Nuffnang

Wednesday, October 27, 2010

SALAHKAH JIKA AKU MENUNGGU KAMU?

Dengar.. apa kata hati kamu.
Dengar.. apa mahu jiwa kamu.
Dengar.. apa pinta akal kamu.
Dengar.. apa mohon kenangan lalu kamu.

Dan,
Jika tiada yang menyahut..
Jika tiada yang bersahut..

Diam.
Jangan mengia, atau menidak.
Tapi ampun, jangan dibuang terus

Diam.. itu kata hati kamu.
Diam.. itu lebih baik buat kamu.
Diam.. suara suara hanya buat sedih kamu.

Dingin.
Andai dia mahu kamu yang tunggu.

Beku.
Andai dia yang kamu tunggu tunggu.

12:04, 26102010

(penaku makin tumpul)

-_-"

.

No comments: