Nuffnang

Wednesday, July 27, 2011

entry contest: dimana saya jumpa jodoh saya :)


bagaimana mereka bertemu?

atok dan nenek..
tak banyak cerita yang saya dapat, ini pon cerita atok nenek blah bunda. blah ayah saya tak pernah tahu langsung, sebab ayah tak bercerita.

cerita bunda, atok dan nenek dijodohkan atas keluarga, tipikal 1940an.. jodoh diatur keluarga.
kata nenek... dia cuma jumpa atok atas pelamin. itu pon yang pertama kali, bukan melihat wajah atok, tapi KAKI ATOK! cerita nenek pada bunda "mak tak berani tgk muka, tengok2 jer terus nampak kaki, BESAR KAKI BAPAK KO" haha! comel kan? oleh sebab atok ialah anak tunggal, dan nenek dari 9 beradik, maka mereka dikurniakan 12 cahayamata. 3 perempuan selebihnya lelaki. bunda yang tengah... eh, meh dengar cerita bunda pulak meh.

ayah dan bunda...
bunda pergi kenduri kawen, rambut panjang mengurai telah buat ayah terpikat. masa tuh tak tgk wajah lagi, dah terpikat tang rambut. apakah? ayah dan bunda beza 20 tahun. waktu nikah, bunda 20, manakala ayah 40. maka, ko jangan ingat dato siti dan dato k jer yang beza usia 20tahun ;D

buat masa ini, mereka dikurniakan 6 cahayamata, 2 menantu lelaki, dan insyaAllah, sepasang cucu. Tahun hadapan, panjang usia dan tiada aral, ayah dan bunda akan melewati usia perkahwinan yang ke-30, alhamdulillah.

saya dan fahri...
saya dan fahri masih belum ada kata putus lagi, tentang kami. masing2 terdiam membisu. dia masih sibuk di mesir. kami cuma sempat berhubung melalui skype saja. sms hari2.. tapi jadual kuliahnya yang padat, dan kerjaku yang masih banyak di kilang, dan beza buat....

ok2... dah2, saya malas mau cerita laa.. sekarang saya dan fahri hanya kapel imajinasi.
kerana saya belum punya sesiapa. saya belum jadi kepunyaan sesiapa.
tapi buat yang layan blog nih, sebelum bertunang dan putus, sebelum jumpa kembali asri dan putus cara baik juga, saya sering titipkan doa buat bakal jodoh, puasa sunat buat bakal jodoh, berangan jer tidak, sebab berangan itu jauh dari hidup yang nyata.


bukan? atau ya?
mana satu ya?
-----------
salam penuh sayang buat pemilik contest,
encik kueh bakar berlauk.

*oh, sangat kebetulan! draft ini jatuh pada hari lahir asri. haih.

2 comments:

Lelord said...

insyaallah..kalau dh jodoh

||alis|| said...

lelord
amin! gud luck jugak untuk kamu :)