aku tak pernah berhenti mencari "rusuk kiri" ku.. ya Allah, permudahkanlah, amin.
Nuffnang
Tuesday, April 28, 2009
malam tadi, aku bermimpi lagi...
buat sekalian kali..
aku mimpi;
aku berkahwin.
dengan siapa entah..
aku tidak kenal..
dalam mimpi itu, aku tidak kenal siapa bakal suami..
tidak kenal langsung..
hingga aku bakal dipakaikan pakaian akad nikah..
aku tak kenal dia..
ku tanya ibu, siapa dia wahai ibu?
ibu senyum..
waktu itu ku tak nampak langsung ayah..
kemana ayah pergi? aku tak tahu..
aku hanya nampak ibu tengah mengira wang hantaran..
aku sempat tanya berapa? (cam sengal plak tanya2 wang hantaran kan???)
ibu tersenyum lagi..
tak menjawab....
hujung2 akhiran mimpi;
aku ternampak siapa bakal suami ku itu,
dia;
anak sheikh syarifah, jiran lamaku juga..
ah, mustahil, sebab dia sudah lama tidak ku temui;
lagi pula, DIA?
takkan laa.... mamat satu sekolah agama rendah dulu,
yang rasa2nya 100% dah kawen 2 tahun lepas..
sekali lagi...
mimpi itu mainan tidur
:)
belog ini sudah tukar nama
ini belog totally untuk aku
yg maseh tak kawen2...
yg tak reti nak berkawan..
yg tak reti nak mulakan satu hubungan..
cinta aku yg pertama aku harap hingga hujung nyawa, benar2 berakhir di hujung nyawa dia.. zainal b alias.. arwah dah 12 thn tinggalkan aku. sejak itu, rasa suka aku pada orang lain, langsung tak ada...kalau ada 2-3 kali (zaman sekolah menengah) pon tak well-ended... semua tak happy ending...
adakah sebab sejak dia meninggal, aku sedekah al-fatihah untuk dia? aku mmg tak boleh lupa dia.
12 tahun al-fatihah tanpa ada nohktah.
12tahun aku doa nak jumpa dia dlm mimpi, tapi tak dapat2 jugak...
12 tahun perbuatan, mana bisa ko nak stop?
dalam 12 tahun, tipu laa kata tak cuba nak stop..
tapi malam nih kata niat nak stop,
pagi subuh kang, nama dia naikkkk lagi...
reza, lelaki yg bakal nikah 31may nih pon,
i had lotsa crush on him pon sebab muka dia hampir mirip sekali ngan muka arwah...
cuma reza mata coklat dalam, bukan coklat hazel mcam arwah.
aku tak tau how come arwah yg melayu, boleh ada mata hijau hazel (40hijau60hazel)
keturunan kot.
Monday, April 27, 2009
wahai kamu rusuk kiriku...
kamu dimana ya.. aku bertanya seringkali kamu tahu tidak
Aku sering berdoa agar dapat berjumpa dengan kamu
Jumpa dalam mimpi sekadar sehiris bayang pun tidak mengapa..
Tapi hingga kini...
Aku belum sempat berjumpa kamu..
Wahai empunya rusuk kirinya yang dipinjamkan kerana aku
Adakah kamu kini di dalam negeri ku,
Mungkin sewaktu kita jalan-jalan di bandar,di gedung raya, di taman-taman…
mana tahu…kita pernah bertembung, berselisih bahu,dan saling berpandangan
atausewaktu kita masing2 sedang elok berjalan2
ambil angin di tanjung puteriatau makan ikan bakar di umbai…
mungkin benar kita saling berpandangan..
tapi pandangan kita tak sampai dasar…
sebab kamu itu asing padaku..
dan kamu itu juga asing padaku..
