boleh, kalau tak nak itu ini
begitu atau begini
tak salah, kalau kau terlalu berhati-hati
sebab hidup ini kepunyaan kau sendiri
apa jadi esok lusa semua akan berbukti
boleh jugak, kalau kau nak jadi serikandi,
cakap dengan orang, kau bisa berdikari,
tapi jangan lupa,
peluang yang datang bukan banyak kali
sekali kau tepis, dua kali kau hindari,
oklah lagi
tapi kalau dah berkali-kali?
orang sihat walafiat tunggu pun boleh mati.
*olahan sedikit daripada hidd_minhat berdasarkan catatan "peluang"
No comments:
Post a Comment