Nuffnang

Wednesday, January 13, 2010

kacau

aku hasilkan/taip seloka nih dalam masa 30minit, kat office.

jiwa kacau+bos takde= jadik laa cam nih.

--------------------

terkadang aku rasa mahu menang dalam sesetengah situasi, situasi dimana aku rasa aku boleh menang, mampu dan yakin boleh untuk menang...

kerana aku rasa mahu menang, yakin boleh untuk menang.. maka aku lakukan apa yang perlu untuk memenangi situasi tersebut.

hampa.

rekod 3 bulan antara aku dan dia sebenarnya tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang baik. hari ini, dia terlalu baik, hingga terasa aman untuk bersama dengannya sampai hujung nyawa.

namun.

ada hari-hari-hari nya, dia seperti tidak aku kenali. orang asing. dalam 20 hari jika tidak bertegur sapa pon, tiada hal untuknya. tak ada makna yang spesifik seperti: eh, dah 10 hari alis tidak menghantar berita, kenapa? sakitkah dia? sihatkah dia? ada apa celaka yang menimpa dia atau keluarga? marahkah dia padaku?

kalian, tidak.

dia tidak akan berfikir begitu. tak akan. aku dah lalui situasi itu. 12 hari pertama, end up, aku yang beralah, sebab aku fikir soalan2 tersebut.

sakit, kematian, celaka.

kemudian bila dia pesan: saya nih cool orangnya, 2-3 hari then after that akan baik. saya jenis bukan simpan la awak..

sungguh masa tuh aku terasa betol2 bebal.

yer.
bebal.

sebab aku rasa masa nih aku dah beria sangat. padahal padanya, tak ada apa sangat. eh, bukan takde apa sangat, memang takde apa langsung pon.

9 comments:

CAHAYA MATA said...

emm.. awak..
lelaki lumrahnya begitu.. tak pandai menunjukkan rahsia hatinya.. tp kita tak tahu apa sebenarnya ada dlm hati dan fikirannya..kan.. :)

SAYA selalu kata pd diri sendiri : takpe lah kalau ABG tak rindu SAYA mcm SAYA rindu ABG..tp SAYA selalu mahu ABG tahu, SAYA sangat rindu ABG.. :)

p/s : kalau sekali SMS tak dibalas, SAYA akan send lagi 10 SMS yg sama.. hahahahaha.. ;-p

||alis|| said...

ain: mungkin saya tak semampu awak.. dan lebihan yg ada pada awak, ABG menjadi pendorong kepada sebuah ikatan. cuma buat masa nih, awak yg was *twink2*

namun tidak saya. saya yg beria, tidak pada dia. sedih. malah saya yakin 12thn akan datang pon dia takkan jumpa org yg sanggup tggu dia selama saya tggu dia o_O

et said...

huhuhuu..dia terlalu cool kot..adei..

IRIS said...

Best bicara soal lelaki.

Kasih sayang mereka ditonjolkan melalui perbuatan. Biasanya.

||alis|| said...

et: terlalu lalu sebenarnya, huhu.. tapi the best part of him, dia mmg baik hati, semua kawan sayang dia :)

IRIS: betol la tuh, perbuatan melalui teladan, eh ke teladan melalui perbuatan eh..?? masalahnya dia tak penah nak luah and tak tunjuk apa2 sangat. :(

melatidaisy said...

salam ..

semoga akak terus kuat :) yakinlah dgn doa istikharah kita,moga Dia kurniakan yang terbaik buat kita :)

||alis|| said...

melati: salam sayang.. hmm.. benar, padaNya kini akak berserah :)

aYu said...

ape pula pendapat kak alis dengan lelaki yg nampak sungguh2 menyayangi kite? tapi kita pulak takut nak percaya 100%?

||alis|| said...

ayu: salam sayang.. maaf terleka dan tidak membals komen kamu :(

petua: amek 70%, simpan yg lebih. kalau takdir kamu terluka kelak, 30% itu laa yg akan membantu :)