Nuffnang

Tuesday, October 27, 2009

surat surat ini sudah berusia 12 tahun...








----------------------------------------------------------

12 tahun...
terlalu banyak rupanya kenangan.
walau hanya melalui surat surat ini..

dari kertas buku rampaian yang mula bertukar warna kuning;
kertas kajang bertaip kemas;
kertas bunga bunga bertulisan tangan;
sampul surat berkartun;
sekeping kad ucapan tahniah...
pen berdakwat yang berwarna warni..
biru, hitam, pink, hijau, hingga ke oren..
bermula nota nota kecil berlipat lapan tahun 1997..
dan kad kad raya bercop pos malaysia 1999...
dan akhirnya dua helai surat terakhir pada Y2K...

aku memang sedia maklum...
selama ini asri menyimpan semua surat2 ini,
semuanya, dengan kemas.

surat2 ini baru seminggu bersama aku.
membaca semua surat ini semula...
membuka laluan kepada kenangan aku 12 tahun lalu..
Membaca semula surat surat ini…
Menjadi bukti betapa berkali kali aku berkorban perasaan aku…
Semata mata tidak mahu orang lain berasa sedih dan tidak dihargai..

Pertama kali;
Aku berkorban rasa kerana Ain.
Kedua kali,
Aku berkorban rasa kerana Tasya.
Kali ketiga,
Aku berkorban rasa kerana perasaan tidak pasti dia terhadapku.

Pertama kali dan kedua kali;
Aku masih boleh bertahan...
dan setia menunggu masa yang sesuai..
masih menaruh harapan agar doaku dipenuhiNYA...

Namun untuk asbab yang ketiga;
Aku kalah.

”setakat ini saya anggap awak kawan saya, tidak lebih dari itu”

Cukuplah.

Aku dah mula rasa kasihan pada diri sendiri.
Menunggu sesuatu yang tidak pasti sebenarnya adalah sangat penat.
apatah lagi menunggu untuk jangkamasa selama ini.

.....dua belas tahun.

Aku letih. Aku keliru.
Kecewa? Sebenarnya lebih dari itu.
Terasa macam nak gila.

Bayangkan; 12 tahun menunggu...
Mengharapkan yang terbaik hasil dari menunggu itu,
Bila dia dah betul betul berada depan mata,
Kau bukan sahaja ”kawan biasa” dia;
Malah kau tiada harga pada pandangan mata dia.

Cukupla. Aku kena berhijrah. Sejauh mungkin.
Kerana disini, sungguh, tiada apa yang tinggal untuk aku.
membawa diri? mungkin ya. sebab dia? tidak 100%.

sebab kerjaya baru menuntut aku untuk berhijrah.

aku menulis ini bukan atas dasar mahu simpati teman teman..
aku cuma mahu berkongsi kesedihan, keperitan, kekecewaan.

mujur aku masih ada Tuhan.
mujur aku tak lupa ibu ayah.

.....



apa?








mencari Fahri?

oh... itu masih lagi. untuk ini aku tidak pernah mahu mengalah...
malah dalam penghijrahan yang bakal berlaku tak lama lagi ini;
aku benar benar harap aku berjumpa dengan FAHRI.. Amin!

doakan ya kawan kawan.. :)






(ini pertama kali n3 ku ber-attach gambar, kan? untuk pengetahuan, aku kena pulangkan surat surat ini kepada Asri, sebab katanya, surat2 yang aku beri ini, semua milik dia, kalau mahu, ambil saja surat2 dari dia untuk aku. sekali lagi aku sebak, dia boleh sayang giler kat surat surat aku, tapi aku............?? haih.. pelik sebab dengan surat aku boleh 'kalah'..)



.


.

Tuesday, October 20, 2009

terlerai jua..

hmm..

7 bulan- atas kertas

7 hari- atas realiti


berpisah bagi mereka merupakan jalan terbaik.

usia muda mendirikan mahligai bukan alasan untuk menyatakan asbab.

yang penting, tanya jiwa, gesa hati, gerakkan sedikit minda..



