Nuffnang

Monday, April 27, 2009

wahai kamu rusuk kiriku...

Wahai empunya rusuk kirinya yang dipinjamkan kerana aku,
kamu dimana ya.. aku bertanya seringkali kamu tahu tidak
Aku sering berdoa agar dapat berjumpa dengan kamu
Jumpa dalam mimpi sekadar sehiris bayang pun tidak mengapa..
Tapi hingga kini...
Aku belum sempat berjumpa kamu..

Wahai empunya rusuk kirinya yang dipinjamkan kerana aku
Adakah kamu kini di dalam negeri ku,
Mungkin sewaktu kita jalan-jalan di bandar,di gedung raya, di taman-taman…
mana tahu…kita pernah bertembung, berselisih bahu,dan saling berpandangan
atausewaktu kita masing2 sedang elok berjalan2
ambil angin di tanjung puteriatau makan ikan bakar di umbai…
mungkin benar kita saling berpandangan..
tapi pandangan kita tak sampai dasar…

sebab kamu itu asing padaku..
dan kamu itu juga asing padaku..

Wahai empunya rusuk kirinya yang dipinjamkan kerana aku
adakah kamu berada di luar negeriku…
di perlis di sabah atau di johor
entah…mungkin kita pernah duduk dalam bas ekpres yang sama
sewaktu masing2 mahu ke negeri yg kita tujui..

atau
kita pernah strolling kat pesisir pangkor…
bezanya, aku strolling waktu malam..
kamu pula strolling selepas subuh,
duduk dalam buaian jaring..sambil petik gitar,
main lagu2 Man Bai..
atau sewaktu kita makan angin..
sambil memetik strawberi pada hari yg sama.
cuma pada waktu yang berlainan…

Wahai empunya rusuk kirinya yang dipinjamkan kerana aku
atau..
adakah kamu kini berada di luar negara..
pula warna mata, kulit dan jenis rambutmu..apa bangsamu..

entah.
Tentang jodoh, ia misteri.
kata maria: kamu percaya jodoh, fahri?
jawab fahri: tiap manusia dicipta Allah punya pasangan masing2..
maria balas: yg datang dari langit...
tingkah fahri: bukan maria, yang datang dari HATI...
Hanya Allah maha ketahui
Siapa kamu iaitu jodohku..

Dan aku sangat pasti..
Kamu juga sesekali akan terfikir..
Dimanakah jodohmu sekarang..
Yuhuuu..Aku disini, sayang..
Setia menanti kamu
Untuk menjadi bukan setakat hanya sebagai isteri
Tapi juga teman akrabmu
Disini, dan di dunia sana…
Bukankah aku ini, rusuk kirimu?

-Rusuk.kiriku.hilang.satu-

4 comments:

SemuaTentangKita said...

huh..sungguh puitis ayat2 di atas..

||alis|| said...

mrsharis: bha ha ha.. masa tgh jiwa kacau boleh laa... cuba akak soh saya buat time2 paneh terik gini, hampasssss.... :P

joegrimjow said...

jodoh?
suke sangt

||alis|| said...

joe: yer, akak doakan kamu berjaya dengan gadis belog idaman hati kamu tuh yer :)