Nuffnang

Tuesday, October 27, 2009

surat surat ini sudah berusia 12 tahun...








----------------------------------------------------------

12 tahun...
terlalu banyak rupanya kenangan.
walau hanya melalui surat surat ini..

dari kertas buku rampaian yang mula bertukar warna kuning;
kertas kajang bertaip kemas;
kertas bunga bunga bertulisan tangan;
sampul surat berkartun;
sekeping kad ucapan tahniah...
pen berdakwat yang berwarna warni..
biru, hitam, pink, hijau, hingga ke oren..
bermula nota nota kecil berlipat lapan tahun 1997..
dan kad kad raya bercop pos malaysia 1999...
dan akhirnya dua helai surat terakhir pada Y2K...

aku memang sedia maklum...
selama ini asri menyimpan semua surat2 ini,
semuanya, dengan kemas.

surat2 ini baru seminggu bersama aku.
membaca semua surat ini semula...
membuka laluan kepada kenangan aku 12 tahun lalu..
Membaca semula surat surat ini…
Menjadi bukti betapa berkali kali aku berkorban perasaan aku…
Semata mata tidak mahu orang lain berasa sedih dan tidak dihargai..

Pertama kali;
Aku berkorban rasa kerana Ain.
Kedua kali,
Aku berkorban rasa kerana Tasya.
Kali ketiga,
Aku berkorban rasa kerana perasaan tidak pasti dia terhadapku.

Pertama kali dan kedua kali;
Aku masih boleh bertahan...
dan setia menunggu masa yang sesuai..
masih menaruh harapan agar doaku dipenuhiNYA...

Namun untuk asbab yang ketiga;
Aku kalah.

”setakat ini saya anggap awak kawan saya, tidak lebih dari itu”

Cukuplah.

Aku dah mula rasa kasihan pada diri sendiri.
Menunggu sesuatu yang tidak pasti sebenarnya adalah sangat penat.
apatah lagi menunggu untuk jangkamasa selama ini.

.....dua belas tahun.

Aku letih. Aku keliru.
Kecewa? Sebenarnya lebih dari itu.
Terasa macam nak gila.

Bayangkan; 12 tahun menunggu...
Mengharapkan yang terbaik hasil dari menunggu itu,
Bila dia dah betul betul berada depan mata,
Kau bukan sahaja ”kawan biasa” dia;
Malah kau tiada harga pada pandangan mata dia.

Cukupla. Aku kena berhijrah. Sejauh mungkin.
Kerana disini, sungguh, tiada apa yang tinggal untuk aku.
membawa diri? mungkin ya. sebab dia? tidak 100%.

sebab kerjaya baru menuntut aku untuk berhijrah.

aku menulis ini bukan atas dasar mahu simpati teman teman..
aku cuma mahu berkongsi kesedihan, keperitan, kekecewaan.

mujur aku masih ada Tuhan.
mujur aku tak lupa ibu ayah.

.....



apa?








mencari Fahri?

oh... itu masih lagi. untuk ini aku tidak pernah mahu mengalah...
malah dalam penghijrahan yang bakal berlaku tak lama lagi ini;
aku benar benar harap aku berjumpa dengan FAHRI.. Amin!

doakan ya kawan kawan.. :)






(ini pertama kali n3 ku ber-attach gambar, kan? untuk pengetahuan, aku kena pulangkan surat surat ini kepada Asri, sebab katanya, surat2 yang aku beri ini, semua milik dia, kalau mahu, ambil saja surat2 dari dia untuk aku. sekali lagi aku sebak, dia boleh sayang giler kat surat surat aku, tapi aku............?? haih.. pelik sebab dengan surat aku boleh 'kalah'..)



.


.

17 comments:

Jard The Great said...

tersentuh dgn entri neh... 12 tahun? mak ai! lamanya! huhu

||alis|| said...

jard...

betul. 12 tahun.

moralnya: kalau sayangkan hubungan, jangan tunggu tunggu, terus jer kawen, ahahaha!

itafukada said...

waa..lamanyer..

sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan..dan ianya terbukti sbb penantianmu itu mmg menyeksakan mu jua.hukhuk..

bersabaralah syg,bukan rezki die utk dptkan mu.huhu..

Ms.Lilies said...

aku tau hati ko kuat

||alis|| said...

ita: aku rasa aku yang tak layak untuk dia.....

kakmimi: thanks kakak. kakak selalu ada by my side bila me rasa down, thanks.. :)

sI tEDI said...

aku x de surat cinta.. surat kawan2 banyaklah..

dulu surat sebagai penghubung..

semoga kamu tabah dan kuat..
semoga kamu temui fahri yang lebih menghargai dan menyayangi kamu.. :)

insyaAllah..

khaiza said...

tabah betul alis tunggu dia selama 12 thn tp last sekali dia cuma anggap kwn biasa je..Sgt menyakitkan hati kan..Mungkin tuhan dah sedia seseorang yang lebih baik dr asri..semoga tabah alis..

