Nuffnang

Thursday, April 1, 2010

Doa Pembuka 12 Pintu dan lain lain :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Ya ALLAH...!bukakanlah untukku, pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasih sayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu, pintu2 keampunan dan pintu2 syurga,
Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


thanks to Kak Hana :)
crdt to : ANA

--------------------------------------------------

hari ini 1 april 2010. yer.. tahu.. tapi sorry, gua tak layan april fool.

sebab hari ini merupakan ulang tahun ke-13 pemergian seorang yang pernah aku simpan hati padanya. arwah Zainal Bin Alias.

arwah seorang yang pendiam. tak banyak bercakap, tapi apa yang buat aku, si mulut becok ini tertarik padanya ialah, senyumnya, raut cerah 'inocent'nya, dan mata hijaunya.

serius.
mata arwah hijau.
hijau hijau air.

dia bukan mat salleh. lihat namanya sekali lagi..

Zainal Bin Alias.

takde nama mat salleh pon di antaranya... kan? tak tau laa aku kalau 'Zainal' atau 'Alias' tuh nama orang putih. takkan 'bin' pulak... bin laden pon orang arab, bai..

takde apa yang aku ingat tentang arwah. yer la dah 13 tahun. tapi yang aku ingat, sejak 13 tahun hingga sekarang, al-fatihah usai solat tak pernah aku lupakan buat dia selain arwah ke4-4 arwah atok nenek n pakcik aku.

apa yang aku ingat tentang arwah ialah selain pendiam, suka tersenyum, arwah jugak seorang yang kurang mesra dengan orang lain. suka tersenyum, pendiam namun tidak mesra?

itulah arwah.

oh aku ada cakap ke yang dia duduk di kelas kedua terakhir dari 6 kelas? yup, itu jugak dia. lantas? apa yg buat aku minat pada dia? itulah yg diatas tadi tuh sebabnya. semuanya :)

dan petang kemalangan itu sebenarnya dia mahu berjumpa denganku, katanya ada perkara yang mahu dibincang. jadi petang tersebut aku tunggu, hingga jam menunjukakn 6 petang. hampa. dia tak datang. nazruddin teman baik pon tidak nampak bayang jugak. takpe la.

esok paginya..

zizie: alis, ko tau tak zainal eksiden? dengar citer teruk gak.. uddin patah kaki..

aku yang belum letak beg atas kerusi, segera tergelak!

aku: takyah buat jenaka pagi2 boleh? ko nak april fool kan aku, kan? kan? cakap jer la camtuh! uwekk!
zizie: ko tak caya sudah.. aku dah bagitau ko dah baik..


10 pagi..

ustaz yahya: salam.. semuanya harap bertenang yer.. sahabat kita Zainal bin Alias telah meninggal dunia jam 9.45 pagi tadi.. sesiapa yang mahu ziarah sila ke tanah perkuburan padang temu lepas zuhur ini.

........


aku terus blur.

sebab aku rasa aku belum sedia nak terima berita macam nih...
atau pun hingga sekarang kot, aku tak pernah rasa bersedia mahu ziarah kubur arwah. sebab aku rasa aku tahu perkara yang zainal nak bagitau aku petang tuh. sebab tuh aku tunggu sampai 6petang, itu pun terpaksa, sebab bas terakhir ialah jam 6.15petang.


aku rasa.. kalau kami sempat bicara petang tuh,
watak asri pun tak pernah wujud.
penantian 12 tahun aku pun takkan pernah berlaku.
tak akan ada hati2 yang berjaya menawar kepadaku.
takkan ada cerita2 pemanis pepahit petawar pemasin dalam hidup aku..

paling penting...
aku pun takkan membujang hingga ke usia yang sepatutnya aku sudah punya 3 anak.

echewah!



berangan. memanglah indah sepanjang masa.

(even masa aku mahu beri hati pada asri, aku masih berusaha agar hati aku tetap pada arwah. aku ambil masa setahun lebih untuk mulakan dengan asri... itu yang terjadi 12 tahun.. kemudian bila mahu berhubung balik dengan asri ramadhan lalu, beria aku mohon doa paling lama agar jika aku jadi sama asri, arwah tetap menjadi sebahagian dari sesuatu dalam hidup aku, aku tak mahu lupakan arwah terus. tapi apakan daya... asri tak hargai. jadi, aku pon berlalu pergi.. tak mahu ternanti nanti lagi, rugi. eh, pantun?)

