seumur hidup, saya cuma pernah sekali jer match-making kan pasangan sehingga mereka bernikah, seterusnya beranak pinak (harap pahala tak putus sampai kiamat sebab saya pun bukan manusia penuh pahala dalam poket amalan)
kini ada beberapa teman rapat yang saya berminat mahu jadikan pasangan match making seterusnya.
Gadis A
30, bakal lulusan PHD, sekarang ada di Australia, belajar. asal Melaka. anak tunggal. kehilangan ayah sejak usia 3 tahun. amat berdikari dan tak nampak langsung macam anak tunggal
sikapnya pada manusia lain, sama macam kita-kita. dia lantang. tapi kena pada tempat. ada beberapa ciri khas pada bakal pasangan:
1) at least ada degree
2) pakai spek
3)bermuka Chinese look (tanned tak apa, heh)
4)muda 1-2 tahun tak apa
Gadis B
30, seorang pensyarah, sekarang ada di Negeri Sembilan. kampong asal Melaka. putih melepak orangnya. berkaca mata, tudung bidang 60. aktif ngan kerja2 amal sehingga ke Kemboja. lantang tapi kena pada tempat juga. berdikari. akan ada family involvement kalau serius.
Gadis C
30, seorang jururawat, sekarang ada di Jeddah, asal Melaka. anak bongsu dari 3 beradik. takde rupa macam anak bongsu sebab berdikari jugak. sangat baik hati dan pemurah sangat2. tak kisah spend untuk orang lain. mudah mesra. sensitive tapi mudah memaafkan.
ketiga-tiga gadis ialah sahabat baik saya, heh. kalau ada apa2, nak kenal2 kan ke sapa2 ke, atau ada pembaca sendiri yang berminat nak berkenalan, sila anta wechat ke saya dulu, maklumlah, saya nih filter kans. wechat saya: anna alis
p/s: jangan suruh saya jadi Gadis D, sebab saya sekarang tengah menunggu hari. eh. doakan saja. amin2..
4 comments:
Aminnn alis...
engku artini
terima kasih atas aminnya :)
Amin.. jgn lupa jemput ;)
t3pcute
inshaAllah, ihiks!
Post a Comment