Nuffnang

Sunday, July 27, 2014

Wednesday, July 23, 2014

..tapi bukan aku..

dia kata dia lebih suka anak yatim,

sebab anak yatim senang dibawa kemana saja kaki dia melangkah.

orangnya baik. sangat baik. agamanya pon. tersangat.

tapi itulah;

katanya dia lebih suka anak yatim,

sebab anak yatim senang dibawa kemana saja kaki dia melangkah.

sedihnya saya.

mungkin dia tak perasan, atau tak tahu,
ramai je wanita yg bergelar isteri, lepas kawen, memang ikut ke mana saja suaminya melangkah.

luar negeri;
dalam negeri.
malah sampai ke rumah mertua.

taat kan wanita bergelar isteri yang faham dia seorang isteri?
dia memang akan memang ikut ke mana saja suaminya melangkah.

saya harap saya boleh ubah tentang itu;

 tentang dia lebih suka anak yatim,
sebab anak yatim senang dibawa kemana saja kaki dia melangkah.


:'(

Monday, July 7, 2014

apa punya magnet ni daaaa...

petang hujan lebat. pada suatu hari.

terbalik nampaknya susunan ayat saya. heh.

ok sambung. makji call dari kejauhan. tak jauh mana. naik kereta drive sejam dh sampai kalau tak jem. aaa.. stright to the point. ada lamaran ni, mahu tak? ujar makji ku, macam tanya kita melalui phone call "ibu jumpa tempe goreng kicap cili ni, mahu tak?" kekeke. yg tu apa2 jadik pon saya mauuuu..

ok, chat serba sket. org tu bla2.. penah putus tunang bla.. dok melaka je.. bla2.. usia tak jauh beza bla2.. part yg last tu gua kenot blah. "dia satu tempat keje ngan S dulu (...if korang taktau, S tu ex tunang 3 bulan gua)

dalam hujan lebat. aku renung jalan tar yg basah. manusia yg lari2 smbil pegang payung.. dan seorang brother hensem-nampak alim-pehpehpeh-dalam mimpi kau jela, melintas.

kosong.

Wednesday, July 2, 2014

memang bukan masalah aku saja.

dia juga.

dont ask me "what next?", ask me "what now?"

suka kat akak mat salleh ni punya entry.

memang kami-kami ni rasa bersalah. sebab life kami belum sempurna macam adik-beradik, kawan-kawan, sepupu-sepupu, yang sedang bahagia membina keluarga.

cuba kurangkan dengan usah bertanya, "bila lagi?" ok? :) kurang sket rasa bersalah kami niha.. eheh.

disclaimer: pembaca-pembaca blog saya ni tak pernah tanya saya bila nak kawen. sebab saya tau, semua menjaga hati. semua bantu mendoakan. terima kasih. anggap saja belum smpai masa. hidup ni mudah. tuhan belum bagi bukan maksud Dia tak sayang. kadang duduk manis sorang2 pon lebih bahagia :)

Tuesday, July 1, 2014

beza 12jam dan 7jam.

12 jam. boleh agak tepat2. sini 9pagi. sana 9 malam. boleh lagi borak. boleh lagi kita bangunkan subuh dia waktu kita dh nak habis kerja dan dia boleh tanya kita makan apa malam tu waktu dia tengah siap nak pergi kerja.

7jam? tak boleh nak agak langsung! titik. pfftfttt..!

dengan ini saya tabik spring pada siapa yang LDR lama2. rekod cemerlang pernah aku kenal dan alhamdulillah mereka selamat nikah ialah lepas 10thn LDR.. dan isteri berkorban pindah ke kg suami, nun beza 14jam dari malaysia. ken yu imajin dat?

sbb tu saya cakap, saya tabik ke deme2 ni.