Nuffnang

Friday, December 30, 2011

bila yang perlukan nasihat, diminta menasihati..


ada kala
dalam hidup
kita amat butuhkan nasihat2 berkaitan hati, jiwa dan kelangsungan untuk bercinta..
bila angin baik, boleh la kita berbicara panjang lebar.

tapi bagaimana kalau kita sendiri waktu itu butuhkan nasihat juga?
tidakkah terasa kelam kabutnya dan, hipokrit terpaksa?

sebab nasihat yg kita beri, bukan untuk memudahkan,
takut kadang lebih merumitkan.

semua orang,
aku harap waktu kamu butuh nasihat aku,
ianya membawa kepada kebaikan dan kemudahan.

bukan menyusahkan.

Thursday, December 29, 2011

perkongsian untuk si bujang wanita: bukan sekali dua kita pernah merasa begini, kan?

ramai pernah berkata, tapi bila si manis gB utarakan di fb beliau berbunyi lebih kurang "kan seronok org yg dah kawen, kejap2 dah ada suami, kejap2 dah peknen, kejap dah ada anak, kejap anak dah besar, kejap dah nak masuk 2nd baby.."

mmg kalau tgk kawan2 di fb, hati ini meronta cemburu campur happy tgk kawan2 bahagia dengan perkahwinan 5-3tahun kini... seronok sgt. tgk kawan2 peknen yg bolat, tgk bb2 yg comel, kanak2 yg keletah.. sgttt.. sukaaaa... :D

life is so wonderful and cantik jer perjalanan kan? :)

saya pon pernah berharap perjalanan saya selancar itu, pernah. banyak kali, start usia 23thn :), malah sampai sekarang. belum rasa nak stop dreaming lagi.

namun janji dan rancangan Tuhan itu lebih cantik dan terbaik untuk saya rupanya. saya percaya itu. bukan dibuat2. namun sebagai manusia, ada kala, saya lelah. mujur tak lama, benar kata org, pengalaman sgt mengajar kita :)

bermula dengan asri, putus selepas 14thn menunggu,
kemudian dengan S, tak sempat berkawan, bertunang, kemudian putus.
dan seterusnya dengan encek 'bakalpeminjamrusuk(?)' yg kini dah suam2 kuku atas dasar jauh dan kerja semata.

kalau dulu, mungkin saya akan mengeluh sangat2.
saya akan menangis puas2.
saya akan peluk diri sendiri kejab2.
saya akan pujuk hati berhari2 dengan ayat "jgn laa nanges"
saya akan kuatkan semangat dengan bandingkan diri yg bertuah berbanding dengan rakyat afrika yg kurang makan atau palestin yg belum merasa aman.

sekarang.. tak lagi.
saya tak mahu mengeluh, jauh sekali menyesali.
sebab saya tahu, hadirnya mereka2 bersama pengalaman pahit itulah, dengan izinNYA,
saya bukan lagi si cengeng atau cendawan yg sikit2 nak rebah.

betol, sesekali jiwa atau hati akan terusik dengan kenangan lama.
kadang2, malah ada masa hari2, saya masih teringat pada asri, bahagiakah dia?
kadang2, masih tetap terfikir, adakah S sudah menyesal dengan perbuatannya yg memalukan saya dan family saya pertengahan tahun ini?

kadang2 itu tetap ada. saya takkan nafikan.

sebab jika melupakan terus, percayalah, kita akan hilang arah. kerana dengan adanya 'arah2' ini, baru kita mampu untuk berjalan menuju ke jalan yg tidak salah, harap2nya dan InsyaAllah..

Wednesday, December 28, 2011

paham ke tak maksud yg sebenar?

ok, recently i register kat dlm 1 matchmaker website. ehem. tetibe jer nak daftar uolss! perasaan itu tak dapat ditahan2 and org tak ciptakan ayat "usaha tangga kejayaan" untuk suka2 oke~ LOL.

banyak kali, bumped dengan profile jejaka melayu islam dan akan jumpa state begini:

Drink: Light/social drinker

takut nak tegur tapi adakah dlm fikiran mereka "drinking" habit yg dimaksudkan ialah yang ini:







instead of yg ini?






AI HARAP sgt MEREKA FAHAM.

dan kalau ai jumpa yg light drinker, ai pon cepat2 tgk profile yg lain. cap alip bot awal2. huhuu T_______T

Monday, December 26, 2011

pegun, atau putus


crdt

susah nak capai kata sepakat bila berjauhan dan kerja selalu jadi alasan utama.
bagaimana mereka yang jauh dan bertahan?

saya butuh nasihat.
jika tiada, saya sudah siapkan kata putusnya.
iaitu, putus saja.

saya jenis suka pada pemudah cara, bukan penyusah cara.

Sunday, December 18, 2011

wahai lelaki...

