Nuffnang

Tuesday, January 28, 2014

tanpa tajuk

 
siapa yang tak penah jot down ciri-ciri idaman hati, angkat tangan sikittttt.
 
*diam*
 
yang terpaling aku ingat, aku impikan cina mualaf sebagai pasangan hidup. pernah berada dalam kelompok mualaf, tapi tak lama, kejap sangat sampai tak sempat nak mintak siapa2 kenalkan. heh.
 
yang kedua dalam list, bukan segala kaki. kaki bangku aku tak kisah. kaki lain, aku tak mahu.
 
*hela nafas panjang*
 
bila jumpa yang terdahulu, ramai je yang bukan termasuk dalam list. sebab apa? sebab aku rasa aku boleh masuk dalam dunia mereka, kot.
 
SILAP BESAR.
 
sebab pada aku, manusia yang bersungguh-sungguh nak menangkan hati semua orang, berusaha keras nak menjaga dan membelai hati-hati manusia dengan penuh hati-hati, ialah manusia yang terpaling sunyi.
 
percaya?
tidak?
 
terpulang.
 
i used to be that "manusia". or maybe sampai sekarang, untuk certain2 keadaan. menjaga hati. demi sebuah hati. kita pun tak boleh nak petik nama2 yg kita jaga hatinya, boleh atau mampu nak menjaga hati kita kembali.
 
 
ya?
bukan?
 
terpulang.
 
 
 
3-3 situasi aku dah penah alami
i) solo
ii) berkumpulan
iii) solo yang melihat idaman hati sedang bahagia berkumpulan, haha!


10 comments:

Umm AA said...

sebenarnya yg tak boleh yg specify sgt ciri2 tuh alis, nanti makin limited..yg general shj oklah..adik akak 2 dlm 30s lah..sgtlah terpengaruh ngan my right..memilih ikut ciri2 idaman..sampai skrang masih lg solo...
tips yg inshaallah sgt bagus tuk Allah makbulkan adlh buat solat hajat setiap awal pagi (kul4-5,sblm subuh)..istighfar byk2 dlm menunggunya subuhmasuk..inshaallah diperkenankan..Akakpun kawen dah msk umur 30...:)

t.a.t.a said...

Hmm.. nak kata memilih ciri² sangat tak la jugak kan. Cuma nak yang bertanggungjawab dalam erti kata sebenar, cukup la.

||alis|| said...

ummu aidan dan arissa

kan kak.. dulu memang berjela (haha) sy punya list. tapi bila makin berusia, rasanya yang basic2 saja dah la kan..

baik agamanya.. bagus akhlaknya.. gitu.

||alis|| said...

cikta

beli ikan pon pilih weh, ok tuh kata2 aku dan kawan2 bujang lain.

tapi betul kan?

takkan main terkam jer?

aku dah penah sekali main terima saja dia tanpa kenal dia betul2, smpai bertunang, last2, putus tunang guna sms je.

mampu?

haihh...

mujurlah time bertunang dia buat gitu, kalau dah kawen esok? tak suka hari ni, esok anta sms "abang ceraikan awak talak 1"


ok, fine. seram nak mati bila fikir balik. seram giler!

t.a.t.a said...

alis, nak tahu sket apa ayat masa dia mencerai-tunang tu?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

semua orang ada lelaki idaman.. paling tidak pun angan-angan.. nak begitu begini.. itu normal... mungkin tidak dizahirkan dalam bentuk perkataan tapi jauh di sudut hati.. mesti ada ciri2 tersebut..

cuma bezanya adalah pilihan.. semasa usia masih muda remaja.. masih hot hahahha.. mungkin pilihan itu banyak dan kita boleh letak macam2 kriteria yang kita.. tapi bila umur semakin bertambah adakalanya pilihan yang kita letak dulu2 tuh dah tak relevan.. sedangkan teknologi pun sentiasa berubah.. apatah lagi sikap manusia.. berubah juga ikut zaman dan tahun..

Apa juga semoga dipertemukan dengan yang terbaik.. cukuplah pilihan dan ciri itu berlandaskan agama.. sempurna sifatnya.. ada budi bahasa.. yang mana extra itu.. terimalah sebagai bonus ;)

||alis|| said...

kisah dlu2 aku tu panjang sgt la cikta. nk cerita balik pon aku kena klebet n3 lama dlm ni.. bru aku bleh igt smula.. haha!

||alis|| said...

cudnt agree more kak iina..

bila usia makin meningkat.. bnda2 yg kita dok mintak2 tu.. x kemana pon akhirnya. i mean yg melalut2 tu la kan. heh.

if kita yg skrg jumpa balik kita yg 10thn lalu.. apa kita nk bagitau kan? *thinking*

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

||alis||

what wud you ask?? hahaha..

Akak pernah gak berangan.. kalau akak leh patah balik form 1.. mesti akak dah ngorat pakwe(hby) akak sekarang... paling idak pun maybe akak sound jek.. 'mehlah kita couple.. sebab sok2.. kita kawin gak' hahahaha... oh ya hby akak tuh senior akak zaman sekolah.. akak form 1 dia form 6.. dann punyalah banyak peminat.. tapi dia dedulu ada mcm nk tackle akak.. but akak buat dek ahaks..

||alis|| said...

kak iina klu sy jumpa balik sy yg 10thn lalu.. sy akan soh "dia" belajar betul2, jangan asek nak main2 je, heh.

in term of relationship, mudah abc, sy mintak "dia" lupakan asri terus. heh again.