Nuffnang

Tuesday, November 30, 2010

dulu lain, sekarang lain.

Bila belek n3 lama2 dalam blog nih, aku rasa jauhnya aku yang dulu dengan aku yang sekarang.

Dulu; aku rajin buat puasa sunat untuk pemberi pinjam rusuk kirinya pada aku.
Sekarang; puasa sunat 3 hari dalam bulan bulan hijrah pon aku dah lama tak buat.

Dulu; aku amat positif yang pemberi pinjam rusuk kirinya pada aku itu ada, Cuma aku yang tak pasti dia dimana.
Sekarang; KUPU KUPU DALAM PERUT DAH MATI.

Dulu; aku rasa aku baik, aku rasa laa…
Sekarang; aku rasa aku dah mula nak jadi jahat, aku rasa laa…

Dulu; aku tak jumpa Asri, maka peluang aku untuk melihat lihat pemberi pinjam rusuk kirinya pada aku sangat cerah!
Sekarang; lepas aku jumpa Asri, dan berpisah rasa pula dengan dia kini, aku rasa untuk bermimpikan pemberi pinjam rusuk kirinya pada aku pon, aku dah rasa tak perlu.

Dulu; aku mudah nak meluahkan apa saja disini as aku. Di blog aku yang “tak lawa tapi bermakna sangat” ini.
Sekarang; tak mudah lagi.. aku tabik those yang maintain blogger yang annoy tapi tetap disenangi ramai blogger lain.

Dulu; aku sentiasa mencari peluang untuk buat kupu kupu dalam perut aku sihat dan gemuk.
Sekarang; kupu kupu aku dah mati. Oh, nama kupu kupu aku tuh Jessica. Mendiang Jessica, atau arwah Jessica, mana satu pon sama jer.

Dulu; ramai blogger senasib ngan aku, solo, tidak berteman.
Sekarang; perghhh… dah berdua korang yerk?? Aku tumpang bahagia. Aku doakan korang bahagia, wink2!

Dulu; aku takut nak mulakan satu benda nih. Takut ketagih.
Sekarang; come to momma babeh! (ok, maksud ketagih disini tiada kaitan ngan ganja watsoever)

Dulu; ada masalah pon aku layankan… treat masalah as cabaran. Bukan masalah. Masalah hanya me-negatif-downkan anda. Cabaran pula, sebaliknya.
Sekarang; masalah baru nak mendekat aku dah meroyan!

Dulu; aku minat Hindustan.
Sekarang; aku masih minat Hindustan dan Saif Ali Khan, biar dia kapel dengan si kareeena kapooooor yang alamak-tak-lawa-nyer tuh... Aap Kiya Love by Saif Ali Khan kelmarin masih mampu buat aku duduk depan tv tanpa berkalih, biar commercial break, biar masa tuh rasa nak terkucil. I love Saif Ali Khan. Deeply, without any doubt. (Salam Namastee (with si preety zinta) is still a hugeeeeee LOVE! Thise songs: Tuh Jahan & My Dil Goes Hmmmhmmm…). (dinasihatkan, sapa yang tak mau kawen, tak mau anak, silalah tgk citer nih, siriyesssss ko akan rasa terus nak kawen, nak ada anak! Nak ada komitmen)

Dulu; lain
Sekarang; lagi lain. Aku tunggu aku menjadi aku yang baik dan positif semula. Kawan kawan, tolong bantu saya yer ;(

Saturday, November 27, 2010

tak sangka, ia dah berakhir. tapi aku redha, itu yang bahagia.

10.11.2010

Tak sangka akhirnya, kisah Asri-aku benar2 sudah aku tamatkan. Benar2 rasa tawar untuk perjuangkan. Aku menulis pada Asri pada hari itu, aku beri 10point. Point yang selama ini aku simpan.

Antaranya;
-aku minta dia benarkan aku simpan kenangan setahun waktu kami di sekolah, kemudian setahun genap sepanjang 2009.
-aku ada menulis kisah perjalanan hubungan ini, 61 muka surat. Sebagai manusia pemalas nak menulis diari sendiri, aku kagum dengan diri sendiri tentang perkara menulis nulis ini. Aha!
-Aku fikir mahu publishkan perjalanan itu, disini, tapi, ah malulah! Takmau.
-aku tak penah mimpi dia kawen dengan aku, sebaliknya aku pernah mimpi jaga anak dia seramai 6 orang bila dia dan anne (makwe lama dia) bergado dan hampir bercerai. (orang cakap jika bermimpi ‘anak’, ialah masalah)
-dia masih kawan aku walau apa yg jadi selepas ini (ayat poyo jer nih, dia-aku takkan ada apa selepas ini!)
- aku dah lupa apa lagi point dia. Maaf.

Aku tak tahu selepas itu dia membalas atau tidak. Yang penting dia sms “kalau dah tu keputusan awak, saya tak boleh nak cakap apa”.

Klise.

