Nuffnang

Sunday, May 17, 2009

buku ini sejam saja aku usai habis baca

adik ku pulang dari asrama; for good, as dia pon dah tamat belajar di kolej islam. semalam langkahnya terhenti di kedai buku, mph mungkin; membeli buku yang dia suka.

TERbeli buku ini:
"Pemilik Cintaku..selepas Allah dan Rasul" karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin. terbitan telaga biru.

aku baca. ada rasa kagum. ada rasa cam watak nih TERLALU SEMPURNA. aku baca lagi, sah, watak wanita dlm buku ni, begitu menghampir aku.

aku tak pernah merasa aku mencari 'dia'.
aku tak pernah bermain rasa sama 'dia'.
juga tak pernah nak membayangkan;
bagaimana aku akan hidup ngan si 'dia'.

la'. la'.

tapi mmg aku suka cerita selepas mereka berkahwin. aku boleh bayangkan, sedikit sebanyak itu la impian aku.. cinta selepas kahwin. bertuah nya penulis bersuamikan seorang doktor yang baik budi pekerti. aku doakan mereka bahagia hingga hujung nyawa, amin :)
_________________________________________________

aku akui, aku mmg agak rowks, jemenai la katakan... :)

tapi se-rowks2 aku pon;
auratku tak pernah lagi ditayang untuk sesiapa yg bukan muhrimku, termasuk laa kepada adik ipar lelaki yg sekali sekala berada dlm rumah. atau sepupu lelaki yg sudah punya buku dosa pahala masing2..

tingkahku belom pernah bebas jika berada di keliling lelaki bukan muhrim ku. jika aku bersama mereka, mereka akan melihat aku yg satu lagi :) yg malu2, bukan seperti dlm belog aku yg satu lagi, hehe!

bersentuhan? pernah sekali, aku tersentuh kulit tangan rakan sekerja, lelaki, cepat2 aku menarik tanganku, sambil meminta maaf! masya-allah, memang terasa bagai arus elektrik, aku tak tipu! sungguh nih~

untuk rekod, aku tidak pernah bercinta. sungguh. aku hanya berminat. tak lebih dari itu.

pada aku bercinta maksudnya serius mahu memiliki pasangan... serius untuk menjadikan pasangan kita pasangan yg terbaik. serius mahu jadikan kita yg terbaik untuk pasangan kita..
serius merencana masa depan bersama sama...

kalau setakat bercinta;
di panggung wayang,
di kedai makan,
di tepi pantai,
di taman bunga.

....tanpa ikatan yg sah, itu bukan cinta. aku sendiri tidak pernah jejak ke tempat2 itu bersama lelaki. hatta bersama ayah, adik lelaki atau siapa siapa...

aku nak merasa manisnya hubungan halal, bagai dialami penulis buku ini... betapa manisnya apabila hubungan itu akhirnya halal... betapa.. betapa.. betapa..

betapa indahnya rasa;
bila suami yang akhirnya milik kita;
duduk saling bersebelahan..
makan saling bersuapan...
bicara saling berhadapan..
tanpa ada tembok yg menghalang.
apalagi hukum yg melarang...

tiada rasa curiga atau ragu menimpa...
bila kami berada di mana mana..
di panggung wayang,
di kedai makan,
di tepi pantai,
di taman bunga.

indahnya, masya'Allah!
ya Allah ya Rahman ya Rahim,
izinkan aku melalui suasana seperti itu, amin.

jika tidak, biarlah aku mati sebagai syahid sahaja ya Tuhan sekalian alam.
(hadis: barang siapa yang menyimpan rasa cintanya terhadap seorang lelaki/wanita, tanpa memberitahu pada sesiapa, andai dia mati, dia akan mati sebagai seorang syahid...)

saya bukan seperti penulis, saya bukan berjubah berhijap labuh..

saya hanya gadis biasa seperti anda, saudara perempuan anda :)
yg giler. haha!

