Nuffnang

Tuesday, April 20, 2010

haramkah?

Haram haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…


melly goeslow- haramkah.
-------------------------------------

terkadang terfikir jugak,
haramkah..
kalau aku punya rasa enggan?
kalau aku punya rasa belum?
kalau aku punya rasa tidak?


urghhh... semua negatif, choi!




.



.

Thursday, April 15, 2010

maaf, aku tak kuat dah...

.
.

15 may..tarikh itu, aku tunggu dengan debaran. aku takut. sungguh. takut belum bersedia. hati belum mahu tapi apa boleh buat.

kukira ini ialah jalan terakhir. aku akan rujuk "seseorang" untuk buat aku lupa siapa ASRI. seseorang yang mahir untuk buat anda bisa lupakan siapa yang anda harapkan, dengan izinNYA.

ada ayatnya. ada bacaannya. Uncle Hj Lee, mualaf yang Allah anugerahkan kemahiran untuk itu. dan 15 may ini, aku akan hadir untuk mulakan sesi berubat dengan beliau.

baguskah begitu? kejam tak aku?
tapi macam mana nak buat...
kalau;
dalam solat pon kadang aku boleh terkenangkan dia!
kejap2 dalam sedar aku menangis tanpa sebab..
kejap2 aku sedih tak tentu hala..
tengah mandi air menitik atas kepala pun boleh menangis sedih.
tengah dengar lagu randy pangalila pon sayu hati.
lagu fauziah latiff? ziana zain? lagilah!
kalau nak tido jangan cakap laa.. basah bantal aku kerjakan!
aku tak sangka dia buat aku macam nih. aku tak sangka aku boleh jadi cam nih sebab dia. aku tak sangka apa yang aku impi dengan dia, tak menjadi.

kemudian bermulalah...
sejak minggu lepas aku berdebar saja.
sejak kawan beri tarikh tersebut, 15may.
aku dah mula tak tenang.


tapi cam mana pon, aku dah tak kuat dah nak harung semua nih. aku tak kuat. tak kuat. apa yang aku harap, lepas ini, waima berjalan sebelah dia pon aku sudah tidak kenal dia lagi. tak pernah rasa jumpa dia. ini usaha terakhir aku. aku gagah nak lupakan, jiwa tak kuat, tapi tetap kena buat jugak.

sebab itu aku tak boleh. semua masih dalam kotak. dalam kepala.

.......wajah comel, badan gebu2, kulit putih, alis lentik-lebat,
pakai baju pengawas , selang 2mggu sekali dia akan bertugas dalam 3 sesi, jaga gate sekolah. malu malu..aku plak sampai2 sekolah sanggup redah pejabat sekolah, terus ke balkoni untuk tengokkk jer dia.


kenangan, indah.


sia sia.

sebab dia sendiri tak punya apa rasa, sejak ramadhan lalu, hingga kini. jadi buat apa aku simpan sesuatu yang tak perlu?



.

Friday, April 9, 2010

yang ke-110: "Chantek"

.
.
.

aku serius dengan lirik dan lagunya. aku ambil lirik ini dan tampal di kamar kerja, kamar tidur dan personal board aku di hall. kamar mandi jer tak. aku anggap lirik ini as satu cabaran. lirik nih tiada satu pon salahnya, ia mengajar bagaimana mahu menjadi sebaik2 wanita/ibu yang bekerjaya/tidak bekerjaya. well jika aku tidak berkahwin sekali pun, ia mengajar aku tentang the beauty of being tipical muslimah :)


Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Dia
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga
(dulu gile hoping asri will pop up the Q..:D)

Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oohhh chantekk
Sungguh aku cinta kamu

Aku
Melihat kita bersama di hari tua
Dia
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

----

well, maybe aku bukan bunga yg lawa, yg harum, yg cantik dimata sapa sapa..
tapi aku bersyukur, aku ialah aku, bukan orang lain :)


.

Thursday, April 8, 2010

demi sebuah sakit

petang, balik keje tak balik rumah terus melencong ke taman untuk jogging.

jogging sebab aku nak cari penyakit.

penyakit? yer.

sebab aku yg dah lama tak jogging+hati sakit= mari bersama sama sakit/sengalkan badan untuk melupakan sakit hati tadi.

aku tak pernah sampai lagi taman tuh biarpun kalau dengan motor, aku boleh jejak tak sampai 7minit (tambah 3minit kalau trafic light dia jadik merah waktu nak melencong ke sana)

parking motor, jejak kaki sebentar, sms housemate aku lewat sampai rumah sebab jogging, then jalan slow2...

kemudian aku nampak banyak perkara yang sangat annoying!

-pedestrian walk dilalu lalang dengan motor2 lain yg sangat laju menyebabkan aku begitu takuttt sekali. serius aku takut la weh!

-pasangan yang berdating sama jumlahnya dengan mereka yg berjogging. ok aku tak salahkan mereka untuk berdating, tapi apekah: 3 kali aku bertawaf 3 kali tuh jugak aku tgk mereka dlm keadaan yang sama, pose duduk berdua atas motor dan saling berpelukan. sungguh remaja sekarang hampir hilang rasa malu yer.. org tua sangatkah aku? eh ade aku kisah? biarlah!

