Nuffnang

Saturday, January 2, 2010

kamu pernah jumpa? aku penah..

2001
aku pernah berniaga nasi campur bersama ibuku, tak lama, 3 bulan, sebelum aku diterima masuk ke UITM johor.

tiap petang, tanpa gagal, aku akan terjumpa sepasang warga emas ini. si lelaki, melewati akhir 70-an, gigih mengayuh basikal, dan dibelakangnya merupakan si wanita, juga melewati usia 70-an.

setiap hari, tanpa gagal, aku pasti akan terpandang mereka berdua, atok itu gigih mengayuh basikal tanpa jemu, membawa bersama isteri hampir sebayanya, pergi ke kedai2 kopi, hanya untuk menghirup segelas teh panas bersama kuih sepiring 2-3 jenis.

setiap hari. tanpa jemu. tanpa gagal. mereka akan lalu menaiki basikal tua itu, depan mata aku..

kerana kagum, sehingga aku berdoa dari jauh.. tiap kali memandang mereka melintasi kedai makan ku, "semoga jodoh atok dan nenek kekal hingga hujung nyawa... moga saya juga bertemu dengan jodoh yang ikatannya seteguh atok dan nenek, amin!"
-------------------------------------------

2006.
waktu itu, aku sudah grad lama. dan memasuki dunia kerjaya. kebetulan seorang teman baru datang ke department aku... bila cerita2, rupanya, pasangan warga emas yg kulihat hari2 selama 3 bulan berturut tiap petang, pada 2001, rupanya atok dan nenek dia! dunia. kecil sungguh...


aku bertanya.."apa yang dilakukan atok nenek kamu sekarang?"
gadis manis ini tersenyum, sedikit mengeluh.
"atok saya sehat lagi kak.. nenek saya dah mula sakit2.. selera pon tak ada, makan pon dah tak mahu.."

"oh..." aku turut simpati.
--------------------------------------

awal 2008
waktu ini, aku dan gadis itu sudah menjadi teman baik. rapat. ketika aku duduk2 mengambil angin di luar rumah, tiba2 aku dikejutkan dengan satu panggilan.

"kak, nenek saya dah meninggal dunia lepas solat jumaat tadi....." esakan kecil menyebabkan aku turut sama menangis. sabar. itu saja yang mampu aku bisikkan kepadanya buat masa itu.

--------------------------------------

pertengahan 2008
lokasi kerjaya kami yang jauh menyebab kami sekadar bertanya khabar melalui telefon. sering kali tiap bicara, aku pasti akan bertanya khabar atok gadis ini.

"ntah la kak, mak saya adik beradik pon dah tak tahu nak cakap apa, nak buat apa dengan atok.. kesian pon ada.."

sedikit terkejut. aku tanyakan sebabnya.

pantas menjawab "sejak arwah nenek meninggal, tiap hari atok saya ziarah kubur arwah, bacakan yassin, siram dengan air bunga ros 2-3 warna seminggu 3 kali, lepas tuh...haihh..."

kenapa mengeluh dik?

"atok menangis. pernah sekali mak saya adik beradik hendapkan apa yang atok buat kat kubur arwah, rupanya lepas baca yassin, atok menangis macam budak kecil tepi kubur, sambil seolah berbual dengan nenek... antara yang mak saya dengar.... "yah, kenapa kau tinggalkan aku, yah, aku nak ikut ko, yah.. aku dah takde siapa kat sini yah...".. hampir setiap hari kak... sedih saya dengan keadaan atok macam tuh.."


sumpah! aku menangis kenangkan duka rindu berat yang ditanggung atok terhadap arwah isterinya.



akhirnya tepat 6 bulan arwah isterinya pergi, atok pula meninggalkan kami. jam 2.15 petang, jumaat, hari dan jam yang sama sewaktu arwah nenek pergi.



ironi, kan? aku rasa dalam sejuta kali pon, kamu tak kan mudah nak jumpa walau satu kisah yang serupa seperti ini, kan?

------------------------------

2010, sempena pada tahun baru ini...
aku tak minta banyak. aku tak mahu tamak... hanya aku harap, aku akan jumpa "fahri" ku serupa macam atok. yang setianya hingga bawa ke hujung nyawa.

aku sedar, aku bukanlah seorang wanita yang sempurna, tapi aku sering berdoa, yang mana bila aku sudah tiada, akan ada lelaki, biarlah walaupun seorang, akan menangisi pemergian aku kelak. supaya aku tahu, masih ada lelaki yang mengasihani aku, sama seperti kasih arwah atok terhadap arwah nenek...

al fatihah buat arwah atok dan nenek....
(masih terbayang dimataku, atok dan nenek yang gigih pergi kemana saja bersama sebuah basikal tua itu....)



*dah, aku menangis dah, mana tisu dapur aku nih~*


.

10 comments:

Jard The Great said...

demm.. ku nanges jugak..

ku doakan ku jugak akan jumpa jodoh mcm tuh .. huhuhu.. sama2 doa

Farhana said...

Uwaaaa.. Ku juge nanges seperti jard.. ;(

~ hoping the best for me too.. jodoh sampai mati..

khaiza said...

sedihnya...betapa bahagianya nenek tu sebab ada lelaki yg mencintainya hingga hujung nyawa..ya doakan akak juga tuk dpt jodoh seperti itu...

||alis|| said...

jard: meh ku doakan amin kuat2! :)

farhana: minta2 ikatan kamu kekal hingga hujung nyawa, amin! :)

siskhai: meh, kita sama2 cari yer kak.. :)

Wishing Star said...

bgenang air mata.
sigh.

harap dpt jumpa 'fahri' yg sebegitu.

||alis|| said...

wishing star: i'allah kalau kita selalu doa, Allah maha mendengar, kalau jumpa 'fahri' yg begitu, jumpa lambat sket pon tak pe :)

ZuR said...

salam..1st time di sini
sayu hati bace entry nie....Alhamdulillah...mereka dpt nikmat kasih syg yg sejati=)
Smoga roh mereka dikalangan org b'iman..
salam ukhuwah=)

||alis|| said...

zur: salam. maaf atas kelewatan ini. semoga kita semua punya jodoh sesetia ini, amin~

CAHAYA MATA said...

sebak uihhh..

teringat arwah atok.. (-.-)

||alis|| said...

ain: al fatihah buat arwah atok ain..