"untuk apa aku bernikah?"

"untuk apa aku ambil keputusan sebesar ini?"

"bersediakah aku menjalani tanggungjawab dan amanah maha berat ini?"



haih.





ini kisah sepupu aku. kisah benar. moga menjadi iktibar bersama. bukan aib, sekadar berkongsi. ini sungguh dari aku.



ambillah masa.





.

Friday, October 16, 2009

katalah kan... errmm....

sekarang emosi tak berapa nak stabil.

sejak raya kelmarin.

tak tahu apsal. boleh jadi sebab aku yang terlalu memikir.

sesuatu yang tak perlu sangat difikir...


tapi.........

kalau tak fikir, macam mana nak tahu, kan?

haih.....


*jangan ikut aku yg suka mengeluh ini.

Thursday, October 1, 2009

apakah nama kes ini????

dua tahun lepas, teman baikku, lelaki, duduk di riyadh, arab saudi. masa tuh, dia tgh patah hati.... awek curang kat mesia.

sapa mangsa hari2 kena layan borak ngan dia selama satu jam, setiap hari, selama genap sebulan? pandai korang. aku la tuh jadik mangsanya. pung pang pung pang maki itu pompuan. sampaikan aku cakap:

"relaks sikit, ko tuh kat atas tanah haram, mulut jgn lancang benar"

fine. dia senyap. time tuh jer. esok dia buat balik pung pang pung pang dia. alahai.. org kecewa mmg buruk perangai cam nih ke ha?? aku harap dia sorang jer cam tuh.

malam tadi, selepas hampir setahun tidak mendengar khabar berita.. dia call aku. terkejut makcik...

dia: weh lis, ko pekaba? (then bla bla bla sampai 10min, aku terpaksa cut it short la kan..)

aku: ko pehal alih2 call aku takde hujan takde ribut nih?
dia: alaa lis, takakn nak boleh nak call sesaja kot? teruk arr ko nih...
aku: ko tuh bukan ke time ada prob jer carik aku?
dia: ahahahaha! (gelak besar), sebelum sambung...

"sebenarnya lis, aku mmg ada masalah sket nih, tapi aku pening btol.. aku nak gitau nih, citer dia aku dah bertunang dah.... bulan 7 kemarin"

aku: ko mmg kan?? bertunang pon tak boleh nak gitau aku~

"alaaa.. aku buat kecik2 jer laaa.... ok. masalahnya aku taknak tepung tawar, bersanding, berarak segala, tapi family sana tak bleh nak terima, tunang aku pun bising cakap tak buat rugi la itu la ini la.."

aku: dah tuh, apa keputusan ko?

"aku tgh pening nih, mggu nih takde hari yg aku tak gado ngan dia, gara2 benda2 remeh nih laa... rasa cam nak tangguh pon ada. pasal 15hb nih aku dah nak naik arab balik, bulan satu nnt baru aku balik, aku nikah bulan 2 nnt"

SO, SEBAGAI TEMAN YG RELA DIJADIKAN MANGSA, AKU PON BERI LA SEDIKIT NASIHAT DAN PANDANGAN SERTA CADANGAN, YG AKHIRNYA PADA DIA "OKE"

habis berborak selama lebih kurang 40min, masa tuh pon dah dekat 12mlm, masa nak lelapkan mata, aku alih2 teringat sesuatu, instict aku membuatkan jantung aku berdetap sekejap... siapa nama tunang dia eh? lantas sms dihantar.

"SIAPA NAMA TUNANG KO EH? ORANG LAMA KO KE?" saja mahu pancing walaupun aku rasa telahan aku nih bagaikan satu yg benar.

selang 10saat kemudian, dia jawab: YUP, TUNANG AKU TUH ORANG LAMA AKU DULU LAA...






























tetibe jer aku rasa cam nak makan rusuk panggang mamat nih! cit! buang masa 30jam aku jer 2 tahun lepas, berbuih2 bagi nasihat TABAHKAN HATI ANDA YER...





sengal. haih...



.