Nuffnang

Friday, March 28, 2014

emosi pelbagai.

aku sedar, sejak berlakunya kejadian MH370, emosi aku banyak terganggu. ntah sebab apa. tapi sebab utamanya ialah aku tak dapat nak bayangkan jika ibu dan ayah aku menaiki MH370 (mereka bertolak ke Beijing dahulu dengan beza 5 hari). kemudian aku emosi lagi bila aku antara ribuan, atau mungkin puluhan manusia yg jumpa kapal MH370 kali terakhir melalui radar pada jam 3.05am sehari selepas kapal itu dikatakan hilang.

sedih, siapa yang tak sedih. di dalamnya ada beratus manusia yang walau kita tak kenal, tapi mereka tetap saudara seadam sehawa kita. tambah pilu bila ada babies, ada warga emas. surname aku in mandarin ialah "ai", bermaksud sayang, maka hendak tak hendak, aku akui aku mudah jatuh sayang atau jatuh kesian pada sesiapa saja. sesiapa tu termasuk manusia, haiwan, tumbuhan, atau barang-barang. kadang2 bila melihat budak sekolah tk lepas2 melintas jalan pon, aku boleh termenangis dalam kereta (pernah aku u turn balik semata2 nak lihat budak skolah tuh dh melintas atau belum. kalau belum aku nak tolong lintaskan)

di fb, ada yang unfriend kawan sebab terlalu extreme dengan mh370 ni. aku? belum lagi nak unfriend. cukup saja unfollow. perkara ni panas, malah mungkin lebih panas dari waktu pru13 kelmarin. dah lega esok, follow la dia balik. senang je kan..

aku jugak ikuti perkembangan MH370 di FB. aku jugak banned mana2 channel yang kaitkan muslim Malaysia dengan terrorist. selama ni kita lemah lembut, takde pon buat ganas dengan negara lain. kenapa kita jadi mangsa2 mereka ni?

sebabnya.... Allah sedang menghina kita, warga Malaysia! ustad ternama yg bagitau pendapatnya.. dan ya, aku terima penghinaan yg DIA beri sebab ramai dari kita dah lama lalai. kita wajib terima hinaan ini dan kita wajib juga muhasabah. kita ni maksudnya UMUM. bukan aku, kau, atau dia sahaja.

berapa lama kita sudah lalai? sudah tidak ambil peduli? sudah terlalu leka dengan senang yg kita punyai walhal ia cuma sementara?

nak ikut yg umum rasmi? silakan.
nak ikot segala teori mimpi2 ustaz? silakan.
nak ikot teori dari bijak pandai angkasa dan satelit? silakan.
nak gelak sebab wall CNN penuh dengan kata2 slang bahasa negeri? (aku dh baca yg negeri9 dan Terengganu punya, sumpah sakit perut aku gelakkan!)

takkan tak penah tau maksud sarcasm?

ko penah alami perkara ni- dimana orang yg terang2 tak suka kau, bicara yg jahat2 saja dengan kau, dia tahu kau tahu apa yg dia bicarakan tentang kau, tapi bila kau pilih untuk senyum manis depan muka dia, kau agak2 apa yg dia rasa?

dia rasa lebih SAKIT! sebab tujuan utama dia, dia nak sakitkan kau, tapi bila kau senyum manis, rasa mcm takde apa, dia boleh jadi sawan ok. sebab agenda dia tak tercapai.

itu apa yg segelintir anak Malaysia kita buat di wall CNN. beri tahi dibalas bunga. CNN beri TAHI, kita balas BUNGA.

kau tahu kan tentang 11 Sept 2001? kau tahu berapa ramai umat islam kena tindas, kena tikam, kena ludah, sebab nampak sangat muslim ni jahat sejahat manusia? kau mesti tahu kan? tapi apa yang jadik along the way? AGAMA ISLAM BERKEMBANG DENGAN TAHAP SUPER PANTAS! kau tahu sekarang cetakan Al Quran itu berkali ganda banyaknya dari kitab Bible yang sekarang alami kemerosotan cetakan? kau tahu kan, yg JK Rowling tulis balik Bible setahun dua yg lepas? untuk apa? kau sendiri fikir.

pendapat kau bernilai 2sen? aku terima.
pendapat kau mahu semua didengari? aku terima.
pendapat aku kau tak nak tahu? aku terima.
pendapat aku ni sesen pun tak guna? terima kasih, aku terima.

berbeza pendapat aku dan kau? aku hargai unik dan bezanya manusia.
sebab aku hormati semua individu.
kau, aku, atau dia sebenarnya bebas sebagai seorang individu.

kau mahu pendapat kau saja betul?
orang lain pon sama. jadi?
apa yg membuat kau berbeza dengan mereka?
adakah sebab kau rasa kau betul? dan mereka salah?

mana tahu kau betul dan mereka pula salah?


raikan. jangan digaduh. ini semua mainan ego.

:)

**maaf eh. kan dah bilang awal2. ini n3 emosi.

Wednesday, March 26, 2014

i dont love you like i did yesterday

dengar dalam kereta tadi, bawak terus ke opis.
 
 
Well, when you go
Don't ever think I'll make you try to stay
And maybe when you get back
I'll be off to find another way
And after all this time that you still owe

You're still a good-for-nothing I don't know
So take your gloves and get out
Better get out while you can
When you go would you even turn to say
"I don't love you like I did yesterday"?
 
Sometimes I cry so hard from pleading
So sick and tired of all the needless beating
But baby when they knock you down and out
It's where you oughta stay
 
Well after all the blood that you still owe
Another dollar's just another blow
So fix your eyes and get up
Better get up while you can, whoa whoa
 
When you go would you even turn to say
"I don't love you like I did yesterday"?
Well come on, come on!
 
When you go would you have the guts to say
"I don't love you like I loved you yesterday"?
 
I don't love you like I loved you yesterday
I don't love you like I loved you yesterday
 
 
(teringat juga wongfu's production tajuk "strangers, again", 3x tengok dah. best. bagaimana orang yg kita pernah sayang semalam, kelmarin dan hari sebelumnya, boleh jadi sesuatu yang asing pada kita pada hari ini, esok dan seterusnya..)


**aku peminat karya wong fu production sejak 2 tahun lepas.

Monday, March 24, 2014

mimpi mimpi

mimpi 1

"sebenarnya, saya dah kawen, ni isteri saya"

even dalam mimpi, aku berderau darah. thunder tetibe berbunyik, darah tersejat. macam nak pengsan pon ada. bukan main2 tapi serius mcm ada kat tempat tuh jugak. it was soooo real, macam nak tercekik bila dia ckp macam tuh.

takut. aku jadi takut, takut mimpi tuh jadi nyata sangat. mimpi tu waktu hari ke-4 aku di Guangzhou. sampai sekarang masih ingat mimpi ringkas tapi menakutkan tuh.


selang dua hari kemudian..


mimpi 2

"nah, sign surat ni.. lepas ni kita boleh bernikah dah"

dalam mimpi tuh, memang tahu dan sah dia bujang, dan aku nampak ada sehelai surat bersama 2 copies cop biru rasmi kerajaan Malaysia. kiranya asal lepas je sign, kami terus boleh bernikah. gitu. perasaan? macam suka je!


lepas hampir 2 minggu berlalu...


mimpi 3

dia, bukan dia yang sekarang ni, tapi orang lain, kopiah putih, jubah putih, tapi tanpa penglihatan, dia tak pernah nampak aku, tak pernah kenal aku. tapi aku rasa dalam mimpi tu, aku NAK JUGAK nikah dengan dia, waima apa pon jadik. walau apa pun yang menghalang... aku rasa, dalam mimpi tuh, aku gigih usaha nak dapatkan dia. apa nak jadi, jadiklah. punyalah bersemangat nakkan someone macam imam muda yg buta tuh. dia pon cakap tak kisah, ikut je mana yg sesuai. eh, perigi carik timba ke ni? bukanlah.

dan sampai sekarang, aku masih ingat mimpi tuh..
--------------------------------------------------------------------------


sejak awal tahun ni, aku korbankan banyak perkara masa lalu demi untuk siapkan lebih banyak perkara yang akan datang.

apa yang pernah jadik manis pada aku dulu, yang pernah buat aku teruja dulu, banyak yg aku rasa makin tawar. banyak sangat. sampai aku rasa pelik. apa dah jadik? kenapa dengan aku ni? nak jadik zuhud ke apa?

klu kata nak jadik zuhud, aku ni tak baik. belum baik pon. zuhud? org zuhud mana ada masa layan korea, mana masih bukak suria.fm (keke) taktau la bila nak baiknya. lol. tak caya masuk fb aku, keke. (kak iina, email pls? hihi)

ada 2-3 perkara masih belum selesai.

tunggulah.

aku ni susah nak istiqamah. bak kata kawan, imam kita ni ada turun naik..

1st time terjadik semalam, 3 x aku tukar tudung nak p kenduri, sebab 1st time rasa aku pakai tudung, tapi macam tak pakai je.

kawan, mohon jangan rasa apa2 tentang n3 ni, sebab aku sendiri tak sure, apa benda yg akan datang ni, cub be, buang tebiat nak meninggalkan dunia ni ke, atau buang yang perlu sebab Allah nak beri yang lebih baik ke..

100% tak tahu apa kemungkinan2 yang bakal jadi.. #sedih #tertekan






zero fundamental

 
been busy with baking and stuff since Friday's noon.
 
my brother had the "kenduri masuk rumah baru" so as one loving eldest sister yang-zero-baking-fundamental-tapi-beria-nak-membaking, there u go, more than 30hours needed to complete it from scratch, as I laa the baker, I laa the tukang deco, I laa the runner, I laa the tukang delivery guy girl! #nangis
 
**sorry eh, gambo sama ngan my other blog (fahri's), Nampak sangat takde idea.
 
 
p/s: Dear Lee, if u happened to read this, yes, I had no time even to switch on my home pc as I was busy running around in my kitchen last week. huhu! (I hadn't read your email too.. sorry!)
 
 

Monday, March 17, 2014

taken by compact camera. Dongguan City, China (part 1)

taken at Baiyun Airport. heading to Dongguan City (approx. 40mins by car with 85km distance).
 
 
me? nope. she's my travel partner :)
 
 
"the tunnel"
 
 
view from our 1st hotel (out of 4. yes, we travelled from one town to another, with the distance gap between the town is about an hour or so)
 
 
as per picture
 
 
the real "nasi goreng cina" :) :) :)
 
 
one of the small and decent xinjiang restaurant in Dongguan City.
only they can served halal (ching zhen) meal for us such as fried rice (chao fan) and mee tarik (la mian)


11-15 march 2014.


Monday, March 3, 2014

percaya tak?

saya biarkan lapangan entry ni kosong dengan pandangan yang kosong dan saya dok termenung fikirkan n3 apa yang sesuai. selama 30min. tak gerak2. tipulah kan kalau tak bergerak, dan mata tak berkelip.


macam mana laa nak buatkan kepala nih keluar banyak idea eh? bila tengok blog2 kawan, semua kemain heybart lagi menulis. baca pon best. tak jemu. ada gak ilmu.


kecuali ada satu blogger ni. lagi pergh dia punya heyybartttt!


dia taip "." sahaja dalam satu entry, 2tahun lepas.

dan komen dia dapat?

 cecah 30komen!

ley ho yeay la kaktas! #tetibe
---------------------------------------------------------------------------



17may 2014, penantian. masih? tak tau. tak nak amek tau.