Nuffnang

Wednesday, December 18, 2013

lembut hati vs keras hati

saya dan tulip.


tak lama rupanya tuhan bayar cash.

sekarang apa yang pernah saya rasa dulu-dulu-dulu,
giliran dia pula kini merasa.

owh, entah bagaimana, asri dan saya berhubung kembali. sejak bila eh.. jap, ok, sejak saya check friend request FB. tiba-tiba ada nama dia. hati saya bilang, add sajalah, no harm

no harm-lah-sangat. lepas berbasi2, dia ajak kawen terus. kata selama ni dia memang sayang. bla-bla-bla-bla.. wait, pause, one minute. saya betul-betul merasakan.. antara baik hati dan sengih syaithonirajim dalam diri. fine, saya bukan malaikat.. semua pun bukan, ya? tidak?

saya bertanya, bila last menjadi solo?

"almost 2 years"

kalau ikot hati baik, saya pujuk "takpelah, ada jodoh yg baik untuk u kelak, i doakan"

tapi kenapa ntah, hari perjumpaan pertama selepas setahun lebih itu, saya lebih keras dari batu. malah peliknya melihat kasut yang pernah saya sarung, kini muat-elok berada di kakinya pulak.

saya dan dia berjumpa untuk masing2 saling bertukar khabar. sama seperti dulu, saya harap doa saya dimakbulkan. kerana setiap kali saya berjumpa, makin kuat saya melihat, dia semakin jauh dari "encik fahri". banyak. banyak sangat, yang buat dia makin jauh dalam kenangan. terbuang.

*mungkin ada hikmah, catatan 2009 yg berpuluh helai dalam word hilang bersama laptop sy 2thn lalu.. aturan tuhan memang cantik, kan? sebab jika masih ada catatan itu, saya masih akan berlembut hati demi mengenangkan memori indah lampau.

"usah berpaling, kerana jika cinderella berpaling, dia tidak akan menjadi puteri idaman puteranya :)


p/s: pssttt, encik fahri yg "sebenar" inshaAllah makin mendekat. pinky promise saya akan berkongsi. kelak. tak lama dah.. harapan saya, biarlah dia sahaja yg terakhir.. cuma bersama dia, saya diuji dengan terlalu banyak dugaan. bukan sedikit. hanya solat dan doa (serta mengaji) saja buat saya berkuat sekarang.



12 comments:

Engku Artini said...

ketentuan Allah.. percaturannya memang indah alis. Semoga itulah si fahri yang dinanti..

||alis|| said...

berbanyak terima kasih engku artini.

ujiannya kadang sampai cuma bayang sendiri saja berani temani. hurm..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Biasalah dugaan.. kalau itu dah jodohnya insyAllah kan..

nanti jika terpaksa buat pilihan.. fikirlah dari hati dan juga fikiran..

kalau susah nak buat pilihan.. why not tanya mak dan ayah.. normally they have true and hidden insight ;)

Ms.Lilies said...

Emo plak aku baca n3 yg ni lis....berair mata aku

-eh...dah lama aku xkomen kat blog org hihihi

t.a.t.a said...

Kak, me also couldn't wait to see that Mr. Fahri.

Do let us know once he's there.

||alis|| said...

kak iina
selalunya apa2 memang rujuk ma (ibu) dulu, sebab di rumah kami saja berdua, gossip2, gado2, hiks. ayah tak geng, dia lelaki. haha~

||alis|| said...

kak mimi

ya ampunnnn!! dalam kebizian tuh sempat komen2 ya? terharu jugak ni, huhuhu~ *u know what ive been thru all these yrs kan kak.. haruslah sob sob.. huhuuu lagik~!

||alis|| said...

tata

fahri yang jumpa2 terus call suruh bukak Quran..

"ha sila mengaji sekarang, sy nak dengar"

telan2 liur masa tuh jugak, nak sangat Fahri kan? :/

will do, cikta. will do. once he is here :)

Anonymous said...

http://iniblogdandelion.blogspot.com/

- blogwalking =)

AinNur Haris said...

errmmm....errmmm...

suka bab Cinderella tu.. so true kan..!!

moving foward Alis.. :)
nak baca cerita Mr.Fahri lagi..lagi..dan lagi..okeh..hehehehe...

||alis|| said...

ain
haah. dan kisah2 lain jugak. kenapalah selalu fairytales yg jadik bahan kajian kan.. heh.

fahri belum muncul. ntah bila la haihh

||alis|| said...

hi gurl. will do. tengs :)