Wahai lelaki,
Wanita punya hati bukan untuk kau lukai
Mereka menagih cinta suci minta dikasihi

Wahai lelaki,
Wanita punya keindahan bukan sekadar perhiasan
Mereka amaran dalam tingkahmu membelai iman

Wahai lelaki,
Wanita punya emosi bukan untuk dimanjakan
Mereka membawa maruah untuk kau pertahankan

Wahai lelaki,
Wanita punya jasad bukan pelempias nafsumu
Mereka aset mulia demi menjaga nasabmu

Wahai lelaki,
Wanita punya tingkah bukan untuk kau takuti
Mereka dilengkapi jiwa selayaknya kau hormati

Wahai lelaki,
Wanita punya hidup bukan untuk disia-sia
Mereka itu lapangan permai bagimu menabur jasa

Wahai lelaki,
Jika engkau penyambung warisan junjungan Baginda,
pimpinlah wanitamu dijalan hasanah mengharap redhaNya.

*ada sapa nak sambung part "wahai wanita".. ? :)

Saturday, December 17, 2011

cinta halal.

kopipes tapi best..

Sekarang ana ingin ceritakan satu kisah yang memang menyentuh perasaan(ana la...orang laen ana x tau).Kisah ni lebih best dari segala n0vel yang pernah ana bace...
Ada la se0rang muslimah ni,kehidupannya sentiasa dalam keadaan yang tenang,warak 0rangnya,cantik,baik budi pekerti...b0leh dikatakan cukup lengkap pakej ciri-ciri wanita solehah...

Nak jadi ke ceritanya,orang cantik mesti ramai peminat!!Maka berebut-rebutlah para muslim ingin jadikannya suri di hati mereka...Haaa.Ingat senang ke nak petik bunga mawar yang sedang mekar di TAMAN LARANGAN??Bukan senang tau...Bermacam-macam cara dah dilakukan untuk menambat hati muslimah ni....tp x berjaya jg....

Tapi kan,yang berebutkan muslimah ni semuanyerr alim2 belaka...Hantar sms dakwah la...macam2 gaya ada...sehinggakan...

Assalamualaikum,
ana harap mesej ini jauh dari segala zina hati dan diredhai oleh Allah..
ana x tahu macam mana nak cakap tp ana ingin memetik bunga yang sedang mekar di taman larangan...
Ana harap anti dapat mempertimbangkan permintaan ana...
Daripada dot dot dot

Itu baru salah satu mesej yang diterima oleh muslimah tu...ada banyak lagi.Nak tahu x apa yang dilakukan oleh muslimah?Dia tolak semua lamaran tu walaupun se-alim mana muslim tu kerana katanya"CARA TERSEBUT TIDAK MENGIKUT SYARIAT ISLAM"

ALLAHUAKBAR!!!
Dipendekkan cerita,adalah seorang muslim ni berjaya mengetuk hati muslimah ini...
Tertanya-tanya x p0wer apa yang dipakai 0leh muslim ini sampai berjaya memikat hati muslimah?tidak lain tidak bukan ialah berbaik-baik dengan ibu bapanya.

HAAA...cara ni la baru betul...Sekarang mereka sudah dikurniakan 2 0rang cahaya mata,Alhamdulillah...

Kepada pembaca sekalian,carilah cinta yang diredhai oleh Allah iaitu cinta yang halal...

Thursday, December 15, 2011

terharu

I Still Know Who She Is

It was a busy morning, about 8:30 , when an elderly gentleman in his 80s arrived to have stitches removed from his thumb. He said he was in a hurry as he had an appointment at 9:00.

I took his vital signs and had him take a seat, knowing it would be over an hour before someone would be able to see him. I saw him looking at his watch and decided since I wasn รข€™ t busy with another patient, I would evaluate his wound. On examining it I saw it was well healed, so I talked to one of the doctors and got the needed supplies to remove his sutures and redress his wound.

While taking care of his wound, I asked him if he had another doctor's appointment this morning, as he was in such a hurry. The gentleman told me no, that he needed to go to the nursing home to eat breakfast with his wife.

I inquired as to her health. He told me that she had been there for a while! As she is a victim of Alzheimer's disease .

As we talked, I asked if she would be upset if he was a bit late. He replied that she no longer knew who he was, that she had not recognized him in five years now.
I was surprised and asked him, 'And you still go every morning, even though she doesn't know who you are?'

He smiled as he patted my hand and said , 'She doesn't know me but I still know who she is.' I had to hold back tears as he left, I had goose bumps on my arm and thought,

'That is the kind of love I want in my life. True love is neither physical nor romantic .

True love is an acceptance of all that is, has been, will be, and will not be.

Peace is seeing a sunset and knowing who to thank. The happiest people don't necessarily have the best of everything; they just make the best of everything they have.


------
bila akan dapat rusuk yg begini indah kurniaannya? hanya Dia maha Tahu :)

sekadar berkongsi, sila berhati2 dengan borang tipu ini.





hati hati yer kawan..