CAHAYA MATA said...

emmm..emmm..
teringat plak kat surat2 dari KAMU dulu..begitu jugak la lebih kurang rupanya..pen colour2..kertas kajang (letterhead sekolah)..sampul ada gambar bunga2..setiap surat mesti ditutup dgn serangkap pantun..

hehehe..lucu. sngt indah bila dikenang.senyum.tp hati rasa pedih..

SAYA dah selamat bakar semua surat2 KAMU dan gambar2 KAMU sejak KAMU sah menjadi suami DIA..bagi SAYA di situ lah tamat semua penantian dan harapan..

pujuk lah Asri utk bakar surat2 tu..begitu juga awak, bakarlah surat2 kiriman Asri..dgn itu nanti awak dan asri boleh moving foward..

memang sayang nk buang kenangan tu..SAYA dulu sampai berjurai-jurai airmata saat nak membakar semua tu, tp SAYA paksa diri lakukan juga kerana SAYA tahu, lagi lama SAYA simpan semua tu, lagi selalu SAYA ulang baca dan lagi bnyk airmata yg akan SAYA titiskan utk dia..

sedangkan semua itu utk apa...??

cik alis..semoga terus tabah..dan tidak berputus asa dgn cinta..insyaAllah semuanya baik2 sahaja..

12 tahun itu sudah cukup mengajar kita banyak perkara..kan..?? cukuplah tu.. tetaplah terus berusaha..chaiyok..chaiyokk..!!

p/s : sorry comment panjang sangat.. :)

||alis|| said...
This comment has been removed by the author.
||alis|| said...

ain: saya belum kuat nak berjumpa dengan asri buat masa nih. lagi pon untuk memujuk asri bukan perkara mudah buat masa nih, lebih2 lagi masing2 tgh 'keras' macam nih..

ego lelakinya payah nak diturunkan. ikut alis, dapat jer surat2 tuh, baca sepintas lalu, terus jer nak bakar. tapi bila dah seminggu, rasa sayang plak kat surat2 tuh...

surat2 tuh bagaikan "little alis" 12 tahun lalu, yang jika dibakar, alis rasa cam hilang 'alis yang 12 tahun lalu', yg alis tak mungkin jumpa lagi.....

plus surat2 alis dijaga dengan baik oleh asri. bila bakar tanpa pengetahuan dia, macam tak amanah pulak nnt...

buat masa nih, masing2 bujang lagi. so alis tak berani nak buat cam tuh, jika benar antara kami punya jodoh lain, itu lain cerita.

tapi kalau tertulis asri nih 'fahri' alis... sapa nak jawab masa tuh, kan? huhuhuhu...

pada alis, kalau nak bakar, biarlah antara kami yang berkahwin dulu, masa tuh baru boleh bincang ikut budi bicara.

perghhh, tak sangka hanya surat surat ini bisa buat alis pening kepala!

(^~^) alis pon balas panjang jugak!

||alis|| said...

tedi: tq adik atas doamu, itulah yang aku mahu dari kamu dan kamu kamu disini :)

sis_khai: saya mmg berdoa moga hari2 yg mendatang saya lagi kuat dari skrg, tq kakak :)

ViLdA FiDa said...

wowowooo...lame tul.Kalu sy sudaa lama tutup buku dan campak dlm dasar laut..PUEH HATI!!!
huhuuu..ni kire bagus la simpan lagik,sy siap bakar lg time tu..hebat x???
Sabau je la kak,banyak lagi menda penting yg lebih mbahagiakan kita.Mula2 mmg sakit tp BANGKIT DARI KESAKITAN!!!!!!

et said...

huu..terase sie2 plak tgg smpi 12 taun..

xpe kak..fahri akak tu ade tu..lom muncul lg..sabar ek kak..same2 doa yg terbaek~ ^^

aYu said...

emm...sabar kak..Allah uji hamba kesayanganNya...

NAJIAHTUL SYAFIQAH ISMAIL said...

hi!kadang2 kiter perlu korbankan prasaan sendiri demi kebahagiaan semua yg b'ada disekeliling kita..mungkin Allah ada sbbnya kenapa dia bg ujian sebegini dkt kiter...Allah knows the best for us...anggap jelah yg ini bukan yg t'baik utk kita..ada yg lg baik Allah nk tunjukkan...Insyallah!!!
btw..u hv such a nice blog..and i'll following u without regret..don't hesitate to visit mine and great pleasure if u link back to me...

||alis|| said...

najiahtul: thanks dear... i'll link you, asap :)

CNK said...

sangat lama... dan lama juga saya membaca dan flash back cerita sebenar ;) so how are you now after 2 years? moga bertemu fahri idaman hati. dan kekal abadi ke ahernya.. aminn