salam.
aku rasa usia 28 bagi seorang wanita yang masih bujang, belum sampai tahap mencari suami orang sebagai suaminya. tapi kalau betol kamu meredhai diri menjadi isteri kedua seorang lelaki, siapa kita untuk menidakkan takdir (sungguh klise bunyinya, kan? kan?)
ibu pernah berpesan padaku, kalau boleh, jangan suami orang. JANGAN YANG BESAR.
jangan.
jangan sesekali.
kalau boleh, jauhkan diri dari suami orang.
hati isterinya, ialah hati wanita. hati kita hati wanita.
ringkasnya;
wanita lain tidak akan, dan tidak boleh melukakan hati wanita lain.
err...kalau duda tuh ada anak? gatal menyoal benda yang bukan bukan pada ibu, ini waktu aku berusia awal 20-an, niatku, sekadar bergurau....
ibu sekadar hela nafas. dalam. tanda mahu nasihat secara serius.
.
.
.
"kalau boleh biarlah duda tiada anak, dan kematian isteri.." wooo itu antara syarat, kalau benar hujung penantian ku ialah "fahri"ku seorang duda. (erkk!)
ok, sekarang mari kita buat ranking mudah. mari mari dekat sikit. meh..
top 5 (dan ada penambahan point 5 selanjutnya...) pilihan suami yang ada pada gadis bujang akhir 20-an:
1) orang bujang (ada banyak group, tapi malas aku nak kelaskan, nanti ada bujang terasa! haha!)
2) duda tiada anak dan sudah kematian isteri.
3) duda tiada anak, masih punya bekas isteri.
4) duda ada anak, masih punya bekas isteri.
5) suami orang:
i) tapi tak bahagia dengan isterinya, dan pihak mertua tak suka dia.
ii) tapi tak bahagia dengan isterinya, namun pihak mertua sayang dia.
iii) tapi bahagia dengan isterinya, tapi pihak mertua tak suka dia.
iv) tapi bahagia dengan isterinya, tapi pihak keluarga plak tak suka isteri.
v) tapi memang niat dia nak kawen 2-3-4 sejak tamat jer SPM (20 tahun lalu)
eh eh.. pandai gak aku cipta equation nih eh (try soh aku create add math nyer formula).... nak daftarkan kat oxford laa cam nih, dan buat tanda niaga, boleh claimed royalty. ini barulah "goyang kaki hari hari wang masuk!"
hohoho.. mengong~
.
aku tak pernah berhenti mencari "rusuk kiri" ku.. ya Allah, permudahkanlah, amin.
Nuffnang
Friday, January 29, 2010
Tuesday, January 26, 2010
sudah sah.... dengan 1000 syukur, aku pasrah..
mekah. tanah haram.. selepas zuhur.. dengan berwakil-walikan hakim... aku sah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang hanya ku kenali melalui 2 wanita sahaja. dan wanita wanita tersebut ialah madu madu ku...
sungguh. aku rasa tenang. biar sedar diri ini no 3, tapi aku sedikit pon tak rasa apa, kecuali syukur yang teramat, sebab ada lelaki yang bernama suami buat peneman di sisi. doa2 agar hingga hujung nyawa.. amin~
petang tersebut, selepas habis tawaf, aku diambil suami untuk dibawa pulang ke rumah baru. waktu tuh, madu2 ku semua masih di mekah.
aku: abang nak bawak sayang ke mana nih?
suami: abang nak bawak balik sayang ke rumah baru kita laa..
aku: hmm.. kakak kakak semua? kenapa tak saing balik sekali?
