Nuffnang

Saturday, July 25, 2009

dia yg bernama Asri...

maaf la kawan kawan... bukan sengaja tak mahu sambung.. tapi aku terlalu bz skrg... assigments sampai kena siapkan pukul 3am kadang2.. (siapa yg tahu pasti dia senyum.. kak mimi... haa.. senyum senyum ;P )

====================================

sebab dia adalah seorang pengawas, maka setiap pagi waktu sekolah, paling tidak seminggu 3-4 kali dia akan menjaga gate sekolah bersama seorang teman pengawas yg lain. sebab tak mahu pelajar lain nampak sangat, maka setiap pagi, letak sahaja beg sekolah dlm kelas, aku akan meluru masuk dalam ofis sekolah, lalu depan makcik n pakcik sekolah, meluru ke area balkoni, semata mata mahu melihat dia dari tingkat dua bangunan itu, menjaga gate! (apa benar gila aku masa tuh, kekeke...)

kalau dia tersedar, dia akan tunduk, malu, kemudian tersenyum kembali pada aku... begitu selanjutnya. waktu ini aku di tingkatan dua, sekolah cina lagi.

ada sekali, ntah apa yg buatkan si temannya ini, aku namakan "azizi", mengutuk aku. (as per my previous n3). Asri enggan memberitahu aku pada mulanya, bila aku terus terusan memujuk, baru dia suarakan sesuatu yg Azizi katakan hingga aku terduduk dan menangis kat situ jugak...

Asri gabra lantas memujuk sambil pandang sekeliling. mungkin dia takut orang akan kata yg dia punca aku menangis hingga parah begitu.

"dah, jangan menangis. apa yg zizi ckp tuh sikit pon saya tak heran. pada saya awak baik sangat, dia yg tak puas hati ngan awak sebab kita berkawan"

sedu aku hilang.

kami berkawan bukan seperti item yg lain. lantaran aku mmg jenis yg bukan 'mudah'. maksud mudah disini ialah mudah berpegang tangan, mudah berdating sana sini, mudah serah.

dia juga, hormati aku sebagai wanita, bukan jenis sebarangan.. (barangkali atas ajaran family juga, psst.. ayahnya seorang imam), sebab itu dia juga jenis menjaga hubungan kami agar tak menyimpang. atas sebab itu, selain rasa sayang, aku juga hormat sama dia.

keluar beramai ramai sekali dua dulu pun, teman yg lain tidak perasan rupanya kami ialah item :D

bila selepas tingkatan 3, aku sendiri mahu memutuskan untuk berpindah sekolah. atas sebab mahu sekolah yg dekat sedikit. ayah setuju. asri tidak. "kenapa mahu pindah? kat sini kan sudah baik benar keadaannya?"

benar, sekolah ini baik. yang tak baiknya hanya student2 lelaki muslimnya, yang asyik saja mengacau aku bila mahu pulang dari sekolah. perasaan ada sedikit takut.

Asri kecewa dengan keputusan aku mahu pindah sekolah. katanya ini tidak adil buat dia. "kalau kita sudah saling jauh, bagaimana mahu berhubung?" (perlu diingatkan, 1998, handphone masih lagi alien pada kami sebagai seorang student ini...)

"telefon laa saya sekali sekala" masa itu, bila aku keluarkan sahaja statement itu, dia sudah mendung.

aku tetap sama keputusan aku, pindah sekolah. dia masih lagi mendung. namun itulah yg menjadi turning point buat dia dan aku........

(sambung lagi, sebab aku tgh buat discussion group assgmnt, thee hehehehe....)




.

Thursday, July 23, 2009

jika dia orangnya, aku akan setuju, tanpa perlu fikir.

kalau dia. mmg aku akan terus setuju~

nama dia, biarku guna nickname kami berdasarkan sebuah komik yang sama sama kami suka.

ASRI & KARTINI.

dia yg pertama yang memanggil aku permaisuri.
dia yg pertama lelaki matang yang hadir dalam hidup.
dia yg pertama stand by me bila teman baiknya sendiri mengutuk ku di belakangku.

1997:
Asri seorang pengawas sekolah. budak aktif dlm kadet polis. alis mata lentik, comel, cerah, rambut kerinting alun... adik angkat pada mulanya suka sama dia. aku jadik orang tgh antara mereka. kemudian adik angkat ini ada senior yg taruh hati. maka dipendekkan cerita, mereka akhirnya menjadi item. aku dan Asri? buat masa itu masing2 senyap.

last2 Asri bersuara : "apa akan berlaku dengan kita nih?"
aku kata : "kenapa dengan kita?" biasa laa pompuan, always in denial.
namun sebab kami ada kimia, maka kami pon menjadi item :)

aku mula jatuh suka. pada dia. mula simpan impian. dia jenis bukan 2-3 wanita. dia kalau suka satu, itu laa dia. katanya aku cinta suka dia yg pertama. aku percaya pada dia. hingga kini, aku percaya ;)

(bersambung.....)



...

Saturday, July 11, 2009

mimpi, ayat ayat cinta, nur kasih....

bermimpi lagi.

tentang fahri. oh sila abaikan.

sekarang sudah amat leka sama "nur kasih" terbitan film scape (mira/khabir bhatia)

terasa bagai cerita AAC jugak. tapi versi lebih melayu.

cuma aku tak gemar sama perlakuan ADAM sama KATRINA, bergeser geser antara satu sama lain dlm drama tuh. meremang. serius.

sampai sanggup balik umah semata2 nak lihat sambungan kisah ini ;P

tapi, kalau laaa ada ayat ayat cinta versi malaysia, harus aku calonkan Maya Karin sebagai Aisyah, sebab she's next to perfect untuk dukung watak ini. salah satunya, darah jerman serta kefasihannya dlm english/germany. bahsa arab? takpe, kak Maya bleh belajar.

siapa plak calon bagi watak fahri? belom ada dlm mindaku pelakon lelaki yg punya 'imej lelaki warak', ada tidak, ambil perhatian pada fizz fairuz, watak AIDIL dlm 'nur kasih' tuh.

kalau watak maryam/maria, ntah kenapa, aku suka cik syarifah sofia itu (katrina). maybe sebab dia mixed dan punya iras yg cantik.

subhanallah... andai mereka mereka ini tahu menilai buatan tuhan.

;)

Thursday, July 2, 2009

dunia baru...

aku mula daftar sebagai peserta kursus pensijilan halal hari ini.

yer, bergelar student balik selama 6 bulan ini.
yer, duduk di asrama seramai 8 org. (ia rumah taman sebenarnya)

baru jumpa 6org, baik baik mereka nih..
lagi sorang ialah adik kandungku sendiri.

tgk rumah taman tuh, ALLAH HU AKBAR! agak teruk kondisinya.
belum sempat balik rumah, aku dah berkira kira mahu ngecat dinding yg ada.

kaler: hijau & pink :P, cumel tak?

perjumpaan pertama bersama pengarah MISDEC tempat aku kursus tuh, sungguh la senang lawan sembang ngan beliau :).

oleh sebab masa tuh dah lunch: aku undur diri.

Haji Zamrud, pengarah MISDEC itu sempat berkata:

"kamu tak jumpa calon lagi, kan? nnt saya carikkan. yg baik baik punya"


pulakkk.......
namun tetap alhamdulillah :)


psstt...ini kan blog khas perjalanan aku mencari fahri (atau dicarikan ;P)

.