Rupanya satu2nya doa yang paling lambat mahu dimakbulkan semasa ayahku tolong doakan di hadapan Kaabah tahun lepas, hanyalah kerana satu: DIA mau aku tahu, apa rasanya jika berharap sangat sangat sangat pada dia yang tidak kisah ini. Apa rasanya jika CINTA yang aku harap harap harap kan sangat ini, melebihi CINTA yang SATU, tak lain cinta padaNYA.

Malunya aku padaNYA.

Pastilah DIA tahu, siapa yang terbaik untuk aku. Kan? Lain kali… Jangan pandai2 nak masuk campur urusan paduka Yang Mulia. DIA MAHA TAHU.

Kini, bagaimana dulu aku pernah begitu mahukan perasaan itu, begitu juga aku tidak mahu sungguh sungguh pada rasa ini sekarang. Aku dah rasa tak perlu.

Sebab Asri 13 tahun dulu, tak sama dengan Asri 2009-2010. Aku rasa aku pon sama. Tapi Asri cakap aku tak banyak berubah.

Aku sudah tak ingin mencuba, semata mata hanya untuk merasa kecewa.


.

Wednesday, November 24, 2010

rupanya nikmat itu sudah hilang, tanpa aku sedari...

Nikmat kurniaan tuhan itu sudah hilang pergi

Diberi pinjam olehNya, kini tiada lagi,

Bila mahu dipulangkan? Aku tak pasti.

Kupu kupu dalam perut ini sudah mati.

Penat? Sedikit. Menyesal? Tidak sesekali!

Ku kira kaki dan minda sudah penat mahu berlari

Mengejar sesuatu yang benar benar menguji.

Bila ia akan tumbuh kembali?

Nikmat cinta yang diberi Ilahi?

Jangan tanya jangan ulangi.

Aku sudah lelah menanti.

Lalu aku akan biar ia mati.

Maaf, cinta bukan lagi mainanku kini.

Biar, biar kupu kupu itu mati.

Cukup hanya sampai disini.


.

Friday, November 12, 2010

Untuk Segala Jawapan

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)



KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286)


RASA FRUST?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman (Surah Al-Imran ayat 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan) (Surah Al-Imran ayat 200) Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalansabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Surah Al-Baqarah ayat 45)



APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka (Surah At-Taubah ayat 111)



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal (Surah At-Taubah ayat 129)


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!

Dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dalam rahmat Allah.


.

.insaf.

lenka: we will not grow old \(-_-)/

.

Wednesday, November 10, 2010

untuk makluman kamu.

ini penjelasan ringkas saya. paling ringkas. sebab ko cakap ko tak suka baca panjang2 kan.. aku ringkaskan.

1. terima kasih atas semuanya ok. ikhlas nih tak de nak sindir/lencong ke hapa. terima kasih sebab layan saya dengan baik selama nih.

2. saya nak simpan kenangan masa setahun kita di yok bin, dan masa setahun sepanjang sept 2009-sept 2010. yg 12thn tuh sebenarnya takde. banyak off dari on.

3. awak mungkin dah lupa, tapi saya masih ingat, 2006, 1st time jumpa awak semula, after 1week, awak minta kita sambung semula, awak sms, awak sanggup tinggalkan makwe awak masa tuh, untuk bersama saya. saya cakap, DONT! nnt awak akan buat saya macam mana awak buat kat makwe awak tuh nnt.

4. syukur, saya tak jadi macam makwe tuh. heh, tak sempat pon.

5. oh saya ada menulis perjalanan "kisah kita" sepanjang setahun lebih nih dalam word97, tak panjang, 60 muka surat jer. sebab apa tahu? sebab saya takut kang mana tau aku eksiden ke, hilang ingatan ke, at least aku ada gak simpan kisah klasik untuk aku ingat semula, yang aku penah sayang pada mamat bulat keje pakard pakai spek mata nih, haha! ok, tak lucu.

6. kiter tetap kawan, lalu pakard nnt aku takkan menonong je macam dulu, aku siap akan babai2 ko lagik, jangan ko buat tak nampak aku jer suda masa tuh ye. kalau ko buat gak, siap ko!

7. bukan, saya takde sapa2. cuma sekarang nih, kawen nih macam jauhhhhhh sangat la, nak2 bila aiman dah ada, LAGI LAA BANYAK KALI KENA FIKIR KALAU NAK KAWEN. eh, awak nak kawen ngan saya ke? tak kan...

8. pada muka surat ke 15 dalam "kisah kita" tuh, saya ada mentioned pasal anak kembar. haha! dasar otak sakit masa tuh~

9. jangan amalkan sikap pelupa, penat makwe ko nak jadik tukang ingat.

