
em..kekadang ade benda susah nak luah ek..
tapi..ayu ni beterus terang...hihi
ayu: sama la ngan akak.. takut kenyataan itu pahit ;P
.."perempuan nih, mulutnya lain, hatinya lain..." from kuah bakar..
salamz kak alis...im ur new reader...sgt suke jgk bcara pasal JODOH:)n CINTA..hehhe
btulkan kak...prmpuan ni kdg2,bnda yg die sgt mahu...tp kdg2..kerna malu...die xdpt nak trus trang,walau sbnrny pkare tu boleh mdukalarakan die..srius kak!!fitrah kjadian msia,yg namany WANITA ni...mulutny mmg letaknya di hati...n hati ni..mane mungkin dpt d nilai oleh llki yg buta mata hatny..... (( tbe2 rase sgt sdh ))
Post a Comment