Wednesday, December 14, 2011

bila harus terus berjalan, melangkahlah dengan yakin walau ada keraguan..

ada masa aku rasa kuat nak tempuh semua yang datang.
tapi ada kala,
kadang2 aku tak rasa langsung aku kuat dlm harungi semua dugaan.

hati.

benda yang kecil dlm diri tapi kalau tak motivate hari2, tumbang jawabnya.

tapi kata prof muhaya *aku suka gaya prof nih bercakap, setiap apa yg dia nak sampaikan, jitu, dan setiapnya menusuk dan buat kita berfikir.

"hati kita penting, tapi yg lebih penting ialah minda bawah sedar kita, sebab yg kawal hidup kita, fikiran kita, ialah minda bawah sedar kita, hampir 95% kita dikawal olehnya"

prof muhaya sambung lagi..

"nak tahu betapa kuatnya minda bawah sedar kita? sekarang bayangkan GAJAH BIRU"

plingg!! terus aku boleh imejin GAJAH KALER BIRU.

"atau bayangkan pintu depan rumah kita"

PLING!!!!!!!!! lagi la cepat! sebab aku dah lama tak balik kampung :(

"minda kita cepat jer boleh bayangkan 2-2 perkara tuh, kan? begitulah hebatnya minda bawah sedar kita"


way to go, prof!

:) :) :)

*akn sambung.

Monday, December 12, 2011

ABCDEFG, sambung..HIJK untuk siapa yg dah kawen :P

An aunty saw a young couple. The girl asked the boy: "What's the meaning of ABCDEFG?"

The boy answered: "A Boy Can Do Everything For Girls."

The aunty felt so sweet and when she arrived home, she asked her husband: "What do u think about me?"


The husband answered: "ABCDEFGHIJK"

Aunty felt so surprised and asked the husband what did it mean.

The husband replied: "Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, and Gorgeous & Hot!"

Aunty was confused and asked: "What about I, J, K???"

Husband replied: "I'm Just Kidding!"

Thursday, December 8, 2011

jarak usia

terpanggil untuk membuat satu n3 tentang jarak usia lepas paagi tadi mendengar topik yg sama di sinar.fm.

ayah dan ibu berbeza usia 20thn. ayah lebih berusia. kini lebih nampak lebihnya usia ayah :)

mak teh dan suaminya beza usia 18thn. mak tehku lebih berusia. kini lebih nampak lebihnya usia dia berbanding pak teh :)

kedua-duanya bahagia, hingga kini masih bersama.

adik iparku tua setahun dariku. ok, yg nih mmg la tak nampak apa sangat kan.. hehe..

tapi, pokoknya, aku tetap tak nampak apa sangat nya tentang beza usia nih.

cuma untuk mereka yg kawen lewat usia nih, nnti hantar anak tadika, org ingat hantar cucu :D

Friday, December 2, 2011

mana lebih dahsyat? menolak atau ditolak?

terus terang, menolak dan ditolak, sama dahsyatnya. terpulang dari mana dan kepada siapa tolak menolak itu diperlakukan.


menolak.
dalam hidup, aku jarang menolak, tak kisah la makanan ke, amalan, kerjaya, bahan bacaan, manusia, sebab untuk jadi manusia baik, bukan susah, walau tak senang sebenarnya, aku tak mudah menolak sesuatu tanpa sebab, eh, kadang tanpa sebab pon aku tak sampai hati nak menolak.
aku cuma menolak bala yg datang dari siapa dan sudut mana, aku juga menolak untuk berjumpa manusia2 jelek, macam 'ada org tuh' dan 'org tuh' serta 'org tuh'.

ditolak
haa... yang nih mmg banyak berlaku dlm hidup aku.. tak kisah la makanan ke, amalan, kerjaya, bahan bacaan, manusia.. aku ditolak nangka mentah, anggur hitam dan peaches dlm tin sebab aku akan mudah lelah dengan makanan2 tersebut. aku ditolak oleh amalan bodek sebab aku tak pandai mulut manis kalau hati aku say NO. kerjaya? tak payah cakap, sedih. sedih. sedih. tapi aku cukup percaya, rezeki itu melata dibumi tuhan maha kaya dan luas nih, sama ada kamu mahu atau tak sahaja. bahan bacaan, aku ditolak bahan bacaan berkaitan sejarah! haha.

manusia.
aku pernah berkali2 ditolak manusia. disagat hati, dicarik jiwa, dilemahkan semangat dan hingga satu tahap dimalukan sampai melibatkan keluarga dan putus tali sahabat. manusia2 begini, untuk bahagian aku, aku sudah maafkan dia. dan dia, serta dia. tapi doa org teraniaya tak pernah terhijab, itu sangat aku pegang dari dulu sampai sekarang.