Nuffnang

Wednesday, March 17, 2010

bila dia bicara tentang poligami...

dia, suami orang.

perbincangan hati ke hati berkenaan poligami berlaku agak lama dulu. sebelum aku berjumpa asri, selepas aku berpisah mata dan jiwa dengan asri.

dia:
sebenarnya, atas dunia nih, lelaki diuji dengan tanggungjawab, manakala wanita pula diuji dengan kesetiaan.


aku:
(angguk, setuju)


dia:
isteri saya (mualaf, 7 tahun sejak dalami islam) penah bersuara, dia kasihan dengan hak2 wanita islam jika terpaksa bermadu nih.. saya terkejut bila dia ucap macam tuh. pandangan dia harus saya betulkan. Saya bagitau dia macam saya bagitau awak tadi… tentang ujian… katalah, seorang lelaki itu beristeri 2, atau 3, benar, awak akan rasa dia bahagia sebab beristeri 2, 3 orang.. itu bahagia atas dunia yang awak nampak pada dia.. tapi di akhirat esok? Bagaimana?


Aku:
(diam, lama..)


Dia:
(senyum) Senyap jer.. Baik saya tolong jawab. Kan tadi saya cakap lelaki diuji atas dunia dengan tanggungjawab, kan? Manakala isteri ialah setia. Bayangkan atas dunia, berapa banyak tanggungjawab yang lelaki kena pikul? Pertama2 sekali, tanggungjawab terhadap ibu dan ayah selagi mereka masih hidup, kedua, terhadap isteri, ketiga terhadap anak2. Jika dia seorang pemimpin masyarakat atau kepada rakyat, lagi besar tanggungjawabnya.

Bayangkan isteri pulak, diuji sama kesetiaan, redha, amanah dan wajib menjaga rumahtangga. Lepas itu, tiada apa yang perlu mereka risaukan lagi, betul? Mereka hanya pegang satu buku. Suami beristeri satu dan punya anak2? Lebih dari 3 buku… beristeri lebih dari satu lagi la kena pegang banyak buku. Silap haribulan lepas dihitung2, isteri dan anak2 dah lepas dahulu, suami masih lagi perlu beratur sebab buku2 yang banyak dipegang waktu atas dunia dulu.


Aku:
Saya baru tahu apa yang awak cakap nih (benar2 wujud 1 kesedaran itu). Tapi saya juga tahu, bahawa atas dunia ini, suami atau isteri hanya pinjaman Allah semata, tak usah nak berfikir banyak sangat. Dan saya lihat kalau dulu, isu poligami ini dipandang dengan pandangan negative semata. Tapi saya rasa untuk masa sekarang, wanita sudah tak berapa kisah, atas sebab pendedahan ilmu yang datang dari pelbagai sudut. Lagi pon, kebahagian bukan terletak pada apa number yang si isteri tuh pegang.... (aku tak caya aku boleh cakap cam nih, tapi terima kasih pada perkongsian ilmu bersama HM Tuah, pembacaan dimana mana, luahan rasa bersama jawapan di akhbar2, mingguan wanita, etc.. )


Dia:
haa.. betul. Saya setuju. So awak dah sedia tak? (senyum dan pandang tepat padaku)


Aku:
(buat2 tak dengar dan terus berlalu…………)




ini macam sambil menyelam minum air...

Boleh?


.

Friday, March 12, 2010

aku dan poligami......

Frankly, buat masa kini, dan insyaAllah masa akan datang, aku cukup terbuka dengan isu ini jika kalian meminta pandangan ku, dari sisi seorang wanita.

mungkin sejak kecil, aku sudah terbiasa dengan poligami.. aku dibesarkan dengan pengalaman pakcik pakcik (sebelah ibu) yang punya isteri lebih dari satu. Maksimum setakat ini, 3 orang isteri.

Aku kira antara ramai2 pakcik, yang paling berani, hanya seorang, iaitu pak lang, yang beristeri 3. Beliau memberitahu secara terang2 yang beliau mempunyai 3 isteri dengan masyarakat. Dan beliau adil. Adil seorang manusia. Kerana aku rasa ADIL yang sebenar hanya milik DIA.

Adil maksud aku disini ialah, setiap isteri disediakan seorang sebiji rumah atas sebidang tanah, sebuah kereta (semuanya atas nama isteri) dan duit belanja yang cukup untuk anak2 nya. Maksudku, anak2 dan isteri2nya tidak terabai dari segi nafkah.

Anak2 isteri tua semua sudah berumahtangga, kecuali bongsu, anak2 isteri kedua sudah ke Uni dan bekerja, cuma anak2 isteri ke 3 masih di sekolah rendah dan tadika. Penat? Aku rasa lebih dari itu. Lelah. Aku lihat pak lang ke sana ke mari mencari rezeki untuk membesarkan keluarganya yang ramai itu. Tapi janji tuhan itu adil, maka setiap anak2 tidak pernah berlapar, tidak pernah tidak ke sekolah, malah ada yang berjaya dalam bidang kerja masing2, hatta berniaga sendiri.