10. peace!

salam :)

saya.

beri harapan boleh; tapi jangan sesekali tipu (kan dulu ustaz dah cakap, tipu dosa, dosa masuk neraka tau!)

kalau rasa diri kamu dah kuat semangat nak bagi orang lain harapan, sila. tapi jangan, diulangi, JANGAN, JANGAN, JANGAN; bagi harapan kalau setakat nak sedapkan hati orang lain. jangan menipu semata2 nak senangkan hati kamu sendiri.
.
aku penah digula-gulakan dengan harapan. bukan sekali. tiap kali mahu berhenti, dia minta ditingkatkan lagi hubungan yang ntah-real-ke-atau-mimpi macam nih.
.
hanging. and i hate it. more bila dah berada dalam tingkat itu, aku dijatuhkan. again. eh bangang kan? sapa? aku? eh bukan aku la. dia. tak kira laa berapa kali lagi nak tipu perasaan, jiwa orang macam nih, tak kenal erti serik ke eh?
.
"saya tak janjikan bulan bintang pada awak"
.
yer, betul. kalau saya suruh pon, takkan mana bulan bintang tuh nak berjanji pulak ngan awak, satu hal lagi plak kang~
.
sakit bai! sakit!
.

Tuesday, November 9, 2010

rantaian soalan itu takkan pernah punya nokhtah

bila kau dah masuk usia wajib ber"kawan rapat" dengan lawan jantina..
- bila kau nak ada kawan nih? asek gambar dngan kawan2 pompuan jer dalam gambar kat FB ko.
- ko takde boifren ke? tak caya laa aku!
- mana boifren ko? tak ajak datang beraya?
- kemarin aku jumpa ko makan dengan sorang budak laki, tuh boifren ko eh?

bila ko dah masuk usia wajib kawen....
- bila nak kawen? kemarin yg makcik jumpa tuh kawan ko (padahal kawan skola) kan? (makcik2)
- ko takde kawan lagi ke? makcik kenalkan ko nak? (makcik2 lagi)
- adik ko dah 2 orang lepas, dah selamat, ko bila lagi? ko tunggu sapa?
- ko nih memilih ke? dulu belajar sampai mana?
- acik nak kenalkan ko, tapi acik segan, ko belaja tinggi, budak nih keje kilang jer. boleh ke ko nak berkawan dgn orang kilang? (aku pali suka sendiri tanya, sendiri jawab~)

bila ko dah kawen plak...
- ko dah ada apa2? (masa tuh baru sebulan kawen, soalan plak dari apak mertua! bukan mak oke, apakkkkk.....)
- bila nak bertiga nih? tak sunyi ke?
- korang merancang ke?
- eh, dah 2 tahun kawen, takkan nak hanimun manjang....?
- anak si Seri (bukan nama sebenar), dah nak masuk 2 orang dah, padahal ko kawen awal dari dia kan?

bila dah ada anak sorang...
- bila dak abang nih nak beradik lagi? ko jangan merancang sangat... ko pon bukan muda lagi.
- ko tak kesian ke dak akak nih asek pegang2 baby orang?

bila ko beranak setahun sekali...
- eh ko nih tak reti penat ke? makcik tengok makcik yg penat..

bila anak dah besar2....
- bila nak terima menantu?
- ko dah ada menantu?
- cucu dah berapa? ha? belum menantu lagi? anak yg sulung umur bape?

.


.



.



.


soalan2 nih kadang tuh penat nak layan, kan? aku prefer bertahan pada soalan pertama. sebab aku tahu, once aku berjaya harung soalan pertama, yang berikut pasti akan menyusul, trust me, and they'll will never stop after dat...


.

Friday, November 5, 2010

10 PERKARA BUKTI LELAKI ITU RUMIT

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. APA SAHAJA ALASAN KAMU, LELAKI.


.

benda nih dah lama, rasanya bertahun dlm simpanan aku. baru nak kuarkan dalm fail.

(copy & paste, krdt: my fren @tagged ;)

.

Monday, November 1, 2010

aku loser ke mamat nih loser eek? *sila buat slang org johor*

Rednim M:
ii

Alis M:
ii kuasa dua

Rednim M:
org ne

Alis M:
melaka.

Rednim M:
mlk kat n
kj ke

Alis M:
melaka kat area umbai.
keje. keje rumah.
*macam pegawai banci la kamu nih yer..


Rednim M:
hehe
blh minta no telu

Alis M:
TAK BOLEH.


*lepas tuh senyap terus. hahaha!
si REDNIM nih aku tak kenal pon. budak lagi, 21 kot usianya.
semalam la dia hi2 aku, dah laa taip msg macam orang malas, nasib akak paham dik!

*waktu org asing hi2 aku, selalunya aku akan amal cerita benda sebenar, seminimun mungkin. yang asas2 jer la, sebab aku fikir, kalau aku nak kenal orang asing pon, aku nak orang tuh jujur gak.. (walau tak banyak, sikit pon jadi laa kan..)

pelik? hmm.. aku memang pelik. gemini katanya.

"ingat gemini, ingat saya, ingat Angelina Jolie"


HAHAHA! OK2 TANG NIH AKU YANG LOSER~