saya tak sempurna mana. sungguh. tapi gila gila saya pon, saya masih ada sifat sembunyi, sifat malu kepada lelaki yg tidak-dikenali-saya.. (alhamdulillah Allah menjaga sifat saya yg satu ini..) yg hanya saya tunjuk bila saya bersuami kelak, i'allah amin.
_______________________________________________

p/s: jual diri saya disini? tidak.. tidak.. itu bukan saya. saya tidak bisa bicara tentang bakal suami saya disini...saya masih lagi berpegang, siapa berhajat, siapa berkenan, dia haruslah merisik dari ayah bonda saya, menghantar pinangan, saya percaya, jika benar jodoh saya di dunia ini, itu laa dia "fahri" yang Allah titipkan buat saya.
.
.
.

10 comments:

pArAsiT_dUniA said...

lovely alis...
tersentuh hati nazz baca ttg diri alis...dulu nazz juga begini

(bersentuhan? pernah sekali, aku tersentuh kulit tangan rakan sekerja, lelaki, cepat2 aku menarik tanganku, sambil meminta maaf! masya-allah, memang terasa bagai arus elektrik, aku tak tipu! sungguh nih~)

tapi sekarang kenapa tidak lagi?huhu..mmg silap dari nazz sendiri..moga nazz kembali kepada nazz yg dulu.terima kasih menyedarkan nazz dari alpa. huhuhu...

moga jodoh dunia akhirat alis akan ketemu akhirnya..moga tahun ini..masih x bertemu, awl tahun depan....hingga benar2 bertemu...

naz ingin menjalin hubungan silaturrahim yg lebih erat dengan alis..sudikah??? *wink2*

||alis|| said...

nazz: aduh.. jika nukilan kali ini buat nazz tidak selesa, ampun maaf dipinta ya :). boleh.. alis_mysara@yahoo.com. semoga dari YM ini, kita bisa menjalin ukhwah yg lebih hebat lagi. (baru semlm alis pertama kali berjumpa dgn sorg teman blog, alhamdulillah, berjaya perjumpaan itu...sudah plan dgn pertemuan kedua pada perpisahan sementara semlm, haha!)

pArAsiT_dUniA said...

alis my dear-
xpa kalau ketidak selesaan itu buat kebaikan.. =)
maaf, naz cuma dapat online gmail kat ofis.. itu pun bila belum masuk keja.. kat rumah lom ada lagi laptop sndiri..hehehe..
ctc guna email pun sodap.. hehehe..
*wink2*

||alis|| said...

oh, begitu ker... alis tak punya banyak masa nih, mahu masak sudah.. hampir 12 tgh hari melepak lagi depan lappy ;/

kalau nazz oke, kita chat lain kali, mungkin esok barangkali :), i'allah...

p/s: kerja @ahad? hmmm..?

pArAsiT_dUniA said...

alis-
xpe, masak lah dulu.. naz pun dah nak masuk kerja ni...nak susun kueh2 kering dulu.. buat extra income. =).. insyaAllah esok kita luangkan masa...naz mmg akn datang ofis awal minggu ni dan minggu depan..


p/s: mcm ni la nasib perantau.. keja jugak hari ahad demi mencari rezeki.. haduih... sadis nyer... ;(

:. aYu .: said...

em..thanks alis..baca cerita alis mcm jadi peringatan buat ayu..manusia ni cepat alpa..huhu

||alis|| said...

ayu: sama2 saling igt2kan.. alis nih kalau betol: waras, kalau tiba time tak betol: giler giler, hiks!

shawLycious said...

Starting from Friday the 15th until 22nd of May, you can have your pretty TieRack scarves at as low as RM55 each! :) Also selling ties and JNs!

Anonymous said...

jodoh...tu urusan Allah...kalau dijodohkan tu sampai dah diijabkabulkan pun masih lg di tangan rahsia Allah...jadi hormatilah urusan Allah...yang di suruh buat oleh Allah mencari keredaan Allah dan suami...bagi wanita...insyaalah kita semua akan berjaya...Ashabul kafi

||alis|| said...

Ashabul kafi: amin, insyaallah. tengs~