Dalam diam, aku kagum dengan pak lang. Boleh jadi, dia manusia pertama yang buat mata hati aku terbuka menerima apa saja tentang poligami dengan positif. Pakcik pakcik ku yang lain (2 orang lagi), sembunyi2 juga selama beristeri 2.. (yang akhirnya akan diketahui oleh isteri tua dan sanak saudara, paling kurang dalam tempoh 2 tahun)

Aku lihat semua isteri no 2 pakcik2 aku, ialah ibu tunggal punya anak. Semuanya. Dan jangan terkejut bila aku kata, kesemua isteri no 2 pakcik2 merupakan penjawat tinggi dalam sesebuah organinasi. Yang sekali pandang, tiada lelaki dalam hidup pun, tidak mengapa, kerana semuanya ada. Tiada apa yang kurang, sekali pandang.

Kecuali perlindungan.

Mungkin tak ramai yang sedar, macam mana hebat mereka di mata masyarakat, mereka perlukan seorang lelaki bernama suami. Bukan untuk apa2, Cuma mungkin tidak mahu masyarakat memandang serong dengan status sebagai ibu tunggal. Dan seperti sedia maklum, gelaran ibu tunggal amat pahit untuk diterima stigma dlm sosial.

Depan mata aku, sewaktu salah seorang pakcik mengenalkan isteri keduanya kepada aku dan ibu, wanita itu sendiri berkata, tiada apa yang diperlukan dari pakcikku, tidak memberi wang belanja pun tidak mengapa, tidak balik tidur di rumah pun tidak mengapa, asalkan ada suami sebagai tempat berlindung dari sebarang ancaman atau gangguan. Bukan mempergunakan suami, tapi.. hanya ibu tunggal saja yang dapat selam perasaan sesame mereka.

Satu kejutan, aku bersetuju dengan kenyataan makcik no2 aku ini.

Bagaimana hebat seorang wanita, dia tetap perlukan lelaki yang bernama suami di sisi. Biarpun hanya memegang gelaran yang kedua.

Next entry… “Semalam, seorang lelaki, berbicara denganku tentang poligami, secara heart to heart.”


hmmm....


.

Monday, March 8, 2010

demam

yang pasti aku demam sebab cuaca panas.

takde sebab lain.



.

Wednesday, March 3, 2010

kau yang tak mahu..

sudah 5 hari sejak pertemuan berpisah rasa antara aku dan kamu. semalam sebagai masih hormati kamu sebagai seorang kawan, aku menitipkan nota kecil "saya tetap kawan kamu, sampai bila bila.."

tapi hingga kini kamu diam.

hmm....
tak mengapa kalau kamu tak mahu..
tak mengapa kalau kamu tak lalu...

bohong kalau aku tak sedih
sebab dari dulu hingga kini hanya

aku
aku
aku

dimana kamu?


Sorrow Looks Back,
Worry Looks Around,
Faith Looks Up.

it is somehow, true indeed :)


.

Monday, March 1, 2010

12 tahun. kau merubah segalanya

sabtu.

sudah selamat semuanya. surat2 berusia 12 tahun itu telah selamat dipulangkan. apa yang patut aku ucapkan, sudah aku ucapkan. terpulang kamu.


dulu aku tak faham, tapi selalu aku dengar orang berkata: lega terlepas beban berat itu umpama berat batu dibahu yg dilepaskan terus. sungguh, aku tak tipu, itu yang aku alami, malam ahad, waktu aku mengadap tv. beban itu terasa mengalir turun dari bahuku. seriau juga, tapi mungkin apa yang aku selalu berat2kan, sudah terlepas bebas.

kau tak boleh nak lepaskan aku terus. kau cakap
"saya tangguh dulu apa yang awak cakap nih, later2 saya akan call"

pelik, apa yg di-pending-kan, apa yang mahu di-put on hold-kan?
apa yang awak tak faham yer?
"saya bukan siapa2 pada awak, kalau yer awak enggan lepaskan saya pon..."

awak sendiri yang cakap, "kita takde apa2 hubungan lain setakat ini"
maka, bila saya ambil keputusan ini, saya mahukan sebuah perpisahan.

perpisahan.
yer.. aku bersedia. hmm, agak bersedia sebenarnya.
bukan total. tidak. benda nih akan ambil masa.

tapi aku tahu, demi masa, aku akan lupakan apa yang patut aku lupakan.

aku kini berpisah dengan perasaan yang mahukan kau.
aku kini berpisah dengan kenangan bersama kau.
aku kini berpisah dengan impian 12 tahun aku bersama kau.
aku kini berpisah dengan segala harapan serta doa untuk kau.


perit.
tapi terpaksa.
bukan mahu aku.
kalau aku teruskan,
kau akan lupa,
aku juga manusia biasa.


.