Nuffnang

Sunday, June 28, 2009

my future walimah: Do's and Don't

aku imajin... semasa walimah aku... aku mahu semuanya hanya ikut agama, takde maknanya nak ikut adat2 nih... aku rimas.... yer, rimas. mungkin salah satu faktornya ialah: sejak usia 17thn, aku dah berpuluh kali terlibat ngan majlis kawen sedara/orang ramai.. (still remeber i'm my mak long's mak andam kecik...?) sejak sekian lama, aku dah lama decide apa yg aku nak untuk WALIMAH AKU DAN 'FAHRI' KU KELAK:

my DON'T:
-tiada sesi nyanyi2 karaoke... pantun2 seloka2 nih.. ok. nyanyi? NO! *lagu2 kawen/nasyid/lama, still ok, sebab bonda dan ayahanda sorang yg gemar dengar lagu2 cam tuh.. klasik.fm rowks!

-tiada majlis bersanding.

-tiada renjis dipilis bagai.

-tiada pakai baju berbelas pasang dlm rumah (aku plan nak buat kat dlm studio saja)

-tiada hantaran yg berpuluh-puluh (ADAT family aku, harussss hantarannya 20 dan ke atas, dulu masa majlis adik aku, dekat 25 dulang!)

-kalau boleh, aku hanya mohon doa selamat buat aku dan fahri, dan kalau boleh, avoid any hadiah. tak bagi pon tak apa, asal kamu hadir walimah aku ;)

my DO:
-nikah di masjid. afdal.

-hantaran untuk aku, aku akan mohon SEMUANYA dikotak-rapikan. maknanya...tiada tayang tayang barang hantaran dari suami untuk aku. "eh laki ko bagi ko make up jenis apa eh..kasut brand apa eh.. kek brapa jenis dia hantar eh...". blerghhhh~

-jika bakal suami setuju, aku juga mahu meng-kotak-rapikan hantaran dari aku untuk dia.

-hari walimah aku kelak, aku hanya akan meraikan keluarga, saudara dan teman. aku akan sendukkan nasi minyak aku untuk mereka, layan apa yg mereka mahu. TIADA ISTILAH RAJA SEHARI~ aku bukan raja sesiapa waktu tuh, in fact, aku yg patut layan mereka sebab mereka2 nih sudi datang. faktor: terkadang aku lihat, betapa ramai kawan2 yg datang nak jenguk pengantin, tapi sebab terpaksa tadah muka duduk di bilik saja, tak dapat berborak lama. kesian tau sebab ada kawan2 yg dah lama tak jumpa, drive jauh2 sebab nak jumpa, tapi balik mereka hampa, ada tidak, dapat laa doorgift paperbag "terima kasih"..

hmm... takat nih, itu jer yg aku fikirkan.. ingat sekali lagi, ini tulisan aku, pendapat aku, kalau kalian ada yg terasa hati ngan idea2 aku nih, aku minta ampun ya~

lain kali, lain hari... salam.


tata!



.
p/s: apa lak pendapat korang eh??



.
.

Tuesday, June 23, 2009

dia, lelaki pertama

dua tahun lalu...aku diminta dikenalkan dengan dia, lelaki pertama. dia, penjawat awam di melaka. ibu usahakan sama ustazah mengajinya. kata ibu, dia anak angkat ustazah.
dari khabar, dia baik orangnya...

sudah punya kerjaya tetap..sudah punya sebuah rumah.. sudah punya kenderaan dua roda..empat roda..isteri saja belum punya...

masa itu aku masih 50-50... mahu tidak.. tidak mahu... hati masih bolak balik. tidak tahu mengapa. ibu minta izin no telefon ku diberi kepada dia, lelaki pertama itu. aku akur. sebabnya, tak mahu selama ibu lihat usahanya menyatukan ikatan, bagai curah air atas daun keladi. sebab utama; aku sayu bila ayah tarbiahkan aku mengenai perjodohan menjelang beliau memakai stokin mahu ke pejabat, waktu pagi. serius, aku setuju sebab ayah :)

no ku dipass oleh ibu ke ustazah.. 5 minit selepas no hp dihantar oleh ustazah.. sms pertama no. asing masuk dalam hp ku..waktu itu aku dlm bas, atas jalan lebuh raya, urusan kerja, melaka-perak. sms pertama...kedua...ketiga.. tidak aku balas. sebab aku tertidur waktu itu.. hingga laa tersedar, sebab ibu menelefon dari rumah..