suami: takpe la, abang buat dua trip nanti.. (tersenyum)
aku: (lentok kepala kat bahu suami), abang nanti kiter buat kenduri kesyukuran jer la eh bila sampai malaysia nnt? (dengan niat aku mahu jadi isterinya yang benar2 bila dah balik malaysia nanti)
suami: boleh, takde masalah. tapi malam nih sayang kena laa tolong picit bahu abang nih, dah sengal2 dah nih, satu hari berjalan nih ha... (sambil picit2 bahu sendiri)
aku, dengar jer "malam nih tolong picit bahu abang", sumpah aku terus nekad terjun dari dalam kereta. tiba2 tak rela nak jalankan perintah suami untuk picit bahu dia malam tuh!
sudahnya, bangun tidur jer aku berpeluh sungguh! kemudian berdebar2 giler!
tobat, aku takmo ada MIMPI macam tuh lagi! uhuks!~
*bini no 3...?????? apakah???*

Tuesday, January 19, 2010
semoga selamat semuanya..
salam.
tahniah buat adik no 4 ku,
selamat bertunang buat mu dan bakal tunang
14feb ini, rumah ayah pasti akan kecoh kembali
dengan majlis kedua terbesar selepas majlis kahwin kak ngah 2008 lalu.
kak long doakan: semoga semuanya berjalan lancar, amin :)
usah dirisau tentang kakak yer sayang..
sudah jodoh kamu telah ditetap sampai sebelum kak long.
kak long redha. dan kak long happy.
kamu adik terhebat yang kak long punya,
tak tipu, ini kenyataan:
kakak pasti sedih,
sebab lepas ini,
kita tak kan lagi dapat ber-huha
seperti dahulu.
tak mengapa.
sebab ia bakal bertukar
kepada sesuatu yang lebih baik,
kerana insyaAllah,
lelaki ini,
jodoh yang sukar untuk dicari baik budinya
yang teguh iman dan islamnya..
jagalah perhubungan kalian baik baik.
salinglah lebih mengenali sepanjang 4 bulan tempoh bertunang nanti.
sambil2 tuh, doakan laa juga jodoh kak long akan menyusul selepas kamu ya?
twink..twink.. :P
p/s: kak long tahu, selama nih kamu silent reader blog JIMDS nih, kan? ^_^

Monday, January 18, 2010
aku ini.... "Miss Invisible", tahu?
Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh
Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku
Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih
mungkin betul, aku kena move on... langkah pertama:
DAFTAR KAT KELAB UKHWAH PAK BELANG YAHOO
(DONE. AKU ANTARA AHLI TERAWAL HARI PERTAMA KELAB DIBUKA, KE-19)
MOGA2 FAHRI AKU ADA DALAM TUH, AMIN!
KATA MINDA: HUHU.. CEPAT SANGATKAH PERUBAHAN INI?
KATA HATI: HEY, 12 TAHUN MAAAA AKU TUNGGU DIA...UHUKS! 0_O
KATA JIWA: HATI DAN MINDA, BOLEH TAK JANGAN KUSUTKAN JIWA ALIS NIH~??

Friday, January 15, 2010
dingin
Ziana Zain - Dingin
Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama
*chorus
Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya
Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ku tiada
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah
Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama
--------------------------
lagu rasmi sambil menaip masuk data pelajar kursus produk halal batch 6-7-8. volume harus kecikkkk sekali. sebab kanan aku bos tgh borak ngan jiran belakang meja aku nih ha... huhuhu...
dah 1 mggu aku tidak hubungi dia. 2-2 number phone dia aku dah padamkan. terima kasih atas ingatan aku yg kadang tuh 1G, kadang tuh 36G (untuk perkara yg tak berfaedah, mmg aku senang ingat, hehe!)
jiwa yg tak keras selama ini (gemini kan..), harus aku kentalkan bersama secebis kedegilan, segenggam dendam (macam Nur Amina yang enggan terima Adam kembali waktu mula2 jumpa dulu..)
mula laa main jiwa ptg2 nih~
(bagilah aku sedikit masa lagi.. aku mmg butuh waktu skarang nih..hmmm....)

