Nuffnang

Friday, November 29, 2013

adik lelaki (no 3) kita dah kawen :)

ahad lepas rumah ada kenduri besar selepas hampir 3 tahun takde majlis kahwin.

meriah? boleh la, anak lelaki pertama kawen kan.. sebelum ni 2.2 anak perempuan. lelaki ni relaks sket, tapi xde la relaks sangat, ada je keje nak buat. pinggan mangku rumah masih ada bahagian2 kecil belum masuk cabinet lagi.

catering.

tapi kan, rumah kita ada belen ayam goreng sampai 2 besen besar. terkejut giler kami 1 family. makcik2 yang tahu pon terkejut sebab biasa catering either ngam2 atau kena tambah lauk sendiri. ni, banyakkkk lauk lebih, selain ayam.


maka ada yang simpulkan, deme takut makan ayam sebab kejadian beberapa bulan lalu di utara Malaysia. orang masih trauma. aku plak 1st yg terlintas was: cuti skolah, dan orang lebih suka makan daging masak lemak cili api pekat2 yang turut menjadi lauk tetamu.

apa pon, dah selamat adik lelaki saya kawen. dah ada isteri. sedih la pulak.

takde geng gado.

lumpuhkan ingatanku-geisha

Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci

Bertanya, cobalah bertanya pada semua
Di sini ku coba untuk bertahan
Ungkapkan semua yang ku rasakan

Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku


p/s: kenapa laa lagu ni tak wujud 4 tahun lepas :/ even dah lepas lama, bila dengar.. mmg menusuk betol.

by the way, I miss you guys, readers :)


.

Thursday, October 10, 2013

mudah perasan

saya, jenis mudah perasan.

maybe memang macam tuh kot, bila masih bujang, sebab rasa tak salah kat sapa-sapa, hihi~


kes 1
masuk 1 kedai, nak beli satu Tupperware yang besar isi kuah roti canai (15liter), tapi tuan kedai p letak dan susun bertingkat-tingkat badan Tupperware tuh, so bila jumpa yg berkenan, dia ketat! gigih la pull and push ngan mak, pon tak boleh jugak!

"meh, saya tolong..." brother belakang tuh rasa kesian kotttt... haha!

bila dia ckp nak tolong bukan maksud dia sorang je kena buat, masih perlukan bantuan, so marilah kita berdua main acara talik tolak Tupperware yer (read: jangan berfikiran jauh)

selesai, ucap terima kasih. dia senyum, dan blah.

aku plak, smpai sekarang dok tingat-tingat!

haha! loser sangat kan?



kes 2
masuk bank, niat nak deposit cek. depan aku nyonya nih p masukkan selai selai cek dia, take her own sweet time, p masukkan selai selai, aku bilang-bilang, dekat 15 lai! matik la nak tunggu. aku pergi kepada mesin deposit yg jenis tong tuh je.


masuk-masuk, tak lepas, cek asek kena rejek saja. apa hal? orang lagi nak cepat dia main2 plak kan!~

lalu datang sorang brother mendekat...

"dik, dia kena hilangkan lipatan-lipatan kat cek tuh, baru bleh masuk, meh sini saya tolong.."

aku pasrah, senyum walau hati tengah mencuka epal.

brother tuh punya lemah lembutnya cara dia... gua paling terkesan betol, tak sampai seminit kau dah setel!

"thanks bang.." senyum.

"takpe, lenkali dia kena masukkan slow-slow, tak boleh gopoh.."

senyum langsung aku keluar.

heh. aku mmg jenis gopoh.



tapi apa pon, tetap laaa tak boleh lawan kisah abang BMW ituew... walau hampir setahun berlalu. auwwww~


.

Monday, October 7, 2013

...ketawa!

kawan hantar sms.... "weh jom la pi Api-Api Steamboat, malam rabu nih, nak?"

saya pelik, dan balas.. "nape malam rabu? biasa ko ajak kawan-kawan lain malam selasa..?"



kawan perempuan saya tuh terdiam, lama. sebelum dia membalas...

"malam selasa tu 'couple nite' la wehhhh... aku slalu ajak laki aku ngan kawan2 aku ngan laki masing2.. yg ko nak pi malam selasa sangat apsal, ko nak jadi couple aku sangat ke?" sinis dia membalas.


saya berdekah-dekah time tuh jugak! kureng asam punya kawan.



baiklah, malam rabu jela..




"ladies nite" katanya.

Friday, October 4, 2013

peluang

boleh, kalau tak nak itu ini

begitu atau begini

tak salah, kalau kau terlalu berhati-hati

sebab hidup ini kepunyaan kau sendiri

apa jadi esok lusa semua akan berbukti

boleh jugak, kalau kau nak jadi serikandi,

cakap dengan orang, kau bisa berdikari,




tapi jangan lupa,

peluang yang datang bukan banyak kali

sekali kau tepis, dua kali kau hindari,

oklah lagi

tapi kalau dah berkali-kali?

orang sihat walafiat tunggu pun boleh mati.





*olahan sedikit daripada hidd_minhat berdasarkan catatan "peluang"