Nuffnang

Thursday, February 25, 2010

kisah jodoh 1

sebenarnya dah lama aku niat nak kumpul kisah bagaimana orang sekeling aku bertemu peminjam rusuk mereka, ada laa few, nak buat tak sempat manjang. maka hari ini, baru aku teringat and baru aku terasa aku perlu mulakan :)

kisah jodoh 1
mesti laa kisah ibu dan ayah aku :). dipendekkan cerita, ayahku merupakan seorang duda anak satu sebelum bertemu ibu. ada laa dalam setahun ayahku menjadi duda. tak lama kemudian, ayahku datang ke rumah kenduri anak sedara kepada ayah angkat dia.

duduk tak lama, ayah terlihat ibu, yg tika itu berambut panjang bertocang hingga ke paras2 atas lutut, waktu tuh ayah tak tengok depan lagi, tengok rambut je dah berkenan! hahaha! ayah oh ayah... :)

tak lama kemudian, ayah melamar ibu melalui ayah angkat dia, ayah angkat suarakan pada atok dan nenek. pada mulanya ibu tak mahu sebab takut ngan gelaran duda ayah. yer la, mesti ingat yg bukan2 sebab ayah berpisah ngan isteri pertama, kan? kalau aku pon aku fikir benda yg sama.

lepas dipujuk2 (ibu waktu tuh baru berusia 19), demi tidak mahu kecilkan hati kedua ibu ayah, maka berkahwin jugak laa dia ngan ayah. ayah aku bijak, nak ingat tarikh bertunang dan tarikh kawen amat la senang... tarikh tunang 25 dec, tarikh kawen plak 14 feb, pandai kan ayahku, hehehehe!

menariknya, ada few pic kawen yg ku lihat, ibuku bermuka kelat, yer la, kawen tak cinta laa katakan, hahaha!

tapi alhamdulillah, selepas berkahwin, ternyata cinta selepas berkahwin lagi hebat, pada pandangan ibu, ayah bukan lelaki tak baik lantaran memegang gelaran duda, ayah berpisah kerana antara dia dan bekas isteri tiada jodoh. itu saja.

ayah lelaki yg tipikal, pada aku, kerana ayah mahu isteri yg duduk di rumah dan menjaga anak2. ayah suka makan di rumah. ayah tak suka lepak di kedai2 kopi. ayah juga suka membela binatang, sebut saja binatang apa yg ayah tak bela, kecuali toyol. err toyol itu binatang kah.. eh?

hingga sekarang, aku pon terikut2 cam ayah. aku lebih anak ayah berbanding anak ibu, haha! anak ibu jenis mellow2, angah aku sorang jer yg ikut, lagi 3 anak pompuan, sume ikut ayah, taff! kekeke!

alhamdulillah, mahligai yg ibu dan ayah dirikan 29tahun lalu, masih utuh. pada aku, dalam hubungan isteri kena banyak main peranan: rumahtangga, anak2, kewangan, emosi, keperluan, kehendak.. *fuhhhh banyak jugak isteri nyer amanah kan? hmm...

dalam rumahtangga ayah ibu juga, aku lihat, banyak gelak ketawa, gurau senda, saling menyakat satu sama lain. tapi kalau datang angin tegas, 2-2 tegas :P

ayah manja. sungguh. ibu masak apa pon ayah cakap sedap, ayah mahu. tapi kalau aku yg masak, even ibu cakap sedap, tapi ayah, adaaaa jer nak komplen, iskh! tak aci ayah tau... :D

aku doakan jodoh ayah dan ibu kekal hingga hujung nyawa. namun ibu selalu cakap:

"kalau ayah dah takde, i'allah ibu takkan cari penganti ayah. tapi kalau ibu pergi dulu, ayah kena cari penganti ibu, sebab ayah, macam mana pon, perlukan seorang isteri dalam hidup dia, ibu dah terlebih manjakan ayah..."

wuwuwuwu... nak nangis aku bila ibu cakap macam tuh!

.

7 comments:

Unknown said...

salam,mintak pandangan atau nasihat/komen berkaitan dengan artikel terbaru yang di tulis di blog saya.Pandangan dan komen/nasihat dari anda amat saya alu2kan untuk di jadikan pengajaran kepada saya..

||alis|| said...

anak pendang sekeluarga: done :)

I'm Seri said...

Salam.

Sungguh indah jalan cerita percintaan teruna dara ini. Nanti kirim salam kat ibu kamu ye Lis.


Jom tubuh kelab...=)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

singgah jap
suka n3 ni

||alis|| said...

iris: :), terima kasih. insyaAllah akan disampaikan ya :)

brutalsolo: makaseh atas singgahan :)

AinNur Haris said...

ermm..errmm..
terasa lah.. (-,-)

||alis|| said...

cik ain: kenapa? kenapa? (tanya dgn sungguh2!)