Wednesday, January 13, 2010
kacau
aku hasilkan/taip seloka nih dalam masa 30minit, kat office.
jiwa kacau+bos takde= jadik laa cam nih.
--------------------
terkadang aku rasa mahu menang dalam sesetengah situasi, situasi dimana aku rasa aku boleh menang, mampu dan yakin boleh untuk menang...
kerana aku rasa mahu menang, yakin boleh untuk menang.. maka aku lakukan apa yang perlu untuk memenangi situasi tersebut.
hampa.
rekod 3 bulan antara aku dan dia sebenarnya tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang baik. hari ini, dia terlalu baik, hingga terasa aman untuk bersama dengannya sampai hujung nyawa.
namun.
ada hari-hari-hari nya, dia seperti tidak aku kenali. orang asing. dalam 20 hari jika tidak bertegur sapa pon, tiada hal untuknya. tak ada makna yang spesifik seperti: eh, dah 10 hari alis tidak menghantar berita, kenapa? sakitkah dia? sihatkah dia? ada apa celaka yang menimpa dia atau keluarga? marahkah dia padaku?
kalian, tidak.
dia tidak akan berfikir begitu. tak akan. aku dah lalui situasi itu. 12 hari pertama, end up, aku yang beralah, sebab aku fikir soalan2 tersebut.
sakit, kematian, celaka.
kemudian bila dia pesan: saya nih cool orangnya, 2-3 hari then after that akan baik. saya jenis bukan simpan la awak..
sungguh masa tuh aku terasa betol2 bebal.
yer.
bebal.
sebab aku rasa masa nih aku dah beria sangat. padahal padanya, tak ada apa sangat. eh, bukan takde apa sangat, memang takde apa langsung pon.

Tuesday, January 12, 2010
aku boleh jadi Aisya; aku mampu jadi Nur Amina...
aku boleh jadi seperti Aisyah..
Untuk Fahri yang tak pernah meminta
Tapi diberinya segala yg ada
Termasuklah menikahi Maria
Demi niat kerana Allah semata
Walau jiwanya parah terluka
Itu korban dia sebagai wanita
Cemburu, akan tetap ada
Sama mirip dia dan si Humaira
Sang isteri kesayangan baginda
Mungkin tidak sempurna mana
Namun bila redhanya atasi semua
Balasan tertinggi InsyaAllah ialah Syurga.....
aku mampu jadi seperti Nur Amina
Yang juga setia menantikan Adam
Walau hatinya terisi sedikit dendam
Namun
Rindu Nur itu, tidak pernah padam
Sayang Nur itu, tidak terlalu dasar dipendam
Biarpun hadir Katrina, hanya lebih meremuk-redam
Langsung nama sang Adam hampir tenggelam
Bila mana hasrat Nur sekian lama terendam
Yang mana hampir hampir mahu karam...
Nur Nur Nur..
Setabah mana pun wanita ini
Sekuat mana dia memegang janji
Dugaan pasti datang untuk menguji
tak mengapa, pujuk pada hati
Allah itu wujud dalam semua sisi
aku bukan Aisyah yang cantiknya hingga perlukan sehelai niqab
aku juga bukan Nur Amina, dimana setianya tidak pernah disukat
dalam pada sama
aku kagum sama sifat kerahsiaan diam dalam Maria
aku sanjung sifat menunduk akhirnya dalam Katrina
walau hingga hujung nyawa kedua mereka,
berakhir sama tidak memiliki
.Fahri.
.Adam.
sedar diri. mungkin juga
Cinta, mana boleh dipaksa paksa
lagi paksa, makin menjauhlah ia..

