ramai pernah berkata, tapi bila si manis gB utarakan di fb beliau berbunyi lebih kurang "kan seronok org yg dah kawen, kejap2 dah ada suami, kejap2 dah peknen, kejap dah ada anak, kejap anak dah besar, kejap dah nak masuk 2nd baby.."
mmg kalau tgk kawan2 di fb, hati ini meronta cemburu campur happy tgk kawan2 bahagia dengan perkahwinan 5-3tahun kini... seronok sgt. tgk kawan2 peknen yg bolat, tgk bb2 yg comel, kanak2 yg keletah.. sgttt.. sukaaaa... :D
life is so wonderful and cantik jer perjalanan kan? :)
saya pon pernah berharap perjalanan saya selancar itu, pernah. banyak kali, start usia 23thn :), malah sampai sekarang. belum rasa nak stop dreaming lagi.
namun janji dan rancangan Tuhan itu lebih cantik dan terbaik untuk saya rupanya. saya percaya itu. bukan dibuat2. namun sebagai manusia, ada kala, saya lelah. mujur tak lama, benar kata org, pengalaman sgt mengajar kita :)
bermula dengan asri, putus selepas 14thn menunggu,
kemudian dengan S, tak sempat berkawan, bertunang, kemudian putus.
dan seterusnya dengan encek 'bakalpeminjamrusuk(?)' yg kini dah suam2 kuku atas dasar jauh dan kerja semata.
kalau dulu, mungkin saya akan mengeluh sangat2.
saya akan menangis puas2.
saya akan peluk diri sendiri kejab2.
saya akan pujuk hati berhari2 dengan ayat "jgn laa nanges"
saya akan kuatkan semangat dengan bandingkan diri yg bertuah berbanding dengan rakyat afrika yg kurang makan atau palestin yg belum merasa aman.
sekarang.. tak lagi.
saya tak mahu mengeluh, jauh sekali menyesali.
sebab saya tahu, hadirnya mereka2 bersama pengalaman pahit itulah, dengan izinNYA,
saya bukan lagi si cengeng atau cendawan yg sikit2 nak rebah.
betol, sesekali jiwa atau hati akan terusik dengan kenangan lama.
kadang2, malah ada masa hari2, saya masih teringat pada asri, bahagiakah dia?
kadang2, masih tetap terfikir, adakah S sudah menyesal dengan perbuatannya yg memalukan saya dan family saya pertengahan tahun ini?
kadang2 itu tetap ada. saya takkan nafikan.
sebab jika melupakan terus, percayalah, kita akan hilang arah. kerana dengan adanya 'arah2' ini, baru kita mampu untuk berjalan menuju ke jalan yg tidak salah, harap2nya dan InsyaAllah..