Wahai empunya rusuk kirinya yang dipinjamkan kerana aku
adakah kamu berada di luar negeriku…
di perlis di sabah atau di johor
entah…mungkin kita pernah duduk dalam bas ekpres yang sama
sewaktu masing2 mahu ke negeri yg kita tujui..
atau
kita pernah strolling kat pesisir pangkor…
bezanya, aku strolling waktu malam..
kamu pula strolling selepas subuh,
duduk dalam buaian jaring..sambil petik gitar,
main lagu2 Man Bai..
atau sewaktu kita makan angin..
sambil memetik strawberi pada hari yg sama.
cuma pada waktu yang berlainan…
Wahai empunya rusuk kirinya yang dipinjamkan kerana aku
atau..
adakah kamu kini berada di luar negara..
pula warna mata, kulit dan jenis rambutmu..apa bangsamu..
entah.
Tentang jodoh, ia misteri.
kata maria: kamu percaya jodoh, fahri?
jawab fahri: tiap manusia dicipta Allah punya pasangan masing2..
maria balas: yg datang dari langit...
tingkah fahri: bukan maria, yang datang dari HATI...
Hanya Allah maha ketahui
Siapa kamu iaitu jodohku..
Dan aku sangat pasti..
Kamu juga sesekali akan terfikir..
Dimanakah jodohmu sekarang..
Yuhuuu..Aku disini, sayang..
Setia menanti kamu
Untuk menjadi bukan setakat hanya sebagai isteri
Tapi juga teman akrabmu
Disini, dan di dunia sana…
Bukankah aku ini, rusuk kirimu?
-Rusuk.kiriku.hilang.satu-
Sunday, April 26, 2009
Kawen bukan macam......
Silap pilih boleh re-order
Kawen bukan cam memandu;
Silap corner boleh u-turn;
Kawen bukan cam pilih ikan;
Senang jumpa berjenis2 kat pasar besar;
Kawen bukan cam ayam karen;
Hidup 21 hari dah boleh sembelih…
Kawen nih seumur hidup;
Kalau boleh bak kata orang tua,
cerai melalui cangkul dan penyodok,
Kawen nih lafaz akad seumur hidup;
Penuh tanggungjawab dan amanah…
Aku belum sedia nak pikul tanggungjawab..
Bimbang kalau tak bersedia;
Aku akan berjawab dihadapanNya kelak..
Kenapa anak jadi begitu dan begini..
Lagi parah:
suami pon akan jadi tanggungjawab kita plak..
Aku belum sedia dengan komitmen;
Ingat, kita berkahwin dengan keluarga dia jugak,
Dulu, air muka kita-kita aja kena jaga;
Kelak, air muka 3-4 salasilah kena jaga…
Tapi.. itu sume tak jadi masalah besar..
Kalau pokok pangkalnya hati, saling faham n tolenrasi…
Kalau dah jumpa dia yg sesuai, kenal 2bulan
aku dah sedia nak bertunang dengan dia, ahaks~
kalau dia lambat sangat, biar aku je pinang si dia,
oho, gilerrr~
*dah... Melalut jauh sangat dah nih…
nak.kawen.dgn.org.yg.bagi.pinjam.rusuk.kiri.dia.kat.kiter
Saturday, April 25, 2009
Aku ini Dari Rusuk Kiri Kamu
Kalau ditanya.. aku masti mahu, tak perlu ramai, cukuplah jika seorang lelaki (jika masa aku tiada, dia teman lelakiku, atau suami yang baru ku nikahi, atau…. Masa kami masih tiada cahaya mata lepas berkahwin untuk beberapa seketika~ sob..sob..).
Dia, meratapi kehilanganku ialah kerana dia ialah suamiku, imam kepada solat2ku, pemimpinku, temanku paling akrab, teman *rujukan, teman *rajuk (*hehe)..paling utama, ialah kerana AKU ini ialah satu ‘RUSUK KIRI’ nya…
Akan adakah dia? Dimana? Aku tidak tahu. Tapi.. aku sentiasa doakan ‘dia’ bahagia dunia akhirat.. kalau dia bersedih, aku akan bobok dia secara alami, ‘sabar yer sayang…’ kalau kami tak berjumpa di atas dunia ini, aku pasti, kami akan berjumpa di alam lagi satu kelak. ALLAH kan dah berjanji semua itu sejak kita ditiupkan roh dalam rahim ibu..