Wednesday, January 6, 2010
ini kisah kak anne, aku tegar mahu berkongsi dengan kalian..
aku tak tahu la.. maybe nih sume nasib, tapi aku kira nasib aku baik la... aku punya teman2.. ramai... tapi yang paling best, tak ramai.
dalam ramai ramai tuh... paling best:
2 darinya ibu tunggal muda (27 & 32 tahun)
2 darinya masih lagi bujang (26 tahun)
2 darinya sudah bergelar isteri, ada pendidikan, tapi memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa)
6 orang mereka ini memang mampu buatkan aku selesa. dari 2 temanku dari ibu tunggal, seorang akhirnya sudah berkahwin semula. alhamdulillah. 2 si bujang, mmg klik denganku, sama susah sama senang. 2 surirumah pula, pakar memberi pengalaman menguruskan rumahtangga :)
aku senang sangat2 dengan mereka ber6 ini.
-------------------------------------
namun hari kedua aku berkerja di tempat baru, aku punya jodoh bertemu dengan seorang kenalan baru. kisahnya sangat menarik untuk dikongsi bersama.
-------------------------------------
kak anne, seorang wanita yang kuat semangat pada ku. kalau aku dipilih menganti tempatnya, sumpah, rasa2 aku tak mampu... sigh.
dia mendirikan rumahtangga bersama lelaki yg dia cinta. mahligai bertahan selama 10 tahun. aku kira agak lama juga. tapi tidak dikurniakan zuriat. sementalah, dia mmg tak suka budak2, maka dia rasa tuhan itu adil dan maha mendengar, maka bilamana doanya untuk tidak mendapat zuriat, dan doanya dimakbulkan tuhan, aku rasa agak adil untuk dia, kan?
dalam tempoh 10tahun itu, dia sambung belajar, maka urusan rumahtangga tidak banyak dilakukannya. setiap malam, gerai makan atau makanan yang ditapau menjadi pilihan untuk santapan suami.
mungkin kerana agak lama, anak tiada, urusan rumahtangga tidak dijaga rapi, maka sang suami mula bersuara sedikit, bukan marah, tetapi lebih menasihati, aku kira, 10tahun kemudian, baru bersuara, agak lama.
langkah pertama, dia membenarkan suami berkahwin lain, jika zuriat yg menjadi persoalan. padanya, suami ini hanya seorang manusia, hanya pinjaman buat dirinya, maka atas sebab tidak mahu sebarang soalan2 remeh ditanya kemudian hari, kebenaran untuk memberi hak suami memadukannya, terlaksana...
tidak lama, suami memberitahu : "saya tak boleh menyayangi dua dalam satu masa." maka, kak anne minta dilepaskan secara baik. tak mengapalah. sebab padanya, memang salah dia atas semua yg terjadi. maka sehingga kini, dia dan bekas suami serta bekas madu, masih berkawan baik. sebab tiada apa yang mahu digaduhkan.
setelah dua tahun hidup sendiri, dia bertemu jodoh kali kedua, kali ini, dia pula yg ditakdirkan menjadi madu kepada seorang wanita. pasrah. setelah ayah dan ibu tirinya setuju, dan kata lelaki itu, isteri tua sudah memberi izin, maka sama2 berlepas ke Dubai, atas urusan kerja, dan selamat bernikah disana.
menetap setahun di Dubai kerana mengikut suami bekerja disana, isteri tua tidak mengikut kerana menguruskan anak2 yang masih sekolah, maka kak anne menjalani kehidupan sebagai isteri kedua, dan merasakan, inilah impiannya selama ini. hidup bahagia disamping suami yang menyayangi dirinya...
selepas setahun, pulang ke malaysia, baru kak anne tahu, kehadirannya sebagai isteri kedua tidak diketahui langsung oleh isteri pertama suaminya. lantas konflik berlaku. kak anne mahu mendaftarkan perkahwinannya di malaysia, namun disambut dingin oleh suami, selama 3 bulan didesak untuk mendaftar, namun tiada balasan dari suami.
setiap hari, sejak itu, kak anne 'diserang' oleh madunya. dihambur kata2 kesat melalui telefon, perkara biasa baginya. madunya merupakan pensyarah IPT lulusan Mesir.
