Nuffnang

Sunday, March 28, 2010

perahan lemon letak atas luka, best tak rasa dia?

ini entry panjang. banyak masa boleh selam apa yg aku rasa. jika tak, ko pi kat hujung kanan windows tuh ko pangkah jer..

-------------------------------------

pedih rasa bila aku baca kembali jurnal perjalanan liku liku hubungan aku dan kau selama 3 bulan++ yg bermuka suratkan 64+- tuh... tak tahu kenapa. pedih. sukar nak gambarkan. penah kena pecah bibir (mata ikan)? aku kalau kena benda tuh, mlm nak tido aku tekap garam, picit kuat2 dlm mata ikan tuh.

perghhhhh! bisa dia tak boleh nak cakap! tapi esok tuh, mata ikan aku terus baik.

itu mata ikan. tapi pedih bisanyer apa yg aku kena telan atas sebab apa jua yg kau buat kat aku nih, aku rasa kena 10 mata ikan dan tekap semua2 sekali pon aku rasa baik lagi laa aku kena mata ikan tuh dari ngadap ego tak habis2 kau tuh.

penat bai. penat. letih.


tak dihargai sedikitpun walau kau tahu aku tersiksa kerana kau kat sini.
tak dibelas sedikitpun walau kau tahu aku merindu gile2 kat sini.
tak disimpati sedikitpun walau kau tahu aku menangis kat sini.


aku tak mintak dihargai
aku tak mintak dibelas
aku tak mintak disimpati

tak.


kalau kau sendiri tak tahu semua itu. aku tak kisah kalau aku derita sungguh kat sini. sebab kau tak tahu, takkan tahu. sungguh aku tak kisah. dan aku bukan mengada sangat dan tamak sangat nak itu ini. masalahnya aku sekarang betul2 kat tengah tengah simpang laluan keretapi. kau tahu tapi kau buat tak tahu.



aku pasrah. sungguh pasrah. weh bukan senang nak buang semua2 dalam 12 tahun tuh macam tuh jer. dia boleh la. aku tak. korang nak cakap aku bodoh kerana itu? silakan. sebab untuk masa2 sukar macam nih, mmg aku kelihatan bodoh ya amat. masa2 sukar jer, masa2 tak sukar, aku ok, waras, haha!

"saya mintak masa... itu saja... saya tak mahu awak hanya rebound pada saya..." permintaan mulus kau satu hari semasa ramadhan kelmarin.

kau mintak masa? fine. aku bagi. kau nak masa berapa banyak? 10minit? 10 hari hingga 10 bulan lagi? boleh. aku takde masalah. 12 tahun aku boleh tunggu dan tak dihargai, inikan pulak 10 bulan dan terasa dihargai. no harm..

tapi dalam pada kau mintak masa, tak boleh ker kau jaga sikit perasaan aku? kau kata nak kenal aku semula. boleh. takde hal. kenal laa. sebanyak mana ko nak, janji jaga batas.

ini, bersepah pic ko dengan satu pompuan nih. fine. pompuan tuh kawan biasa as per ko. aku tak tanya pon ko dah explained awal2 dulu kan... tapi apa makna kawan biasa kalau amek pic pon sangkut tangan kat bahu dia segala? nak masa, aku bagi masa, tapi tolong behave skett, boleh? kecik hati aku kau buat aku cam nih..

kau marah aku amek sekeping pic ngan "bekas-bakal-adik-ipar" aku tuh?(baca: sekeping jer~ yer, kami berdua, tapi kami bukan bangsa taken pic tangan sangkut bahu) wat the heck, dia kawan aku... 12 thn pnya frenship ko nak compare dengan relationship tak sampai setahun antara pompuan tuh dan kau?

come on laa... takkan ko nak hold ego kau sampai macam nih sekali? aku nih pompuan laa.. tak kan laa nak saing ngan ego ko.

tak mampu. tak kuat pon.

sebab apa tau?



















sebab aku sedar diri.



.

6 comments:

Ms.Lilies said...

Sedih aku baca cite ko ni lis...aku doa2kan 1 hari nnt ada org yg lebih reti hargai apa ko rasa skrg ni...

ber_u_wang said...

uncle tak tahu nak kata apa.. dalam dunia cinta kadang kala banyak sendiwara semata.. kita sering tertipu dengan lakunan pasangan kita.. salah kah kita berlaku jujur dan di balas dengan dusta?

lieza said...

alis sama mcm akak..akak fhm..akak pernah rasa mcm alis..rasa tersgt bodoh..terlalu setia dan percaya akhirnya akak dikecewakan tanpa ada belas kasihan..jgn jadi mcm akak..teruskan hidup tanpa laki tu kalu itu lebih baik untuk alis..Akak doakan alis kuat menghadapi dugaan ini...

||alis|| said...

kakmimi: sedih hati nih tak siapa boleh faham kak.. :(. tapi thanks banyak2 sebab akak selalu ada kat sebelah sepanjang haku bebel pasal asri :)

uncle: uncle ke? boleh laa eh... :). well alis selalu fikir penantian 12thn ini PASTI akan berbaloi, sebab itu selama 12thn nih hati tak terbuka pada yg lain, biarpun ada yang menawar untuk memberi. rugi plak rasa eh.. and now, those yang pernah hadir SEMUA dah bahagia ngan isteri n anak2..

sis: lepas baca n3 akak, alis tetap rasa akak yang paling tabah. paling tabah. ingat tuh :)

tasekM said...

lis... aku nk cakap satu je.

belajar untuk lupakan dia!~











aku seriyes!




.

||alis|| said...

erk! baru pasan komen ko kak! yer.. untuk blaja lupakan dia, aku sanggup melangkah ke satu step yg bukan kecik anak.

tuhan tolongi daku.

15 may.