Hey, korang mesti pikir aku nih ntahapaapa, tapi… kalau aku teringat, aku akan berdoa yang panjang, yang baik2 untuknya tiap kali aku usai solat, malah aku pernah berpuasa sunat beberapa kali untuk si dia yang aku langsung tidak kenali, tapi tahu bahawa Allah ciptakan aku dari rusuk kirinya..
untuk itu, aku harus berbuat sesuatu untuknya… sebagai utusan terima kasih atas meminjamkan tulang rusuk kirinya kepadaku… yg ku rasa tak salah langsung. kamu setuju?
Friday, April 24, 2009
bahagia dia duka buatku
ya, hari bahagia dia.
aku?
mahu menangis...
sudah tiada lagi air mata...
mahu tersenyum...
sudah tiada lagi garis gembira..
lalu apa yg mampu aku lakukan? percayalah, setiap usai waktu, aku doakan dia.
doa sahaja yang mampu buat aku 'hidup' dengan nya.
doa sahaja yang mampu buat aku 'dekat' dengan nya.
doa sahaja yang mampu buat aku 'bernyawa' dengan nya.
seperti biasa; aku maklum..
dia tidak akan tahu satu apa pon..
percayalah.
Saturday, April 18, 2009
hati ku bukan disini...
aku siap buat n3 tribute untuk ko nih ha.. hihi...
belog utama aku bukan kat sini.
dia kat "peminjam rusuk seorang fahri.."
belog nih mmg takde org sgt, pasal hati aku bukan di sini..
sini tempat rahsia aku yg org boleh kuar-masuk.. *errr... cam pelik tak bile baca 2nd round?
"tmpat RAHSIA AKU yg ORANG BOLEH KUAR MASUK..??" haha!
sini ialah 'the other half of me'.. yg silent.
kat sana, tmpat aku gegile... muehehehee....
Tuesday, April 14, 2009
kepada bekas bakal lelakiku
waktu: 3petang
tempat: dalam kamar tidur
lagi sepuluh minit angah na menikah.. aku capai handphone, saja nak check sms yang ada, padahal tgh busy. kemudian perasan satu sms masuk, dari BTJBI (oiit, guna kod ok..), saying:
"salam lis, 3pm nih kami dah nak bertunang :)"
reaksi aku?
^$#%%selebet%$$ rase%$^$nak*&^%&%$pengsan!
haih...haih...lagi...
===============================
aku ingat reza bergurau tang dia bertunang tuh. sebelum itu....
tarikh: somewhere in mid of march, 2008
tempat: dalam kamar lagi..
aktiviti: meng-sms
aku tgh pujuk reza. reza kata BTJBI susah sgt nak terima cinta dia. aku sabarkan lagi. 'kapal terbang orang boleh highjack, inikan plak pompuan yg kecik molek cam tuh', kata pembakar semangat jiwa raga dari aku. yer. 40% darinya tidak ikhlas dari aku.
"ala, susah2 sangat aku bercinta dengan ko jer laa? nak?" ujar mangkuk cendol tuh.
"ah, sudah! pegi main jauh2 la ko!" dalam hati, sabar lis.. sabar.... jgn lompat tinggi benar!
alih alih, last sms masa tuh: yer la lis, aku pon plan nak bertunang bulan may nih, ko jgn bagitau sapa2 tau, aku gitau ko sorang jer nih! wah, siap amaran bagai~ glemer cam pak lah ker ko? tidak, kan? so?
