mahu, malah ingin sekali rasanya,
aku berkongsi apa yang aku rasa 2bulan lalu.
semestinya sebuah kesedihan lampau.
semua dah jadi sejarah, kalau boleh, nak kenang pon aku dah tak mahu.
ianya pahit. terlalu pahit.
maruah keluargaku diinjak2 oleh dia, si bekas tunang,
bila pertunangan diputuskan dengan cara yang paling kurang ajar
waktu kejadian, aku tak pernah terfikir;
pada hari itulah ikatan terputus
tak pernah terfikir;
bila balik rumah
aku balik dengan keadaan aku bukan aku.
kemudian terfikir: bagaimana, bila, dimana
waktu yg sesuai untuk diberitahu perkara ini.
aku memerlukan lebih 30jam untuk beritahu bunda dan ayah;
selepas dia memutuskan ikatan
sebab aku takut. aku sedih.
aku terfikir satu: MARUAH MEREKA.
tiada masalah.
aku tak buat hal.
aku tak tarik muka.
malah tak buat apa yang aku silap.
tapi dipilihnya juga hari itu untuk memutuskan.
hari yang baik, bulan yang baik.
malah sebelum seminit terakhir sebelum perkara itu berlaku,
aku membelek cincin tunang, sambil tersenyum.
apa maknanya.
selama ini, selama 5 bulan ini, dia cuma berlakonkah?
kata dan pendapat mereka yang tahu,
aku patut sujud syukur 3malam berturut kerana Allah hadirkan ujian ini.
dan, Alhamdullilah, dah pon aku buat.
cuma aku tak pasti, dimana salah silap aku, ujian datang begini.
sebulan pertama selepas putus, aku banyak dekatkan diri denganNya.
banyak belajar lebih dalam lagi tentang
apa makna redha,
apa makna pasrah.
apa makna doa,
apa makna bersangka baik dengan Pencipta,
apa makna usaha,
apa makna bermula dari kosong kembali,
dan apa makna sebuah kemaafan
*yg ini paling tak mampu nak buat sehabis daya, sampai sekarang.