---------------------------------------------------

housemate aku kini merupakan teman baik aku sejak sekolah menengah dulu.
dulu masa form 2, aku pernah menulis sebuah novel. 100 muka surat, guna type writter lama ayah yang 'catuk ayam' dan 'guna line carbon' tuh. sebulan lepas (begitu juga 10 tahun lalu, setahun lalu, 8 bulan lalu, hingga membawa ke sebulan yg lalu). di kerap bertanya soalan yang sama..

"kau tak mahu menulis novel ke, lis?"



persoalannya: layak ke aku nih nak menulis novel? tak semenggah macam nih nak menulis novel? sapo nak beli tuh yang oii.. hahahaha~ (dalam hati: aku nak join buku prima jika benar aku mahu jadik penulis)

sekarang aku gila sama penulis bernama nurul shahida. "Plain Jane" & "Aku Kan Novelis" merupakan novel yang bila aku beli kelak, aku tak mahu bagi org pinjam. hahaha! kedekut tak aku? :D (baca: melainkan kamu hadiahkan aku dengan novel terbaru beliau, itu ok, aku boleh kasi pinjam, adil tak? :P)

(thanks to Cett, housemate aku (hantu novel, sebuah bilik penuh dengan novel2 jer, tabik aku!) beli 2 bijik novel tuh kemudian aku curi novel tuh bawak naik atas bilik, kemudian bila dah baca separuh jalan, baru sms dia "cett aku bawak naik Plain Jane, pagi esok aku bawak turun eh".. lantas dijawab 2 huruf "ok"

(sungguh tak kedekut kan housemate aku?)



.


.

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/alismysara

Tuesday, March 30, 2010

...sebijik! pop! pop! pop! eh itu dah 3 bijik... haha!



betul la tuh.. terkena sebijik dah!

kan?


hahaha..

..

Sunday, March 28, 2010

perahan lemon letak atas luka, best tak rasa dia?

ini entry panjang. banyak masa boleh selam apa yg aku rasa. jika tak, ko pi kat hujung kanan windows tuh ko pangkah jer..

-------------------------------------

pedih rasa bila aku baca kembali jurnal perjalanan liku liku hubungan aku dan kau selama 3 bulan++ yg bermuka suratkan 64+- tuh... tak tahu kenapa. pedih. sukar nak gambarkan. penah kena pecah bibir (mata ikan)? aku kalau kena benda tuh, mlm nak tido aku tekap garam, picit kuat2 dlm mata ikan tuh.

perghhhhh! bisa dia tak boleh nak cakap! tapi esok tuh, mata ikan aku terus baik.

itu mata ikan. tapi pedih bisanyer apa yg aku kena telan atas sebab apa jua yg kau buat kat aku nih, aku rasa kena 10 mata ikan dan tekap semua2 sekali pon aku rasa baik lagi laa aku kena mata ikan tuh dari ngadap ego tak habis2 kau tuh.

penat bai. penat. letih.


tak dihargai sedikitpun walau kau tahu aku tersiksa kerana kau kat sini.
tak dibelas sedikitpun walau kau tahu aku merindu gile2 kat sini.
tak disimpati sedikitpun walau kau tahu aku menangis kat sini.


aku tak mintak dihargai
aku tak mintak dibelas
aku tak mintak disimpati

tak.


kalau kau sendiri tak tahu semua itu. aku tak kisah kalau aku derita sungguh kat sini. sebab kau tak tahu, takkan tahu. sungguh aku tak kisah. dan aku bukan mengada sangat dan tamak sangat nak itu ini. masalahnya aku sekarang betul2 kat tengah tengah simpang laluan keretapi. kau tahu tapi kau buat tak tahu.



aku pasrah. sungguh pasrah. weh bukan senang nak buang semua2 dalam 12 tahun tuh macam tuh jer. dia boleh la. aku tak. korang nak cakap aku bodoh kerana itu? silakan. sebab untuk masa2 sukar macam nih, mmg aku kelihatan bodoh ya amat. masa2 sukar jer, masa2 tak sukar, aku ok, waras, haha!