*****
silap aku, aku igt dia memain.. sampai laa datang sms dari tunang dia petang 31may tuh, pergh.. terjelepuk la aku disitu, menanti apa bakal berlaku, bak kata a.samad said (tetibe la kan orang tua nih masuk dlm drama aku). adik aku masuk bilik, tanya, ni apsal nih cam org nak pengsan? (padahal seumur hidup aku tak penah lagi pengsan, dia plak cam penah tgk aku pengsan camner... haih.)
adik aku nikah aku tak sedih sangat, yg aku sayu pasal petang yg sama, dia dah selamat jadik tunang orang.. huhu...
============================================
malam tadi, zam call. borak lama la jugak, ada laa dalam 30min, merah telinga gua beb! aku tak suka borak lelama, bukan cara aku.
zam: ko tau reza skrg buat apa?
aku: ntah, dah berapa bulan aku tak kontek dia, biarlah. *bunyi org kecewa okeh.
zam: budak aku ada kenal dia. habis tuh budak tuh cakap dia nmpak reza sekarang dah jadik salesman kete P---Dua.
aku: ha..?? yer ke? *bunyik terkejut!
sungguh aku terkejut dia end up jadik salesman keta. bukan. bukan aku pandang rendah apa yg dia buat. tapi aku terkejut... selama nih salesman kete laa yg dia paling benci nak buat... akak dia saleswoman ToY-ta sejak 10thn lepas pon, dia boleh pandang tak pandang jer.
aku cuma kesal kenapa dia tak teruskan ngan aktiviti jualan gelang dia tuh. pada aku apa yg dia dapat dari hasil jual gelang tuh, lebih berbelas kali ganda dari apa yg dia dapat dari jual kete. dan paling aku terkedu, sebab aktiviti jual gelang tuh la, aku dibuang 100% dari hidup dia. aku jadik musuh, aku tiba2 jadik org yg tak dikenalinya. rujuk n3 terawal aku di "peminjam rusuk". seminggu aku curah apa yg aku tak puas hati ngan dia. hanya dia. haih.
reza, walau apa pon yg kau buat kat aku dulu, aku berterima kasih. sebab klau ko tak buat camtuh, aku pon ntah kemana mana ntah sekarang nih..
dan kerana kau, aku berjaya juga jumpa fahri aku, biarpon fahri itu aku bakal jumpa di alam yg lagi satu :)
selamat pengantin baru reza pada 31may 2009 nih. aku doakan yg terbaik saja untuk kau. maaf, menghadirkan diri ke majlis kau, umpama aku mengalunkan lagu "pelamin anganku musnah".. sob..sob..sedeyy tauuu lagu tuh.. ko apa tau? dah dapat bini masa tuh. aku pon ko takkan nampak dah.. lagi satu, masa tuh sepupu aku kawen. hari yg sama. so mmg sah2 tak dapat 'memeriahkan majils ko'..
ko tau tak? BTJBI tunang kesayangan ko tuh call aku tanya "alis, pada awak ada tak baju sanding kaler coklat?" haaaa kau! tunang ko nak tempah andaman direct dari aku tuh! apa perasaan puan2? wanita yg bakal jadi isteri kepada bekas bakal lelakiku itu bertanya tentang persalinan pengantin... huhuhuhuhuuuuuuuuu!!! sayu hati ku tika itu...
dan; dia jemput aku datang majlis di rumahnya. ko? kalau jemput pon aku takkan datang. jgn risau, aku takkan rosakkan majlis ko. heyy... aku ada maruah yg perlu dijaga oke.
Sunday, April 5, 2009
in memoir of A.D.A.M
dan hanya seminggu yg memisahkan awak dan acik... seminggu saja. 7 hari...
tak apa, yg penting, adam bersemadi kat rumah acik di kampung nih...
tuh pon acik dah syukur~
adam, apa pon, acik tetap anggap awak anak saudara sulung acik sayang...
malam ini, atok latib, nek rahmah, tok mus, dan nek min ada makan malam kat rumah kita sekarang nih...