Nuffnang

Saturday, October 30, 2010

bila harus memilih, tekanlah buzzer tuh!

Beberapa malam lepas, aku tgk 1 siri game show (game ke? ntah) kat ntv7. Dari siaran China (based on slang dia yang pekat, qalqalah lebih pekatttt…. Ala macam bahasa melayu-bahasa jawa) ... Tak mengikuti giler2, tapi dah 2-3 kali gak aku termasuk dalam channel nih. Layan gak.

Game dia berkisar tentang 24 gadis/ibu tunggal yang belum berkahwin, diletak kat satu podium khas atas pentas, bersama buzzer. Cabaran mereka ialah memilih seorang lelaki bujang atas jemputan dan jika merasa lelaki itu layak dijadikan calon suami, atau layak menjadi ketua keluarga, lelaki itu akan memilih sama ada pergi dari pentas tanpa calon wanita, atau pergi bersama salah seorang dari 24 wanita.

Aku rasa adil. Sebab lelaki dan wanita diberi peluang untuk memilih. buzzer tuh ialah lampu, sebagai medium: kalau the wanita tak suka that lelaki, boleh padamkan lampu kat podium masing. selalunya sepanjang sesi kenal, lelaki akan dapat at least 12/24... 20/24.. malah pnah 0/24 terus! tak sempat berkenalan dah kena reject bulat2.. selalunya happen kat lelaki yg tak ensem.

haih...

Cuma aku rasa alasan mendirikan sehingga 24 wanita sekali harung ialah kerana nisbah lelaki:wanita china maybe 1:24.

Biasa aku tak focus sngt tgk program nih, tapi malam kelmarin, buat aku tersedar. “jika ko seorang yang memiliih, orang lain pon berhak memilih”

1st round keluar sorang mamat yang aku rasa agak ensem, diceritakan pada VT di pentas kepada 24wanita dan juri yg ada, punya kerjaya yang stabil dan berkereta agak mewah. (agak disini ialah bukan BMW atau Merc, jauh lagi Jaguar!)

Sampai kepada men “Downsizing” pilihan yang ada, setelah direject2, muncul 3pilihan akhir. Sumpah 2 orang tuh lawa+seksi. Yang sorang lagi nih tak laa lawa mana, malah dia sendiri cakap “saya nih tomboy sikit, dan kasar… dan saya tahu, saya bukan calon yg sesuai pada awak, saya tahu awak takkan pilih saya, saya tengok awak pon tak berapa maskulin (tapi aku tgk laki tuh taf jerk?) saya ucapkan selamat Berjaya buat kawan saya yang lagi 2 orang nih”. Si gadis agak tomboy nih menolak secara lembut dan giler sound direct...

Cara pakaian minah nih, sumpah memang tak feminine, macam lelaki, rambut paras tengkuk jer.

Aku tgk yang calon lagi 2 orang nih, kemain happy lagi dan riak macam “pilihlah saya! Pilihlah saya!”

Selepas sekian waktu, lelaki tuh tetap memilih si tomboy tuh, hadirin semua terkejut! Dengan aku2 sekali! Dah sah2 tomboy tuh tolak ko dan tak yakin dia ialah pilihan ko kan?

Pengacara bertanya, alasan si kacak memilih tomboy tuh…

Jejaka senyum, dan menjawab

“saya tahu dia mesti terkejut bila saya tetap memilih dia walau saya ditolak mentah2 oleh gadis ini. Pada saya dia nih jujur, dan ada pesona sendiri, walau pakaiannya tidak menunjukkan yang dia nih faminin, pada saya melalui pakaian dia laa menunjukkan dia jujur melahirkan apa statement dia… Namun ingin saya ucapkan- tentang maskulin atau tak, selepas kami bercinta kelak, saya akan tunjukkan betapa maskulin dan romantiknya saya.”

TEPUKAN GEMURUH BESERTA STANDING OVATION. AKU TABIK LELAKI INI.

(nak jadik tomboy la pas nih, agak2 ada lelaki nak buat calon tak?)

.
.

dalam dunia lelaki macam nih mmg wujud, mungkin dia selama nih duduk sebelah aku jer, cuma aku jer tak pasan.


.

2 comments:

Ms.Lilies said...

Aku suka n3 ko ni...xdak button like ka?hihi

||alis|| said...

kakmimi: hahaha! sudeh! kat FB ada laa like ;P