Nuffnang

Tuesday, January 28, 2014

tanpa tajuk

 
siapa yang tak penah jot down ciri-ciri idaman hati, angkat tangan sikittttt.
 
*diam*
 
yang terpaling aku ingat, aku impikan cina mualaf sebagai pasangan hidup. pernah berada dalam kelompok mualaf, tapi tak lama, kejap sangat sampai tak sempat nak mintak siapa2 kenalkan. heh.
 
yang kedua dalam list, bukan segala kaki. kaki bangku aku tak kisah. kaki lain, aku tak mahu.
 
*hela nafas panjang*
 
bila jumpa yang terdahulu, ramai je yang bukan termasuk dalam list. sebab apa? sebab aku rasa aku boleh masuk dalam dunia mereka, kot.
 
SILAP BESAR.
 
sebab pada aku, manusia yang bersungguh-sungguh nak menangkan hati semua orang, berusaha keras nak menjaga dan membelai hati-hati manusia dengan penuh hati-hati, ialah manusia yang terpaling sunyi.
 
percaya?
tidak?
 
terpulang.
 
i used to be that "manusia". or maybe sampai sekarang, untuk certain2 keadaan. menjaga hati. demi sebuah hati. kita pun tak boleh nak petik nama2 yg kita jaga hatinya, boleh atau mampu nak menjaga hati kita kembali.
 
 
ya?
bukan?
 
terpulang.
 
 
 
3-3 situasi aku dah penah alami
i) solo
ii) berkumpulan
iii) solo yang melihat idaman hati sedang bahagia berkumpulan, haha!


Monday, January 27, 2014

hint dan flu

 :)
 
 
flu pulak dia.
 
 
 
"sekarang dah mula seram sejuk gile.."
 
 
"makan ah apa2, lepas tuh makan ubat" ngomel. biasa ah. pompuan.
 
 
"pos sup panas sikit.." lepas tuh bersin. merah hidung. Nampak dari skrin.
 
 
"nak sepeok pon boleh nanti, bawak bertabah.."
 
 
 
krikk..krikk..krikk...
 
 
 
 
"awak kena belah dua bawang besar, untuk flu tuh.. ayah selalu buat"
 
 
"too late dah.."
 
 
 
 
 
"better late than never" sinis.
 
 
 
 
 
"amboih, main kasaq nampakkkk..."
 
 
 
 
 
.

Friday, January 24, 2014

re-union (dan lain2 isu berbangkit)

(akan) berlaku pada 1 may, 2014.

kenapa 1 may, khamis? sebab semua yang bekerja cuti. baik sang suami, sang isteri, atau erm.. si bujang.

pagi-pagi lagi aku dah dijemput, melalui mukabuku.

tengok je event re-union, semangat pagi aku yg berkobar-kobar, terus jadik lemah, ok ezegeret sangat, tapi betul apa!

masuk laa kejap page event, untuk tengok apa yang sedang diperkatakan dek alumni sekalian yg ada.

ada yang cerita sejarah silam mereka makan ikan jaket, daging tayar, sayur petola tua masak air..

ada plak yang cakap nak masukkan menu "burger segamat (sapa blaja segamat tak kenal beger segamat mmg penipu besor! lel~)"

ada yang cerita pasal makan di café yg diberikan nama khas seperti benteng (utk café di kolej lama) dan di uptown (utk café di kolej baru)

aku bukan anti reunion event atau gathering sebegini tau, but those yang pakai kasut yg sama, sarung topi serupa, korang akan rasa apa yang aku rasa, kan?

nak-nak tahun ni, lagi laaa aku terasa betapa kawan2 yang dulu dok berhuha huha sama2 dengan kita sewaktu remaja atau bergelar pelajar, mula tepek gambar anak2 masuk kindy, seusia 3 tahun, 4 tahun..

dem, memang terus rasa diri ni tua! perasaan dia macam..."kalau aku dah ada anak, anak aku dah masuk sekolah dah pagi ni..." gitu.

bukan cemburu, NO. itu bukan perkataan tepat. malah langsung tidak tepat.

perkataan (perkataan) yang betul ialah... kawan2 dah jalani kehidupan berkeluarga, aku, bila lagi agaknya yer? bila akan mula hantar anak sekolah yer... haaa.. macam tuh lah.

memanglah, bila dah ada anak, sedikit sebanyak aku lihat (atau kebanyakan) kawan2, life diorang dah tak sama macam baru kawen, atau masa anak2 kecil lagi. alah, benda berubah kan, follow the flow sajalah. memang ada ups and downs, tapi aku melihat keadaan aku jugak. bagaimana kelak?

aku masih tak seorang yang bujang, masih ada lagi kawan2 rapat aku yang bujang. kawan2 aku yg dah kawen pon, cakap masih ada kawan2 atau kakak2 diorang yang belum kawen, belum ada family (takde plak disebut abang2 mereka yang bujang yer, haha!)

yang ada sekarang ni pon, bukan satu jaminan untuk betul2 kami akan jalani kehidupan berkeluarga. oh tidak, selagi dia tak lafaz ijab & qabul depan ayahku/imam masjid, selagi itulah aku belum rasa apa patut aku rasa.


alaaa... at least ko dah ada la jugak jumpa someone..

alaaa... at least ko dah pernah rasa bertunang tuh macam mana..


kawan, I feel you, tapi kan, tuhan tu Maha Tahu kenapa Dia tak bagi kau sarung kasut aku.


sebab kalau Dia bagi ko sarung, aku sendiri takut kau terduduk tak boleh nak bangun.


.


Wednesday, January 22, 2014

entry sesat

 
 
baru sangat belajar menanam.
 
kok tomat ceri tuh pon dah arwah. sbb patah dahan ditiup angin.
 
 
 
:(



Thursday, January 16, 2014

merah

 
 
selalunya bila habis borak, dia bagi bunga merah tuh *saya bukan peminat bunga merah tuh
 
 
"bila nak bagi yg betul plak, bosan ah asek dapat kaku mcm ni" mengacah.
 
 
 
"bila you nak?"
 
 
 
 
"birthday saya esok, May."
 
 
 
 
"ok. on this May then..."
 
 
 
 
krikkk...krikk...
 
 
 
 
dia ni memang laa manusia yang tak banyak cakap ~.~
 
 
 
 
.
 
 
 
 

Friday, January 10, 2014

nikah cepat; cerai cepat. urgh. menakutkan sekali!

sampai berkarat cinta kalian..
 
ramainya orang mengikat cinta...
 
 
 
 
 
sewaktu kursus pra perkahwinan kelmarin, haruslah banyak kisah dibentangkan kepada kami, bakal2 pengantin nih.
 
ada beberapa kisah yang menarik perhatianku. tapi yang paling aku tak boleh lupa, kisah dibawah ni.
 
diceritakan oleh mantan pengarah jaim..
 
 
"sekarang ni kes penceraian macam dibuat main-main saja oleh pasangan muda.. yang terbaru, jumaat lepas saya terima satu call, ada pasangan ni mahu bercerai.. awak tahu bila diorang ni menikah? 27 December lepas, bercerai 2 Januari baru ni.. baru 1 minggu menikah, orang cakap masih lagi dalam tempoh bulan madu, dia nak bercerai pulak, saya tak tahu apa masalahnya.. isnin ni (6 januari) baru saya handle kaunseling.."
 
 
terkejutlah jugak. lebih kurang sama dengan kisah yang disampaikan oleh imam yg menikahkan adik lelaki ku  23 November lepas..
 
 
 
"kelmarin saya didatangi seorang pemuda, dia bersalaman dengan saya sambil bertanya "imam kenal saya lagi tak?" saya jawab "maaflah, saya selalu jumpa muka-muka baru, jadi saya tak berapa cam awak.." pemuda tuh tersenyum sambil menyatakan yang dia merupakan pengapit kepada pengantin lelaki yang  saya nikahkan minggu lepas... maka saya pun menyatakan.."oh yeke, baguslah, apa khabar pengantin? kalau jumpa sampaikan salam saya pada mereka.." pemuda tersebut terus berubah nada.. perlahan saja dia berbisik pada saya... "imam, kawan saya tuh dah bercerai.. lepas 4hari nikah..." Allah, tepuk dahi saya...!"
 
kemudian imam menyambung..."kita kalau boleh, jangan terlalu  mudah melafazkan talak, kalau boleh selesai cara baik, selesaikan cara baik, penat mak ayah, penat saudara mara belum hilang lagi masa kenduri.. awak dah bercerai berai..."
 
 
 
untuk sejarah family aku pula, ada sorang sepupu lelaki aku bercerai lepas 3 bulan bernikah. dengar khabarnya lepas seminggu berantakan, cuma tunggu saja 3 bulan untuk legakan hati semua pihak. tak tahulah salah siapa. yang pasti sepupu aku sudah bernikah baru dan bahagia dengan kehidupan berumahtangga dia kali ini. harap-harap sampai hujung nyawa. kata orang bekas isteri dan isterinya kini wajah seiras. bila tengok gambar pon, memang sama.
 
 
 
 
.


Wednesday, January 8, 2014

istimewa



3 bulan lalu...

pisang nipah tanaman ayah masih hijau. dan dia ternampak sewaktu kami berbual dalam skype..

"eh, ada pisang tepi tingkap?" soal dia yang mungkin jarang nampak pokok pisang dengan pisang2 nya sekali, barangkali.

"yer.. lepas 2-3bulan, masaklah tuh.."

2minggu lepas, 1 tandan pisang nipah tu selamat direbahkan ayah. seminggu kendurikan pisang, selain sedekah. makan2 tetap tak habis.

sekarang, bila pandang melalui tingkap.. pisang nipah dah takde.

tapi kenangan tu tetap wujud.

*debar tunggu minggu depan. jadikah dia nak datang? :/

Friday, January 3, 2014

tersedak terus

malam tadi, p knuri rumah makcik. alaaa, beberapa langkah je.. tak smpai 30 tapak kalau lalu dari dapur, heh.


umum ramai yang tahu, aku ni jenis suka bergurau, menurun dari perangai makji. jenis gurau makanan harian. tapi gurau yg ada had la.

dah makan2.. borak2, balik laa kan.. nak tunggu apa, nk ngemas pon dia guna catering. bila nk salam tuan rumah, time aku terkena plak que sket, sbb dh 9.30mlm. esok nak skola keje.

sebelum aku, ada sorang akak ni, dia salam, sambil berbasi2... "kak, balik dlu yer, orang rumah dah panggil balik niha..."

makcik senyum and angguk2.

sampai turn aku plak.. apa ayat basi2 aku eh...

.

.

.

.

.

.

"er.. makcik, kiter pon nk balik dlu eh, orang rumah kiter dh panggil balik jugak.. hihihii.."



sumpah, anak jiran yg sedang elok duduk belakang makcik aku, tersedak terus air teh o suam yg dia tengah minum!



well, takyah ah tersedak dik.. amin kan je. ahahahaha~


.