Nuffnang

Tuesday, December 28, 2010

bagaimana aku melupai janji tuhan itu pasti?

dulu dulu....

tak.
aku tak akan berkahwin dalam masa terdekat.
tak.
aku takkan jumpa siapa pun lepas Asri mencarik dalam hati ini.
tak.
13 tahun satu bulan itu sangat lama untuk sembuh. mungkin 10 tahun lagi baru pulih.
tak jugak.
aku akan hidup seorang lepas ini. memang akan seorang.


tuhan janji. kau hadapilah ujianKu ini. Aku akan beri hadiah tak ternilai sebagai ganjaran.

benar.
sejak 2009, aku berharap macam2 ciri yang perlu ada pada seorang suami.
benar.
aku minta ayah doa di depan kaabah supaya aku dapat lupakan Asri.
benar.
setiap hari ibu berdoa agak jodohku didekatkan.
dan benar.
tahun depan (yang lagi 3 hari mahu menjengah itu)
InsyaAllah aku mungkin akan bergelar isteri.

mungkin setelah hampir 14 tahun mendengar kata hati, aku gagal.
dan mana tahu untuk tempoh 2 minggu..
ada hikmah aku mendengar kata ibu dan ayah.
restu. itu yang penting.
dan restu juga sudah aku dapat dari kedua2 belah pihak.

fahriku, sudah hampir ada didepan mata.
dia terima baik buruk aku semua.
boleh jadi imam subuh dan isyakku.
penyabar. matang.
kata kawan2 rapat melalui makcik ku,
"orangnya baik, makcik.. semua kawan tahu dia jenis tak berkira.."

minggu lepas, familynya datang melihat aku.
sumpah kekok! aku tak sedia dan takkan akan sedia sebenarnya.

tapi bila mereka pulang saja..
bondanya bilang
"mak berkenan. tunggu saja bila dia buka mulut tanda setuju, mak akan hantar belanja"

melalui abang, adik bongsunya bilang
"tak sabar nak jumpa kakak...tak sabar nak tunggu dia jadi kak ngah saya."

"awak akan menjadi bakal menantu tunggal perempuan keluarga saya, mak pasti akan sayang awak lebih"

ya Allah, kasih sayang apa lagi yang harus aku minta bila mahabbah keluarga asing ini terlalu banyak dan mencurah2 buatku?

doakan aku!
(dan terima kasih atas doa2 kalian selama ini)

usah risau, ada cerita selanjutnya. aku cuma tak punya masa untuk menaip ;)
.

Thursday, December 2, 2010

tak salah, tapi...



tak salah mana kalau kita nak berbaik,
tapi cam mana pon, parut tetap ada.
so memilih untuk bersama,
berlagak cam biasa...
payah sikit laa..

betol la orang cakap;
sahabat boleh jadik kekasih
kekasih, payah nak jadi sahabat.

gemini cam aku, diakui,
suka courting2, suka flirting2, suka main2.
tapi bukan mainkan perasaan orang,
aku percaya karma, aku percaya balasan.
tapi bila jumpa satu yg dia sayang;
sampai mati dia tunggu.

itu aku. serius.


13 tahun 1 bulan,
nasib baik tak sempat mati, hahahaha.......



.