"kenapa menentang poligami? kamu lebih maklum dari saya" kak anne bertanya.
"tiada apa. tapi saya mmg menentang poligami dari segi apa pun!" tegas madunya.
maka setelah sekian waktu, tiba2 kak anne ditinggalkan, tanpa nafkah, sehingga 6 bulan berikutnya. simpanan rm40,000 lebur begitu sahaja selama 6 bulan demi menampung hidup yg tiba2 digantung tanpa tali. sungguh kak anne tak percaya, lelaki yg dinikahinya semasa di Dubai, dan semasa sudah pulang ke Malaysia, bagai dua manusia yang berlainan! 360darjah berubah.
masa inilah, hidup kak anne bagai tak keruan. iman yg ada jadi bekalan.
sesekali, bekas suami hadir membantu serba sedikit. mungkin kerana sisa sayang masih ada. 10 tahun pernah hidup bersama, pasti tak banyak, sedikit pasti akan dibantu. namun kata kak anne, setakat itu sahaja..
....."kami tidak berjumpa, hanya telefon atau sms, kerana dia suami orang, dan akak hanya bekas isterinya..." sayunya hati aku masa mendengar cerita kak anne.
aku belom bagitau kamu kamu semua yang kak anne nih anak yatim piatu dan hanya ada seorang kakak, kan? arwah ayah kak anne meninggal dunia sewaktu kak anne baru pulang dari dubai. manakala kakak pula, tinggal jauh darinya. adik2 dari ibu tiri ada, tapi tidak rapat...
"kalau ada mak ayah, boleh akak mengadu nasib, tapi akak sebatang kara, tiada siapa2 lagi kat dunia nih, mungkin sebab tuh ex husband akak pon kasihankan akak..."
-------------------------
macam cerita novel, kan? aku rasa berat dugaan yg ditanggung kak anne, tapi dia kulihat seorang yg tabah. dan sangat optimis. sentiasa positif orangnya.
parasnya cantik pada pandangan aku. kulit halus dan putih, rupa bagai seorang cina. bertudung dan sentiasa tersenyum orangnya. kelulusan? master dari US.
lantas, apa lagi yang kurang? ok dia tak suka kanak2, aku tak boleh nak buat apa tentang itu, tapi itu boleh diubahkan? sebab orang kata, belom jadi ibu, ada wanita mmg tak suka kanak2, tapi setelah 9bulan mengandung zuriat sendiri, mengulir darah daging dalam diri sendiri, wajiblah akan hadir perasaan sayang tuh, kan?
--------------------------
aku berkongsi semua ini, kerana aku rasa aku perlu berkongsi kisah ini dengan kalian. buat ikhtibar, amek serba sedikit pengajaran, tak perlu banyak, sedikit pon jadik la.. dimana antaranya kalau kita rasa kita nih malang, ada lagi org yg lebih malang dari kita.
ok la, aku nak lunch ngan kak anne jap. bai.

Saturday, January 2, 2010
kamu pernah jumpa? aku penah..
2001
aku pernah berniaga nasi campur bersama ibuku, tak lama, 3 bulan, sebelum aku diterima masuk ke UITM johor.
tiap petang, tanpa gagal, aku akan terjumpa sepasang warga emas ini. si lelaki, melewati akhir 70-an, gigih mengayuh basikal, dan dibelakangnya merupakan si wanita, juga melewati usia 70-an.
setiap hari, tanpa gagal, aku pasti akan terpandang mereka berdua, atok itu gigih mengayuh basikal tanpa jemu, membawa bersama isteri hampir sebayanya, pergi ke kedai2 kopi, hanya untuk menghirup segelas teh panas bersama kuih sepiring 2-3 jenis.
setiap hari. tanpa jemu. tanpa gagal. mereka akan lalu menaiki basikal tua itu, depan mata aku..
kerana kagum, sehingga aku berdoa dari jauh.. tiap kali memandang mereka melintasi kedai makan ku, "semoga jodoh atok dan nenek kekal hingga hujung nyawa... moga saya juga bertemu dengan jodoh yang ikatannya seteguh atok dan nenek, amin!"
-------------------------------------------
2006.
waktu itu, aku sudah grad lama. dan memasuki dunia kerjaya. kebetulan seorang teman baru datang ke department aku... bila cerita2, rupanya, pasangan warga emas yg kulihat hari2 selama 3 bulan berturut tiap petang, pada 2001, rupanya atok dan nenek dia! dunia. kecil sungguh...
aku bertanya.."apa yang dilakukan atok nenek kamu sekarang?"
gadis manis ini tersenyum, sedikit mengeluh.
"atok saya sehat lagi kak.. nenek saya dah mula sakit2.. selera pon tak ada, makan pon dah tak mahu.."
"oh..." aku turut simpati.
--------------------------------------
awal 2008
waktu ini, aku dan gadis itu sudah menjadi teman baik. rapat. ketika aku duduk2 mengambil angin di luar rumah, tiba2 aku dikejutkan dengan satu panggilan.
"kak, nenek saya dah meninggal dunia lepas solat jumaat tadi....." esakan kecil menyebabkan aku turut sama menangis. sabar. itu saja yang mampu aku bisikkan kepadanya buat masa itu.
--------------------------------------
pertengahan 2008
lokasi kerjaya kami yang jauh menyebab kami sekadar bertanya khabar melalui telefon. sering kali tiap bicara, aku pasti akan bertanya khabar atok gadis ini.
"ntah la kak, mak saya adik beradik pon dah tak tahu nak cakap apa, nak buat apa dengan atok.. kesian pon ada.."
sedikit terkejut. aku tanyakan sebabnya.
pantas menjawab "sejak arwah nenek meninggal, tiap hari atok saya ziarah kubur arwah, bacakan yassin, siram dengan air bunga ros 2-3 warna seminggu 3 kali, lepas tuh...haihh..."
kenapa mengeluh dik?
"atok menangis. pernah sekali mak saya adik beradik hendapkan apa yang atok buat kat kubur arwah, rupanya lepas baca yassin, atok menangis macam budak kecil tepi kubur, sambil seolah berbual dengan nenek... antara yang mak saya dengar.... "yah, kenapa kau tinggalkan aku, yah, aku nak ikut ko, yah.. aku dah takde siapa kat sini yah...".. hampir setiap hari kak... sedih saya dengan keadaan atok macam tuh.."
sumpah! aku menangis kenangkan duka rindu berat yang ditanggung atok terhadap arwah isterinya.
akhirnya tepat 6 bulan arwah isterinya pergi, atok pula meninggalkan kami. jam 2.15 petang, jumaat, hari dan jam yang sama sewaktu arwah nenek pergi.
ironi, kan? aku rasa dalam sejuta kali pon, kamu tak kan mudah nak jumpa walau satu kisah yang serupa seperti ini, kan?
------------------------------
2010, sempena pada tahun baru ini...
aku tak minta banyak. aku tak mahu tamak... hanya aku harap, aku akan jumpa "fahri" ku serupa macam atok. yang setianya hingga bawa ke hujung nyawa.
aku sedar, aku bukanlah seorang wanita yang sempurna, tapi aku sering berdoa, yang mana bila aku sudah tiada, akan ada lelaki, biarlah walaupun seorang, akan menangisi pemergian aku kelak. supaya aku tahu, masih ada lelaki yang mengasihani aku, sama seperti kasih arwah atok terhadap arwah nenek...
al fatihah buat arwah atok dan nenek....
(masih terbayang dimataku, atok dan nenek yang gigih pergi kemana saja bersama sebuah basikal tua itu....)
*dah, aku menangis dah, mana tisu dapur aku nih~*

Subscribe to:
Posts (Atom)