"saya mintak masa... itu saja... saya tak mahu awak hanya rebound pada saya..." permintaan mulus kau satu hari semasa ramadhan kelmarin.

kau mintak masa? fine. aku bagi. kau nak masa berapa banyak? 10minit? 10 hari hingga 10 bulan lagi? boleh. aku takde masalah. 12 tahun aku boleh tunggu dan tak dihargai, inikan pulak 10 bulan dan terasa dihargai. no harm..

tapi dalam pada kau mintak masa, tak boleh ker kau jaga sikit perasaan aku? kau kata nak kenal aku semula. boleh. takde hal. kenal laa. sebanyak mana ko nak, janji jaga batas.

ini, bersepah pic ko dengan satu pompuan nih. fine. pompuan tuh kawan biasa as per ko. aku tak tanya pon ko dah explained awal2 dulu kan... tapi apa makna kawan biasa kalau amek pic pon sangkut tangan kat bahu dia segala? nak masa, aku bagi masa, tapi tolong behave skett, boleh? kecik hati aku kau buat aku cam nih..

kau marah aku amek sekeping pic ngan "bekas-bakal-adik-ipar" aku tuh?(baca: sekeping jer~ yer, kami berdua, tapi kami bukan bangsa taken pic tangan sangkut bahu) wat the heck, dia kawan aku... 12 thn pnya frenship ko nak compare dengan relationship tak sampai setahun antara pompuan tuh dan kau?

come on laa... takkan ko nak hold ego kau sampai macam nih sekali? aku nih pompuan laa.. tak kan laa nak saing ngan ego ko.

tak mampu. tak kuat pon.

sebab apa tau?



















sebab aku sedar diri.



.

Thursday, March 25, 2010

4 bulan lagi, itu sah... 2 bulan lagi.. yang itu aku hold dulu.

4 bulan lagi aku bakal dapat adik ipar lelaki yg kedua, tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya kekalkan level "mendapat sebuah dulang hantaran pelangkah"... isinya macam yang dulu jugak, sepasang kain pasang 4meter dan sehelai tudung batu dan sepasang brooch comel.

ok.

aku sangat kecik hati sekarang nih. apa sebab?

err..

nak bagitau ker?


korang boleh simpan rahasia ini?



boleh.......?
iyer ker..
boleh caya ke nih?
tengok sikittt..

alalalala... buat muka comel budget cute yer..



fine. (aku typo error find tadi oke! lihat betapa tak tenteramnyer hati aku~)

aku bagitau~

dalam FB baru nih, aku ada bagi caption yg comel2 kat pic newborn (her 2nd child) ex roomate aku masa kat itm segamat *dulu (*6tahun lalu) sekali ada sorang member aku yang baik nih boleh tanya soalan maut kat aku ok~

"babe, ko nih asek best jer main ngan anak orang, anak sendiri bila lagi?" (dia dah punya anak sorang, sumpah comel!)

pergh! ini bukan kali pertama oke. kali kedua.

aku serius takde isu ngan dia, infact kami mmg sampai sekarang mmg maintain baik sukmo.

mmg dikalangan kawan2, aku ceria, gumbira, happy go lucky sampai apa-lawak-ko-buat-buat-pon-aku-gelak-walau-sumpah-lawak-ko-tak-berapa-nak-best!

tapi.....

aku pon manusia babe. ada hati, punya rasa, miliki jiwa.


aku tahu apa makna kecil hati. jiwa aku mmg meriah. tapi makan dalam sorang2.. tak semua paham apa dan bagaimana duduk letak aku dalam lingkaran sosial rakan2...

budak kelas Uitm kelas aku, 80% sume dah kawen, ok la paling2 dah kawen. aku tumpang happy for them.

tapi bila ko dah kawen, tolong laa.. usaha sket doakan kawan2 yg belum jumpa 'fahri' nya, macam aku nih ha.. (kebanyakan teman2 aku berada dalam usia setahun muda dari aku, sebab aku dulu budak peralihan, SALAHKAN SISTEM PENDIDIKAN, BUKAN AKU, UPSR SUBJEK BM AKU DAPAT 'A' TAPI STILL KENA DUDUK KELAS BAHASA MALAYSIA, budak melayu yang BM nya dapat A, masuk kelas peralihan??? CEH!)

ok titik fokus sudah hilang.

....bukan tanya "babe, ko nih asek best jer main ngan anak orang, anak sendiri bila lagi?"

kawan, ada masa aku boleh terima apa saja yang kau cakap.
ada masa kena juga bertapis tapis kan....
bukan semua boleh ditelan dan dihadam.

------------------------------------------------------

dua bulan lagi tuh.. hmmm...

sama ada aku bertunang...
(ok macam klise pulak eh, ok tipu jer tuh!)

...atau aku akan dapat gelaran baru?

...atau aku tetap akan jadik macam aku yang sekarang?

dua bulan lagi.

tunggu.


.