-budak2 yg lepak tepi pedestrian merokok. aku nak jogging dan hirup udara petang, bukan nak jadik perokok pasif daa....

- ada akak nih, dia pintas aku dan...... pergh! bau perfume beliau sangat kuat hingga dia dah 30 tapak depan aku pun, bau perfume dia tak hilang lagi kau...

- mamat2 yang main bola sepak suka menendang bola keluar padang. aku takut sekali kalau bola tuh kena kepala aku dan aku hilang ingatan! kemudian aku lupa jalan balik rumah, kemudian salah sorang mamat yang main bola sepak ternampak aku kemudian kawan2 mintak dia bawak balik rumah mak dia kemudian mak dia rawat aku hingga sembuh kemudian aku nampak baik, kemudian... eh, berangan lagi la tuh!


ntah. petang nih aku ulang balik jogging aku nih. sesetengah badan individu memerlukan masa 48 jam sebelum memulakan jogging semula. yela yela! sesetengah individu tuh macam aku~


sengal sengal badan aku nih memang benar, tak boleh ampun sengal dia.
sengal sengal hati aku pon, boleh laa buat aku lupa jap sakit dia.
yg bagusnya, tidur aku aman. 11mlm masuk tido azan subuh baru sedar.
tiada lagi gangguan tidur yg berlaku sejam sekali lagi.



tapi...
serius sakit satu badan aku nih.

adehhh.....



.

Tuesday, April 6, 2010

"...rindu my ex"

dia benar2 sudah move on.
aku jer belum.

kot.



buktinya, ayat diatas..

dia boleh cakap gitu kat aku~






hati, jangan terasa. jangan nak jadik tisu eh.
kalau ko terasa..aku cepuk ko kang!

orang tuh couple 5 tahun.
berhak laa rindu bagai.





kau ader?



.

Sunday, April 4, 2010

singkat

segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat..

thanks ain :)

edited
Jangan Tinggalkan..
Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suka,
Kerana Orang Yang Kita Suka,
Akan Tinggalkan Kita
Untuk Orang Yang Mereka Sayang..

Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi Sayangilah Apa Yang Kita Dapat......

aku;
yg cuba dengan gigih untuk tidak berhati tisu hari ini..
5apriL2010


.

Saturday, April 3, 2010

suara.. dengarkan aku..

gratisan jiwa yang aku boleh dengar berulang kali hingga seratus kali dalam sehari....


Suara dengarkan aku

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba ntuk hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu
bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

luna maya feat dade, Suara Dengarkan Aku.
-----
original version: hijau daun.
tapi aku lebih suka luna maya nyanyi, lebih dekat di hati :)

Friday, April 2, 2010

lelaki kesayangan ku..telah pergi dari pandangan mata..

dalam dunia nih, tak ada lelaki yang mampu buat aku tergelak ketawa hingga aku terlupa seketika santun seorang wanita..

tak ada. percayalah.

dia tak hanndsome mana pun.
tak taff mana pun.

tapi...
kala dia buat lawak..
kala dia melontar dialog yg ntah apa2...
itulah kegilaan dia.
tapi itu juga kesukaan dia.

hingga sampai satu saat, aku rasa,
aku mahu carik seorang yg gila macam dia sebagai fahriku..
macam balance dan bahagia jer bila aku share hidup aku bersama
'fahri' yang sentiasa buat aku gelak tertawa, kalau diizinNya,
hingga hujung nyawa.

hmm.. tuhan sayang dia. aku pon sayang dia.
sebagai peminat, aku doakan yang terbaik buat dia.

"dia", sebab aku sedih lagi, hingga sekarang...
nak panggil arwah..
rasa macam baru pagi tadi aku dengar2 segala celoteh dia..

alfatihah dan yassin buat Arwah Din Beramboi. semoga dia aman disana....










.

Thursday, April 1, 2010

Doa Pembuka 12 Pintu dan lain lain :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Ya ALLAH...!bukakanlah untukku, pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasih sayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu, pintu2 keampunan dan pintu2 syurga,
Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


thanks to Kak Hana :)
crdt to : ANA

--------------------------------------------------

hari ini 1 april 2010. yer.. tahu.. tapi sorry, gua tak layan april fool.

sebab hari ini merupakan ulang tahun ke-13 pemergian seorang yang pernah aku simpan hati padanya. arwah Zainal Bin Alias.

arwah seorang yang pendiam. tak banyak bercakap, tapi apa yang buat aku, si mulut becok ini tertarik padanya ialah, senyumnya, raut cerah 'inocent'nya, dan mata hijaunya.

serius.
mata arwah hijau.
hijau hijau air.

dia bukan mat salleh. lihat namanya sekali lagi..

