Aku simpan banyak
cerita menghampir nikah, bukan kisah cinta ya. Menghampir nikah. Mungkin ada
yang berkata, kenapa nak cipta terma baru? Kata sajalah cinta. Poyo. Eh.
Tidak,
jujurnya aku tak bercinta. Selepas asri, aku tidak ada pernah rasa mahu
bercinta. Penat. Takut gagal. Tak terdaya nak pikul lagi andai ada beban
menunggu itu lebih dari 14 tahun (lagi). Itu antara sebab kenapa.
Merana yang 14
tahun pon, jujurnya, masih tersisa. Serdak kenangan masih ada. Oh ya, aku add
dia semula di FB, untuk kesekian kalinya, untuk tujuan yang aku sndiri pon tak
tahu, apa mahunya pon aku sudah bertanya, bila tnya sudah lamakah dia
me-request add friend? katanya dah lama. Kali terakhir beremail via FB ialah tengah October 2012,
yer kan? Almost setahun! Kali terakhir betul2 berhubungan ialah sebelum aku
menunaikan umrah mac 2013, sehari sebelum aku menunaikan umrah, dia menghantar
wassap. Bagus betol firasat, padahal dia tak tahu apa langsung berkenaan
umrahku. Bila aku katakan esknya aku akan terbang, dia terkejut. Ntah, waktu
itu, tidaklah aku merasa. Tawar tau tak? Tawar. Biskut tawar pon ada masin2
nya. Tapi di sana, di mana2, aku jumpa ramai sangat manusia “bermuka” seiras
dia. Subhanallah! (read: mashaAllah!), kenapalah… kenapa?? Tak nak fikir. Jadi ianya
berlalu pergi. Begitu saja. Pelik kan, bila taip pasal Asri, perenggan akan
jadi panjang, episode berulang, scene yg sama, macam sinetron. Sebenarnya meraikan
“khilaf” aku juga. Heh.
1st
puppy love aku jugak penah ada dalam fb aku, dia yg add, tapi bila dah add,
sepatah haram tak menyahut, walau aku yg mula bicara (minggu lepas, selamat
remove)
Ok focus,
kenapa aku ada banyak simpan cerita hampiri nikah? Yakin jujurnya, sebab list
aku hampir tak sampai 5 point, kot. Tidak seperti waktu usia awal 20an, nak
yang macam itu, nak macam ini, tak mahu begitu, tak mahu begitu, ini tak boleh,
itu tak boleh. Huish, demand tinggi benau! Orang yg next to perfect pon tak macam
aku kan, heh.
Bila jumpa
sesiapa saja dalam perjalanan hidup, aku meraikan, siapa pon dia. Aku buka kanvas
baru, yg putih bersih, lebihkan bersangka baik, campur serba sedikit syak
wasangka, berus lukisannya aku biarkan kami sama2 pegang, corakkan bersama, apa
warnanya, apa cantingnya, abstraknya biar Cuma kami yang faham.
Bila datang
warna kelabu, aku mintak pendapat kawan2 sampai hujung nyawa.
Bila datang
warna pelangi, biar aku dan dia saja yang merakam detik.
Dalam pada
itu, aku perkuat doa. Aku panjangkan zikir, aku lebihkan mohon keampunan untuk dosa2 lama. Aku mintak
pentunjuk DIA, kalau hubungan ini sia-sia, jauhkan. Kalau baik, permudahkan.
Selalunya ianya jatuh
sia-sia. mungkin mereka mahukan banyak benda yang aku tak boleh beri sewaktu
masih berkawan, hatta bertunang (tetibe baru datang berita hot ni: harga ron95
nak diselaraskan pulak, haha!)
Nak keluar
dari Malaysia la kejap. Bukan takde jati diri, tapi penat nak melayan orang
atasan yang tak reti nak menjatikan diri masing2 untuk marhean macam kami nih.
Okbai #sentap
#terkejut #tibatiba #harga #ron95 #naiklagi #akubencihashtag #sebenarnya #lol
2 comments:
dear alis, org putih kata first cut is the deepest..msti la u ingat org yg prnah jadi teman hati..buah hati.anyway tk salah kawan dgn dia ..kalau nk kawin pun tk pa..u solo kan? try?
owh aunty, if you only knew sudah berapa kali alis jatuh bangun jatuh bangun jatuh tak bangun2 dengan asri nih, I bet you will have your 2nd tought any minute from this second. hurm, maaf, my BI is haywire :P
takpe, alis dah bagi dia satu nama khas sejak tahun nih-SEJARAH.
:)
Post a Comment