"kakak, kenapa tak jawab sms dia?" aku, terpisat pisat... "ada ke?". ibu "ada, cuba kakak check"..

'baaaaiiikkkkkkk......'

ku buka hp... amek kau...
sms pertama : salam, sy *** ank angkat mak yam (ustzh). no awk ni mak yam yg beri.
sms kedua : salam.... knapa x jwab sms sy?
sms ketiga : salam.. awk x suka ke no awk nih ada pada sy?
memasing jarak kurang dari 15 saat..
(and amazingly~ after 2 yrs time, i still remember all of his sms'es (sort of) hihi~ )


menjelang mahu ditemukan...aku relaks. ibu gabra. aku minta satu, ibu temani aku menjelang pertemuan. aku tak mahu ada fitnah. pernah sekali, pertemuan rasmi aku dan rakan sekerja bujang, di sebuah cafe, terlihat secara tak sengaja oleh seorang sepupu ku.. next pertemuan kenduri.. hamek lagi, cair ko kena usik!

ibu kelihatan sedikit berat. aku jawab, kalau ibu tak mau, kakak tak mau. demi sebuah ikatan agaknya, ibu akhirnya sanggup. tempat pertemuan, food court tesco sudaa..... ibu memilih untuk melihat dari jarak 3 buah meja. aku setuju. tujuannya, aku mahu biar ibu sama sama lihat, lelaki yg mahu dijadikan menantu itu.

tepat waktu, aku dah sampai, dia masih lagi tidak. melalui sms dia beritahu akan terlewat. tolak satu poin nih.. desir hati. to kill time, aku baca buku tom hopkins yg terbaru, tebal, warna hijau...ingat satu benda, hingga waktu itu, aku dan dia tidak bertukar gambar, dia tak tahu aku bagaimana, aku tak kenal bagaimananya dia ;P. tak ke nanya tuh..... mainan gila pon ya jugak nih. nak sangat klasik tradisional kan.... 2-2 saling tak kenal.. haha!

hingga selepas 10min, dia masih tidak menyatakan dia sudah tiba. aku gusar. ku pandang ibu dari jauh, minta pandangan lalui telepati (haha!). tangan ibu hanya tunjukkan sabar, 5 minit lagi... ibu menahan. aku teruskan bacaan.

agaknya terlalu ralit. aku tak tahu rupanya dia sudah sampai, siap dah order makan lagi tuh! dia sms: "awk, awk yg pakai tudung putih baju kurung biru tuh ke? sy selang semeja ngan awk nih"

adeh! aku tak perasan. takpe, sapa suruh lambat kan? dia beralih tempat kepadaku. aku jeling ibu. ibu hanya pemerhati jauh. so dah nampak laa siapa lelaki ini yaa...

orangnya sederhana tinggi. sedikit gempal. rupanya iras anak cina. speaky. orangnya masih dalam baju kerja pejabat. berborak lebih kurang. dia dan aku beredar sama sama, sambil dia menyatakan, "lain kali ada masa kita jumpa lagi, ya?" aku cuma angguk dan nyatakan 'insya'allah'... tersenyum.

selepas pertemuan. sms yg biasanya tiap 15minit sekali dihantar.. tiada... terus senyap sunyi. bunyi cengkerik. sehari...dua hari.. seminggu.... diam. hatiku sedikit terdetik, kenapa senyap? ibu? lagi tidak tentu arah.... tapi segan mahu bertanya pada ustazah yam...

kira kira 10 hari selepas itu.. baru ustazah bersuara:
"hajah, sebenarnya *** malu sama kakak.. banyak bezanya dia dan kakak.... itu yg dia terus senyap tuh.."

ibu terkejut. aku? apa lagi!

sambung ustazah:

"katanya, kakak didikannya tinggi (aku hanya pemegang diploma banking ya, buat masa ini. tapi ada cita cita mahu sambung dlm syariah yg lain), lepas tuh, kakak nih pandai serba serbi, tak macam dia... SPM sahaja.. (pandai????? pelik aku. adakah kerana aku fasih mandarin, as per our conversation last time, dikatanya aku lebih pandai dari dia??)"

aku... tak mahu ulas banyak banyak. mungkin aku ini bukan citarasa dia. dan bukan sekufu dengan dia... dia mohon diberi kebebasan dari rancangan ibu-ustazah ini.... secara halus, dikatanya aku punya banyak, dia punya kurang... ntah apa apa laaa... kan? aku jawab sama ibu: itu laa.. dari dulu kakak tak mahu, ibu suruh juga... sekarang? jadi selepas ini, harap ibu beri laa kakak ruang cari 'fahri' kakak sendiri, ya?

ibu diam. ya laa.. mahu cakap apa lagi? modalnya pujukan sudah habis :P

oleh itu.... haaa..... sapa yg agak agak punya banglo 2 bijik, fasih 5 bahasa, duit juta juta RM, sila laa berkenalan ngan aku, baru nampak sekufu, yer kan...............??
.



apa? ada seorang disini? hehehe.....



.

Monday, June 22, 2009

15 tahun dan... that's it. enuf is enuf...

salam..

dahulu kala...

aku amat laa paranoid orgnya.. tak bleh kena trauma yg berlaku depan mata, yg didengar dek telinga... so sepanjang aku membesar... aku terdedah ngan bukan sedikit cerita rumah tangga yg tidak aman.

seusia 7 tahun, aku mula terfikir mahu ambil anak angkat saja bile dewasa kelak. punca?
sebab tak mahu berkahwin!

---------------------------------------------

aku dulu duduk di sebuah taman perumahan yg aman.. tenteram. jiranku kiri kanan baik orgnya...

tak lama kemudian..

waktu aku masih di sekolah menengah; jiran sebelah rumah suami isteri bertengkar. lama. suami ada wanita lain. suami pangkat jauhhh lebih rendah dari isteri (tapi isteri tak kisah pon..)

sejak perbalahan pertama; hingga malam2 berikutnya, bertengkar perkara biasa bagi pasangan ini. tidak lama lagi lepas itu, suami mula memukul isteri. walau bilik mereka gelap, aku masih terdengar suara isteri mengaduh minta jangan dipukul lagi...

aku curi2 dengar dari bilik, kadang2 menjengah dlm bilikku yg sengaja aku gelapkan. aku menangis sendiri bila mendengar, melihat bayang bayang si isteri dipukul, aduhai... malang nasib wanita itu.

aku tekad, tidak mahu berkahwin, takut terjadi seperti itu. tidak mahu, tidak. tidak. kata hati kecil ku tika itu 13 tahun.

kemudian, masih lagi dengan niat tidak mahu berkahwin, aku berjalan libur bersama adik2 di mid valley, 2004, begitu laa.. kebetulan tika itu angah masih di UPM, jadi amek la peluang jalan jalan sekali.

aku suka hinggap di tingkat tengah mid valley itu. suka melihat gelagat org yg lalu lalang di bawah. pandangan ku akan aku labuhkan ke bawah. suka. hihi...

tak lama.. aku dengar sepasang pasangan, india (maaf, bukan racist yaa.. kebetulan..) bergaduh. pertikaman mulut yg panjang, dan disudahi dengan wanita india yg malang itu DITAMPAR oleh lelaki tersebut.


DUPPPP! hati aku berdetak lagi. trauma lagi. kalau dlm drama, aku tak rasa apa. ini depan mata.. aduh! yg sebenarnya aku mudah simpati dan takut melihat org bergaduh. takut lebih dari simpati selalunya... hatiku kecik.

kira2 15 thn aku rencana sendiri tidak mahu dekat dengan perkahwinan. biarlah aku hanya punya anak angkat, biarlah masa bujang ku dihabiskan ngan jalan2... biarlah semua aktiviti ku, org bujang saja yg terlibat ;)

kemudian ntah apa yg melanda, akhirnya aku sedar, prinsip ingin bujang selamanya itu, tidak baik. seperti melanggar acara janjinya tuhan. baru aku kembali berfikir...

cuma baru 2-3 tahun ini, aku terbuka hati mengenai perjodohan. psttt... aku pernah diatur pertemuan sama 2 jejaka selama 2 tahun ini tau... oelh keluarga terdekat....

kalian mahu tahu ke?...

nanti nanti saja ya *wink wink*
.
.
.

