Nuffnang

Thursday, May 15, 2014

m.O.j.O

 
dia tanya: awak betul ke awak aim nak kawen before puasa ni?
 
aku jawab: haah, saya cabar diri saya ni, lol!
 
kemudian borak2, dari cerita pasal hantu kat tempat keje dia la, lalu ke citer pasal anak sedara masing2 la, pasal kawan dia putus jari la waktu bekerja la (nak gambo? aku bleh bagi tepek, haha), everything macam happy and roses along the path way..
 
kemudian, dia anta gambo dia (padahal kat wassap dia aku dah nampak awal2 DP dia, eheh), eh hensemnya pulak lahai mamat ni, terus hatiku kuncup balik, aku alergi lelaki ensem2 ni.
 
kemudian, mojo tuh hilang macam tu je.
 
 
hilang.
 
hilang.
 
hilang.
 
tamat
 
eh
 
 
hihi, basically aku dan dia remain friends je kot. tu pon kalau ada jodoh sebagai kawan. kalau tak, biarlah angin membawa dia berlalu. gitu.
 
 
 
usaha tangga kejayaan. go go alis!
 

Tuesday, May 13, 2014

jadik ribu-wan hasil jual bunga kantan.

jumaat lepas, ibuku sebagai ahli biasa dalam pertubuhan peladang (aku sndiri patutnya jadik ahli(mesyuarat tingkap) dalam peladangnita (utk bawah 40thn) tapi leceh sbb meeting selalunya malam atau petang hari bekerja. ibu cerita, ahli peladang ada pergi melawat ladang bunga kantan milik sorang hamba Allah ni. seluas 10 ekar. siap ada pekerja beberapa orang. dan masuk keluar kebun guna pajero. dia jual bunga kantan semata. rezeki dia kan.

lalu aku melihat bunga kantan nan sebatang hasil tanaman ayahku, rasanya jauh lagi nk jadik ribu-wan tokeh kantan. hihi.

*ada yg aku kenal bagitau, dia dh jumpa sorang jutawan jual sabut kelapa semata. pun rezeki jugak kan. bawak bmw tapi tanya niaga apa, relaks je brother sebut "jual sabut kelapa" heh.

Saturday, May 10, 2014

Friday, May 9, 2014

ironi

Engkau datang kepadaku
Dengan sejuta harapan
Kau janjikan cinta itu

Ternyata ku hanya persinggahan
Hatimu yang luka
Sungguh ku tak sangka


Dan saat kekasihmu
Inginkan kau kembali


Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu


*lirik lagu sakura band fed adi 6th sense. OST "aku isterinya"

ironi.

exes, who doesn't have them? I kid u, we all have it.
who she is/was, we still have to deal with it.

yes, be u like it, or not.

Tuesday, May 6, 2014

mengucap panjang dalam baitulmuslim bila...

*calon A

usia: 32 tahun
kerjaya: kerajaan
status perkahwinan: sudah berkahwin
remarks: mencari yg patuh pada perintahNya

verdicts: bang, mudanya kau nak berpoligami?


*calon B

usia: 35 tahun
kerjaya: pelaut
status perkahwinan: sudah berkahwin
remarks: anak dara yang tidak ditebuk tupai

verdicts: bang, kau sendiri dah penah jadi tupai (walau halal, keke!)


*calon C

usia: 35 tahun
kerjaya: guru
status perkahwinan: sudah berkahwin
remarks: mencari isteri kedua yang mahu menjadi surirumah, menjaga/mendidik anak2, memasak, serta boleh duduk serumah dengan madu (isteri pertama saya)

verdicts: bangun-pitam-bangun-pitam! (cakap je la nak cari maid! marah ni.. marah sangat~)

*calon D

usia: 30 tahun
kerjaya: pelajar
status perkahwinan: bujang
remarks: saya biasa-biasa saja

verdicts: ringkas nau remarks awak --"


*calon E/F/G

usia: 31-35
kerjaya: polis/pegawai anti dadah/badan uniform
status perkahwinan: kebanyakkannya duda
remarks: calon perlu fahami kerjaya yang tidak selalu ada di rumah sepanjang masa.

verdicts: mungkinkah sebab abang2 ni jarang spent masa di rumah, sebab tu abang2.. ermm.. no komen.



ye, saya ni memang memilih. hurm..