Nuffnang

Wednesday, December 25, 2013

kalau kita belum rasa nak kahwin.. tak boleh ke ambil kursus pra perkahwinan dulu?

saya gigihkan la diri untuk mendaftar. bukan apa, katanya nak buat jadi 1minggu lah.. jadik makin mahallah.. format 2014 akan bertukar barulah (ni staff jabatan agama sendiri beritahu saya, JAIM laa kan.. kalau JAI negeri lain saya kurang pasti)

sesetengah orang (termasuk kawan2 saya sendiri) semacam taboo untuk ambil kursus praperkahwinan, andai tiada rasa atau gesa nak kahwin.

rasa pathethic pada diri sendiri pun ya jugak (ini bukan mereka, tapi saya sendiri fikir macm tu)

sebab kita rasa hadir kursus sorang2 tu..

rasa loser.
rasa lone ranger.
rasa desparate (?)

itu sayalah yang fikir. orang lain saya tak pasti.

adik lelaki saya ambil kursus 6 tahun sebelum kahwin akhirnya.. baru2 ni. katanya ikot kawan. lelaki. mudah.  dan takdelah rasa segan sangat.

adik perempuan saya, ambil waktu masih di kolej. bersama kawan2..harga yuran baru rm40. separuh lagi kolej bayarkan. 4 tahun kemudian dia selamat bernikah.

saya ambil pula.. tak tahulah bila nikahnya.. Allah saja Maha Tahu.

dan sampai sekarang saya masih berfikir.. apa rasionalnya hadir kursus pra perkahwinan ni.. selain melihat pasangan bergambar berdua-duaan selepas tamat kursus (ini lagi satu saya kurang jelas rationalnya).. dan statistik atau kadar penceraian negara tidak jugak menurun.

 

7 comments:

||alis|| said...

n3 bersambung. type guna sematfon..macam nilah.. :p

Anonymous said...

aku tahun 2000 dah amik kursus, sampai skrg belum amik2 lagi kat tempat kursus. rasa aku tempat kursus aku dulu pun dah tutup...hadoi

kueh

||alis|| said...

kueh
maksudnya dah kursus tapi sijilnya tak amek2? haha~

t.a.t.a said...

kak, saya pun belum ambil lagi kursus. kang kalau orang hairan tengok saya, saya cakap aje la ambik kali kedua. First marriage dulu failed. Tu pasal kursus lagi. Hahahah


Eh, umur berapa? saya panggil akak. hehe

||alis|| said...

cikta

miahaha! jangan laa cakap gitu, cakap je amek 2nd time nk bagi support pada bakal suami. gitu.

usia? muder setahun dri cikta. meow..

t.a.t.a said...

lebih kurang aje baya kita ni. aku cadang jugak nak ambil. agaknya nak tunggu pergi kursus dulu baru Dia akan tunjukkan jodoh kita kot. hehehe. insyaAllah.

||alis|| said...

iya deh.. amek je. baru ada pendorong caltex. tunggu.. tunggu jugak. fahri yg ni pon 50-50. antara ya antara tidak. maka dia bukan punca utama aku amek keputusan utk kursus. cuma... dia punca sipi2.

sbb kalau sijil dh ada.. senang. lagi pon masa tu makin kurang. sabtu ahad kadang tula masa nk berhoyeh2 ngan pama.