Sunday, June 21, 2009

aku kan terus pergi........

lagu dari liya af4..

sorry, aku tak minat segala AF. tapi aku tak tolak lagu yg bagus vokalnya.

ini salah satu ;)

Sakitnya hati ini bila ditinggalkan saja,
apakah yang ku beri tiada erti cinta,
buat apa ku disini,
mengharap yang takkan kembali,
sia-sia pengorbananku,
cukup kau menyalahkanku.

Aku kan terus pergi,
tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi, tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Mulanya diri ini mampu saja tuk bersabar,
Akhirnya semua punah, ku tak bisa tegar,
Bagai mengejar pelangi,
makin ku dekat kau jauhi,
Aku punya harga diri,
Cukup berakhir disini.

Aku kan terus pergi, tanpa ragu, ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi, tinggalkanmu, Ku pasti takkan kembali.
O...O...O...O...Hey yea..ooo..

buat apa ku disini,
mengharap yang takkan kembali,
sia-sia pengorbananku,
cukup kau menyalahkanku.
Aku kan terus pergi, tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,

Aku kan terus pergi, tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali....
Aku kan terus pergi, tanpa ragu, ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi, tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Bagai mengejar pelangi, makin ku dekat kau jauhi,
Aku punya harga diri, Cukup berakhir disini...

.

jujur; waktu aku terasa amat berduka dengan perkahwinan reza;
aku dengar lagu ini saja....

ya.. selain solat n menangis...

itu dulu laa... sekarang dah ok ;)



.

Friday, June 19, 2009

5% itu besar ertinya buat aku~

waktu di manjung, perak..perkahwinan sepupu..
borak borak sama seorang makcik.

13 jun 2009, 12.45pm.
akan buat ku kenang hasil dari borak tersebut.



5 %... sungguh tak banyak.. tapi aku tetap mahu doa.
sungguh benar tak banyak, namun ia masih besar ertinya padaku..

tuhan maha dengar;
dengarkan doa ini, ya?
mungkin ini juga..
hasil sujud lama tiap kali terakhir rakaat..
banyak tune yang betulkan.

banyak yg biasa ku betulkan.
banyak yg betul ku biasakan.

ishk!
rama rama terbang bebas dalam perut la..
terasa amat.

sudah.


.tersenyum lagi.



adeh....
malu nak ingat kembali.
tapi minda dah merencana macam macam.

tak apa.
ku pujuk hati.
ini kan sebuah naluri?
buat apa ditahan tahan?
bukan?


baik ku teruskan doa.
teruskan usaha.

5 %.. 95% to go..

kawan kawan. mari sama sama doa ya!
.
.

