sabtu.
sudah selamat semuanya. surat2 berusia 12 tahun itu telah selamat dipulangkan. apa yang patut aku ucapkan, sudah aku ucapkan. terpulang kamu.
dulu aku tak faham, tapi selalu aku dengar orang berkata: lega terlepas beban berat itu umpama berat batu dibahu yg dilepaskan terus. sungguh, aku tak tipu, itu yang aku alami, malam ahad, waktu aku mengadap tv. beban itu terasa mengalir turun dari bahuku. seriau juga, tapi mungkin apa yang aku selalu berat2kan, sudah terlepas bebas.
kau tak boleh nak lepaskan aku terus. kau cakap
"saya tangguh dulu apa yang awak cakap nih, later2 saya akan call"
pelik, apa yg di-pending-kan, apa yang mahu di-put on hold-kan?
apa yang awak tak faham yer?
"saya bukan siapa2 pada awak, kalau yer awak enggan lepaskan saya pon..."
awak sendiri yang cakap, "kita takde apa2 hubungan lain setakat ini"
maka, bila saya ambil keputusan ini, saya mahukan sebuah perpisahan.
perpisahan.
yer.. aku bersedia. hmm, agak bersedia sebenarnya.
bukan total. tidak. benda nih akan ambil masa.
tapi aku tahu, demi masa, aku akan lupakan apa yang patut aku lupakan.
aku kini berpisah dengan perasaan yang mahukan kau.
aku kini berpisah dengan kenangan bersama kau.
aku kini berpisah dengan impian 12 tahun aku bersama kau.
aku kini berpisah dengan segala harapan serta doa untuk kau.
perit.
tapi terpaksa.
bukan mahu aku.
kalau aku teruskan,
kau akan lupa,
aku juga manusia biasa.
.
8 comments:
huhu.. selamat berpisah
akak.. be tough dear ..
semoga kekuatan terus mengalir dlm dirimu..
cik alis..
SAYA pernah rasa apa yg awak rasa itu.. saat baca entrie ni hati SAYA tersebak.. dan terasa berat utk berkongsi perasaan itu dgn sesiapa..kecuali dgn yg benar2 mengerti..
awak seorang yg kuat dan berani membuat keputusan demi masa depan awak sendiri.. TAHNIAH.. walaupun pd pandangan SAYA awak masih berpeluang meraih cinta itu, tp buat apa nk tunggu sesuatu yg tak pasti..right..?
SAYA sendiri, akhirnya melepaskan KAMU setelah KAMU sah menjadi suami DIA.. sebelum tu, walaupun lebih 5 tahun..walaupun KAMU dh bertunang..tp jujurnya, SAYA masih mengharap CINTA itu kembali..bodoh nya SAYA..!!
SAYA selalu ingin menjadi seperti awak..berani membuat keputusan sendiri..walaupun sangat sakit..walaupun org nk kata kita selfish or what so ever.. yang paling mengerti apa yg sedang kita lalui hanya lah kita sendiri..
cik alis..
SAYA selalu berharap dan berdoa akhirnya nanti cik alis akan berjaya memilki cinta FAHRI yg didamba 12 tahun itu..SAYA sangat2 berharap.. tapi ini keputusan awak sendiri, tak ada yg dapat menafi..
mungkin cinta fahri yg dituliskan utk awak lebih suci lagi dari 12 tahun yg penuh dgn penantian tak pasti ini..insyaAllah..
tetap terus tabah dan kuatkan hati yer.. SAYA di sini akan selalu menyokong dan mendoakan yg terbaik utk cik alis.. :)
jard: rasa nak tergelak la plak bila kena wish selamat berpisah.. 1st time nih :P
melatidaisy: makaseh. sebenarnya keputusan dah lama nak dibuat, tunggu masa yg sesuai jer. 12thn. hmm..
ain: dear cik ain, terima kasih atas doa, sokongan dan harapan cik ain. hmmm.. mmg bukan mudah nak buat sesuatu yang jiwa kita tak mahu. benar, siapa yang penah merasa jer akan tahu perit atau tidak situasi begini berlaku... thanks cik ain :)
Alis,
Tahun lepas saya diuji dengan 'kehilangan' dan 'melepaskan' sebuah perhubungan yang hampir sampai ke destinasi.
Saya faham apa kamu rasa, walau keadaan kita tak sama tetapi tetap melibatkan soal rasa dan HATI.
12 tahun bukannya mudah untuk dilepaskan. Tak mengapa...biar perit tika ini....ambil masa. Lepas itu kamu tentu akan jadi kuat setelah berjumpa hikmah 'melepaskan'.
=)
iris: kamu lagii tabah rupanya.. kalau sudah hampir sampai ke destinasi. kalau saya.... aduh.. kuciwa sungguh! saya harap saya temui fahri saya, kalau bukan sekarang, tak mengapa, banyak masa lagi, asalkan dia, sudah saya lepaskan :)
alis kamu seorang yang kuat..sekurang-kurangnya asri tidak menghina kamu seperti akak...lebih baik berpisah dari perit yg sgt..terseksa alis..
kak lieza: uishh.. alhamdulillah hina menghina bukan mainan asri. alhamdulillah for that. maknanya akak lagi kuat dari alis, hmm.. semoga terus tabah yer kakak..
Post a Comment