Zainal Bin Alias.

takde nama mat salleh pon di antaranya... kan? tak tau laa aku kalau 'Zainal' atau 'Alias' tuh nama orang putih. takkan 'bin' pulak... bin laden pon orang arab, bai..

takde apa yang aku ingat tentang arwah. yer la dah 13 tahun. tapi yang aku ingat, sejak 13 tahun hingga sekarang, al-fatihah usai solat tak pernah aku lupakan buat dia selain arwah ke4-4 arwah atok nenek n pakcik aku.

apa yang aku ingat tentang arwah ialah selain pendiam, suka tersenyum, arwah jugak seorang yang kurang mesra dengan orang lain. suka tersenyum, pendiam namun tidak mesra?

itulah arwah.

oh aku ada cakap ke yang dia duduk di kelas kedua terakhir dari 6 kelas? yup, itu jugak dia. lantas? apa yg buat aku minat pada dia? itulah yg diatas tadi tuh sebabnya. semuanya :)

dan petang kemalangan itu sebenarnya dia mahu berjumpa denganku, katanya ada perkara yang mahu dibincang. jadi petang tersebut aku tunggu, hingga jam menunjukakn 6 petang. hampa. dia tak datang. nazruddin teman baik pon tidak nampak bayang jugak. takpe la.

esok paginya..

zizie: alis, ko tau tak zainal eksiden? dengar citer teruk gak.. uddin patah kaki..

aku yang belum letak beg atas kerusi, segera tergelak!

aku: takyah buat jenaka pagi2 boleh? ko nak april fool kan aku, kan? kan? cakap jer la camtuh! uwekk!
zizie: ko tak caya sudah.. aku dah bagitau ko dah baik..


10 pagi..

ustaz yahya: salam.. semuanya harap bertenang yer.. sahabat kita Zainal bin Alias telah meninggal dunia jam 9.45 pagi tadi.. sesiapa yang mahu ziarah sila ke tanah perkuburan padang temu lepas zuhur ini.

........


aku terus blur.

sebab aku rasa aku belum sedia nak terima berita macam nih...
atau pun hingga sekarang kot, aku tak pernah rasa bersedia mahu ziarah kubur arwah. sebab aku rasa aku tahu perkara yang zainal nak bagitau aku petang tuh. sebab tuh aku tunggu sampai 6petang, itu pun terpaksa, sebab bas terakhir ialah jam 6.15petang.


aku rasa.. kalau kami sempat bicara petang tuh,
watak asri pun tak pernah wujud.
penantian 12 tahun aku pun takkan pernah berlaku.
tak akan ada hati2 yang berjaya menawar kepadaku.
takkan ada cerita2 pemanis pepahit petawar pemasin dalam hidup aku..

paling penting...
aku pun takkan membujang hingga ke usia yang sepatutnya aku sudah punya 3 anak.

echewah!



berangan. memanglah indah sepanjang masa.

(even masa aku mahu beri hati pada asri, aku masih berusaha agar hati aku tetap pada arwah. aku ambil masa setahun lebih untuk mulakan dengan asri... itu yang terjadi 12 tahun.. kemudian bila mahu berhubung balik dengan asri ramadhan lalu, beria aku mohon doa paling lama agar jika aku jadi sama asri, arwah tetap menjadi sebahagian dari sesuatu dalam hidup aku, aku tak mahu lupakan arwah terus. tapi apakan daya... asri tak hargai. jadi, aku pon berlalu pergi.. tak mahu ternanti nanti lagi, rugi. eh, pantun?)

---------------------------------------------------

housemate aku kini merupakan teman baik aku sejak sekolah menengah dulu.
dulu masa form 2, aku pernah menulis sebuah novel. 100 muka surat, guna type writter lama ayah yang 'catuk ayam' dan 'guna line carbon' tuh. sebulan lepas (begitu juga 10 tahun lalu, setahun lalu, 8 bulan lalu, hingga membawa ke sebulan yg lalu). di kerap bertanya soalan yang sama..

"kau tak mahu menulis novel ke, lis?"



persoalannya: layak ke aku nih nak menulis novel? tak semenggah macam nih nak menulis novel? sapo nak beli tuh yang oii.. hahahaha~ (dalam hati: aku nak join buku prima jika benar aku mahu jadik penulis)

sekarang aku gila sama penulis bernama nurul shahida. "Plain Jane" & "Aku Kan Novelis" merupakan novel yang bila aku beli kelak, aku tak mahu bagi org pinjam. hahaha! kedekut tak aku? :D (baca: melainkan kamu hadiahkan aku dengan novel terbaru beliau, itu ok, aku boleh kasi pinjam, adil tak? :P)

(thanks to Cett, housemate aku (hantu novel, sebuah bilik penuh dengan novel2 jer, tabik aku!) beli 2 bijik novel tuh kemudian aku curi novel tuh bawak naik atas bilik, kemudian bila dah baca separuh jalan, baru sms dia "cett aku bawak naik Plain Jane, pagi esok aku bawak turun eh".. lantas dijawab 2 huruf "ok"

(sungguh tak kedekut kan housemate aku?)



.


.

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/alismysara