Nuffnang

Thursday, October 14, 2010

Akujanji saya.....

Awak.....
Saya berjanji, jika sudahnya kisah ini, saya menjadi pengantin awak, saya akan menangis waktu saat pertama saya menjadi halal bagi awak, iaitu saat saya menyalami tangan awak di majlis pembatalan air sembahyang kelak, sebab saya gembira, kerana akhirnya, saya menjadi pengantin awak, milik awak.. segala impian, doa, dan harapan 12 tahun saya, dimakbul tuhan…………

……………. Namun awak,
Saya juga berjanji, jika sudahnya kisah ini, jika akhiran kisah ini, saya menjadi pengantin orang lain, saya menjadi milik orang lain…. saya tetap akan menangis waktu saat pertama saya menjadi halal bagi ‘dia’, di saat saya menyalami tangan ‘dia’ waktu majlis batal air sembahyang kelak, sebab bermula detik itu, saya sedar, saya bukan menjadi pengantin awak, dan hati saya bukan milik awak lagi….

…….. Pada saat itu juga…….
………Saya juga akan menangis bersungguh sungguh, kerana pada saat itu, saya akan mula tersedar, awak bukan lagi menjadi keutamaan saya, awak bukan lagi watak utama dalam kisah cinta saya selepas itu.. dan segala kasih sayang saya akan tercurah pada ‘dia’ kelak… saya akan bermula dari kosong… saya akan belajar kembali bagaimana mahu mengasihani orang lain selain awak… Saya juga menangis sedih sebab saya, dengan berat hatinya terpaksa menguburkan segala impian, doa, dan harapan 12 tahun saya yang tidak dimakbul tuhan itu…


........Kerana saya sedar jika berlaku salah satu antara dua kesudahan ini, Allah lah yang Maha Mengetahui akan hikmahnya kisah ini berlaku ke atas saya… yang mana saya tahu, ianya memang terbaik buat saya….



.

7 comments:

Ms.Lilies said...

Kadang2 kita rasa itu yg terbaik utk kita tapi Allah maha mengetahui bahawa itu bukanlah yg terbaik utk kita...

Sudah tertulis jodoh setiap insan...aku harap ko tabah ye lis

:)

Beruwang said...

Kata orang..jodoh, ajal maut, rezeki dan tanah kubur kita tak tahu di mana selain allah maha esa.. seandainya kita mengharapkan seseorang itu kita berdoalah semoga apa yang kita hajatkan itu tercapai..jika tidak tercapai maknanya dia bukan yang terbaik untuk kita....

Anonymous said...

alis....sy terkesima~!!!

||alis|| said...

kakmimi:
eh... ingat tak lalu sini :), makaseh kak :)

uncle:
pon tak sangka uncle akan lalu sini sebab alis dah lama tak buat n3 baru.
indeed.. minda cakap ya, hati belum mahu.. hmm...

kamu yang jauh-dimata-dekat-dihati:
alis masih sama macam dahulu. masih lagi berharap antara tidak :)

Ayu Zan said...

KAK ALISSSSSSSSSSSSSSSS..........

siti ika said...

alis, bnyakkan berdoa k. kalau ia yang terbaik buat kita, pasti Allah tunaikan..

||alis|| said...

ayu:
yer ayu sayangggggg!!!! :)

ika:
itu yang saya sedang buat, walau usaha itu selemah lemah usaha, thanks :)