petang, selepas hujan.
menunggu depan lif. biasanya seorang diri.
kali ni berdua. rasa asing mula nak meraja.
kena counter ni.
ambil langkah pertama: aku tunduk sikit dan senyum.
dia senyum.
aku pandang semula ke depan, mendongak, melihat lif masih di tingkat 10.
lamanya lagi. desir hati.
"nice helmet"
dia yg berkemeja, menegur.
aku tak berapa dengar dan dalam cuba nak proses ayat tersebut, cuma senyum kembali.
"oi, dia cakap nice helmetlah!" otak beri maklumat.
tersedar.
"..oh, thanks" senyum dan balas, lepas 10 saat dia puji helmet tu cantik.
ting! pintu lif terbukak. aku biarkan dia masuk dulu.
dia tekan nombor untuk ke tingkat dia, aku menunggu untuk menekan nombor ke tingkat aku.
....eh.
duduk tingkat yang sama?
* * * *
"wow, apparently we are living.. at the same level..."
awkward-and-silence.
.... i think i just screwed myself up~
keluar lif terus menonong!!
8 comments:
ting.... jangan kau pergi skodeng dia sudah yer :p
Dia mesti perasan sikap anda itu....haha
satu level tp baru perasan yer..mungkin ianya permulaankpd sst kan lis...hehehe
Assalam,
bunda singgah sini dari blog tukangkebun...
Salam ukhuwah dari bunda...
tak dapat dh kak nas. melepas. gua dh pindah. hihi
tak jugak. sy bijak sembunyikan. kekeke
hihi.. x smpat dah kak ummu.. kita baru pindah. rupa dia pon kita x igt dah. hihi
salam.. terima kasih bunda atas kunjungan. maaf lewat balas. masa cemburukan sy. akan ziarah rumah bunda kelak. :)
Post a Comment