mekah. tanah haram.. selepas zuhur.. dengan berwakil-walikan hakim... aku sah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang hanya ku kenali melalui 2 wanita sahaja. dan wanita wanita tersebut ialah madu madu ku...
sungguh. aku rasa tenang. biar sedar diri ini no 3, tapi aku sedikit pon tak rasa apa, kecuali syukur yang teramat, sebab ada lelaki yang bernama suami buat peneman di sisi. doa2 agar hingga hujung nyawa.. amin~
petang tersebut, selepas habis tawaf, aku diambil suami untuk dibawa pulang ke rumah baru. waktu tuh, madu2 ku semua masih di mekah.
aku: abang nak bawak sayang ke mana nih?
suami: abang nak bawak balik sayang ke rumah baru kita laa..
aku: hmm.. kakak kakak semua? kenapa tak saing balik sekali?
suami: takpe la, abang buat dua trip nanti.. (tersenyum)
aku: (lentok kepala kat bahu suami), abang nanti kiter buat kenduri kesyukuran jer la eh bila sampai malaysia nnt? (dengan niat aku mahu jadi isterinya yang benar2 bila dah balik malaysia nanti)
suami: boleh, takde masalah. tapi malam nih sayang kena laa tolong picit bahu abang nih, dah sengal2 dah nih, satu hari berjalan nih ha... (sambil picit2 bahu sendiri)
aku, dengar jer "malam nih tolong picit bahu abang", sumpah aku terus nekad terjun dari dalam kereta. tiba2 tak rela nak jalankan perintah suami untuk picit bahu dia malam tuh!
sudahnya, bangun tidur jer aku berpeluh sungguh! kemudian berdebar2 giler!
tobat, aku takmo ada MIMPI macam tuh lagi! uhuks!~
*bini no 3...?????? apakah???*
.
No comments:
Post a Comment