Tuesday, June 16, 2009

wanita berkalung sorban

engkau, kawanku, tak perlu gusar...jika Allah telah mentakdirkan pertemuan, maka Dia akan menunjukkan jalan, dan menentukan bahawa apa pun yang berlaku, pertemuan tersebut tetap akan berlangsung sebagaimana mestinya.
.
Mungkin sorban di sini adalah serban menurut Bahasa Malaysia. Perempuan Berkalung Sorban adalah tajuk sebuah filem Indonesia (mereka omongin, ini film religi). Sedikit 'preview' tentang cerita tersebut:
.
Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Qur’an, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang.
.
Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang.
.
Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa.. Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengijinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.
Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur.
.
Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh..
.
Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.…
.
Apakah cinta Anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? Bagaimana hubungan Anissa dan kedua orang tuanya dan Samsudin suaminya? Apakah Anissa dapat menjadi muslimah seperti yang diinginkan orang tuanya?
-------------------
Secara peribadinya, saya suka filem ini. Tapi kebiasaannya benda yang saya suka, orang lain tak berapa nak suka sangat, mungkin sebab citarasa saya yang pelik.Kalau berminat juga nak tengok cerita ini, sukalah saya untuk memetik kata daripada seseorang yang sudah menontonnya - "lihatlah dengan teliti, perhatikan akan apa yang hendak disampaikannya. Tak semua orang akan faham melihat cerita ini".Saya suka filem ini kerana jalan ceritanya yang berlainan dibandingkan dengan Ayat-ayat Cinta, misalnya.
.
Saya suka melihat suasana(bi'ah) pesantren yang digambarkan dalam filem ini. Saya suka lakonan Anissa - watak Alya dalam Bawang Putih Bawang Merah. Saya lebih suka kalau filem ini ditonton oleh ramai orang, dan membuatkan mereka faham betapa indahnya Agama Islam itu. Saya harap orang ramai tidak akan salah faham lagi terhadap agama ini.
.
Saya kira watak-watak seperti Kiyai yang terlalu keras dan tidak fahami agama sepenuhnya, bekas pelajar pesantren yang telah hanyut oleh dunia, watak anak Kiyai yang biadab dan juga watak perempuan yang kadang-kadang sanggup melakukan apa sahaja demi cinta walaupun mencemar maruahnya sendiri harus diambil iktibar.Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang diberi kefahaman dalam agama oleh Allah.
.
(alis merupakan peminat filem2 begini. aura baru dari hanung.
sangat terasa oh-so-me (in my dream la kan.. hiks~)
crdt: pak belang yahoo group.
.
.

Sunday, June 14, 2009

si gadis berkain batik....


aidilfitri lamaaaaaaa dahulu...

(sila perhatikan berapa banyak huruf 'a'..yang tak patut ada dlm huruf lama itu)

kawan2 buat re-union kat rumahku
ku pon masak dan jamu budak budak nih;
so, lepas subuh ada jer kat dapur;

.

tak sempat laa nak tukar baju kurung;baju kebarung kain sarung segala...baju kebaya what ever baju raya la kan...terus laa snap pic...


seorang lagi kawanku; bekas teman seUni; lelaki; duduk di madinah..jauh....minta mahu lihat pic kawan2... ku bagi laa tengok... kang kata ku kedekut..kan?

dia pon belek satu satu.....tetibe....

.

.

.

dia "kau pakai kain batik eh masa tuh?"

aku "ha'ar.. apsal?"

dia "takde apa laa, seksi"

...ku....?

hanya "%^$#^$&^*&**%..." dlm hati.

isk! malu! (-_-")

...apakah? kain batik?

.....................seksi?

huhuu.. saya mangsa kejadian (baca: keadaan)!..

.

.

:taubat:

pasnih takkan bagi org lelaki luar rumah..

..tgk ku pakai kain batik!

kalau "orang rumah"ku tengok;

itu tak pe la kan?

;)

.

.

.

try taip "gadis berkain batik" nak buat tepek..

adeh... sekali kuar "gadis berkain batik" SAHAJA!!!

so aku amek pic kain batik jer la eh.. crdt here

.

.

.

Wednesday, June 10, 2009

laman sosial si dia.....

bertahun dahulu... sewaktu aku masih blaja dlm uni; seseorang dari alam maya nyatakan suka pada aku..mahu serius. aku? beri jawapan tidak. kerana waktu itu aku belum sedia mahu serius. meminati, ya. serius, tidak. si dia jauh hati. jika sebelum itu seminggu 3 kali calling2; selepas itu, makin jarang, hingga hilang. hanya jika ada laman sosial masing2 aktif; akan saling auto invite, vice versa.

cuma tadi, aku tak sengaja masuk dlm salah satu laman sosial dia; waa... ternyata dia... hmmm.... itu saja.


.diam.
.hela nafas.
.mata lihat pada gambar yg punya lapan puluh keping itu.


tiba tiba.....dalam hati: bagus juga aku tidak jadik sama dia. bagus juga tuhan bolak balikkan hati aku masa itu....

kerana jika tidak; harus aku jadik salah seorang wanita dalam banyak gambar2 dia.. berpegang tangan; berpeluk bahu; bersenggol sengol. ada yg bertudung hijab; ada yg tidak...

tuhan; terima kasih atas hikmah masih tebalnya tipikalnya aku ini... auratku; waima adik ipar dlm rumah tak pernah lihat.

sebab aku masih percaya; mahar yang dihibah sang suami (baca: 'fahri' aku); walupun sedikit mana; tetap hak dia seorang.

:senyum, sambil tutup laman sosial si dia:

Sunday, June 7, 2009

huhuhuhu...

malam tadik, aku bermimpi.

semua yang pernah singgah dlm hidup ini, (bukan bercinta, cuma saling meminati)..

hadir dlm mimpi... malam tadi aku rasa malam yg panjang jang jang...

sebab aku sempat mimpi 3 org 'dia' yg bahagia dlm hidup. sudah bernikah, sudah punya hidup sendiri, berfamily.

aku hanya terbangun waktu mahu solat subuh, 6.30 pagi tadi, tidak lagi berselubung seperti biasa, tapi terus bangun masak air, sapu2 dapur, mop2 dapur. buat sarapan. sarapan pagi di hujung minggu katanyer! mihun sup.

ibu ku yg bangun kemudiannya, pelik.

'nape kakak bangun awal n buat semua keje dapur nih?'

'kakak mimpi.' lalu ku ceritakan semua nya.

'bagus gak kalau hari hari kakak mimpi benda yg sama' senyum lagi, dan lagi, dan lagi....

ADEH! TERKENA PULAK!

.
.
*kaitan mimpi sama rajin ke dapur awal pagi pada hujung minggu begini?
ntah la kan? hmm...
.
.
.

Friday, June 5, 2009

tau tak apa makna MENYESAL????

huhu..
.
.
2005
hassan kawen. dia tanya aku; bile turn ko plak?
ku jawab: tunggu ko anak 3 la weh, man man...
dia balas: kalau aku dapat kembar 3 terus?
"tahun tuh gak aku kawen... oke?"
.
.
2009
hassan sudah punya 2.5 org cahayamata.
setengah lagi dlm perot, 6 bulan.
.
.
hassan: kak yong, 3 bulan lagi haa...
aku tunggu kad ko
( dia KETAWA BESAR OKE!!!)
.
"alaaa... anak ko still 3 org selagi tak dpat yg ke-4, kan?"
bunyik orang bersalah menyeleweng fakta.
hassan, ah.. takde2.. ko kena kawen gak!
.
.
---------------------------------------------------------------------
aku diam, menyesal plak aku ckp cam tuh kat hassan.
padahal aku gurau jer weh!
.
4 bulan lagi.... 4 bulan lagi.... mana dia, siapa dia..
ah, urusan tuhan, kiter jangan ganggu,
kalau dah benar masa dah time;
esok pon dia tak tunggu!
-tamat-
.
.
.

Thursday, June 4, 2009

senyum..senyum...

kelmarin;

perkahwinan sepupu.

aku duduk2 bersama makcik2, bungkus lauk untuk berkat. ambil peluang borak ngan makcik sebelah.. borak punya borak, rupanya makcik ini kenal sama ibu ku.

makcik: oo kamu anak hajah rahmah la nih..
aku: a'ar makcik.
makcik: dah kawen la kan? hari tuh makcik ada dengar rumah kamu buat keje kawen.
aku: (senyum), betol. rumah ada buat keje kawen, tapi bukan saya.. adik saya.
makcik: aik? kenapa kena langkah sama adik?
aku: hehehe.. bukan senang orang nak langkah saya makcik. dia jer sorang berani (senyum lagik)
makcik: ini usia dah brapa?
aku: dah 27.
makcik: ooo.. dah 27.... anak makcik yg sulung lelaki, 28, bujang lagi tuh, ntah bile ntah nak kawen...
aku: (cepat larik!!!!!!!!!)

(tetibe hadir seorang anak makcik nih, bukan yg bujang, tapi anak lelaki bawah yg bujang tuh, lingkungan 20an, dah kawen.)

makcik: asri, nih anak makcik rahmah, ri. dah 27, bujang lagi...
aku: errr... makcik, saya nak masuk dalam pulak yer, nak rewang kat atas pulak. (salam)
makcik: haaa... yer la nak (senyum)
.
.
.
=============================================

aku larik selamatkan diri ke atau lari dari fahri aku nih???
haih... ;)
.
.
.
.