Nuffnang

Friday, December 2, 2011

mana lebih dahsyat? menolak atau ditolak?

terus terang, menolak dan ditolak, sama dahsyatnya. terpulang dari mana dan kepada siapa tolak menolak itu diperlakukan.


menolak.
dalam hidup, aku jarang menolak, tak kisah la makanan ke, amalan, kerjaya, bahan bacaan, manusia, sebab untuk jadi manusia baik, bukan susah, walau tak senang sebenarnya, aku tak mudah menolak sesuatu tanpa sebab, eh, kadang tanpa sebab pon aku tak sampai hati nak menolak.
aku cuma menolak bala yg datang dari siapa dan sudut mana, aku juga menolak untuk berjumpa manusia2 jelek, macam 'ada org tuh' dan 'org tuh' serta 'org tuh'.

ditolak
haa... yang nih mmg banyak berlaku dlm hidup aku.. tak kisah la makanan ke, amalan, kerjaya, bahan bacaan, manusia.. aku ditolak nangka mentah, anggur hitam dan peaches dlm tin sebab aku akan mudah lelah dengan makanan2 tersebut. aku ditolak oleh amalan bodek sebab aku tak pandai mulut manis kalau hati aku say NO. kerjaya? tak payah cakap, sedih. sedih. sedih. tapi aku cukup percaya, rezeki itu melata dibumi tuhan maha kaya dan luas nih, sama ada kamu mahu atau tak sahaja. bahan bacaan, aku ditolak bahan bacaan berkaitan sejarah! haha.

manusia.
aku pernah berkali2 ditolak manusia. disagat hati, dicarik jiwa, dilemahkan semangat dan hingga satu tahap dimalukan sampai melibatkan keluarga dan putus tali sahabat. manusia2 begini, untuk bahagian aku, aku sudah maafkan dia. dan dia, serta dia. tapi doa org teraniaya tak pernah terhijab, itu sangat aku pegang dari dulu sampai sekarang.


No comments: